Kenapa Kemahiran Belajar Penting Untuk SPM?
Untuk skor yang
terbaik dalam SPM, anda perlu merasa seronok, yakin dan mahu untuk studi
(ulangkaji) untuknya. Jika anda berasa bosan, tiada mood atau rasa kurang
yakin, maka pasti prestasi anda dalam studi juga kurang baik. Untuk daftar online sila klik di sini.
Punca utama anda
menganggap studi satu aktiviti yang sukar dan membosankan ialah cara anda
belajar tidak selari dengan personaliti diri anda. Personaliti diri menentukan
gaya dan cara belajar seseorang.
Ini berlaku mungkin
kerana kurang pendedahan tentang cara belajar yang betul. Lantas, anda belajar
dengan mengikut cara rakan atau orang lain belajar.
Belajar perlu
dilakukan dengan kemahiran untuk membuahkan hasil yang terbaik. Yang penting
bukan berapa banyak masa yang dihabiskan untuk belajar tetapi bagaimana belajar
dengan berkesan tanpa mengira betapa singkat masa yang diluangkan.
Lagi singkat masa
belajar lagi seronok anda belajar. Ia boleh dilakukan dengan kemahiran yang
betul.
Justeru itu,
mengenali personaliti dan potensi diri amat penting untuk membantu anda
mengolah teknik dan cara belajar yang paling sesuai, selesa dan berkesan untuk
diri anda. Setiap pelajar mempunyai potensi, kekuatan dan kelemahan yang
berbeza-beza. Maka, jalan terbaik untuk seronok belajar ialah ‘mencipta’ cara
belajar anda yang tersendiri.
MOTIVASI KEMAHIRAN
BELAJAR iMAge (ikut-macam-genius)
Seminar ini
mendedahkan kemahiran belajar meliputi tiga aspek utama iaitu teknik penetapan
matlamat, teknik pengurusan masa dan teknik belajar berkesan berpandukan
Potensi Personaliti Dominasi Otak (PPDO™). Ia bertujuan membantu anda belajar
dengan lebih seronok, berkesan dan mudah mencapai apa jua matlamat yang
disasarkan dalam belajar. Program ini telah mula diperkenalkan pada 2004 dan
sejak itu telah membantu lebih 20,000 orang pelajar di seluruh negara.
Selama Ini Anda
Belajar Lebih Banyak Guna Otak Sebelah Kiri Atau Kanan?
Potensi Personaliti
Dominasi Otak (PPDO™) membantu anda untuk lebih mengenali diri sendiri dari
segi potensi, gaya dan cara belajar. Otak manusia yang terbahagi kepada dua
hemisfera iaitu kiri dan kanan mempunyai fungsi yang berbeza. Ia amat
mempengaruhi personaliti dan perilaku seseorang.
Uniknya, setiap
individu dilahirkan dengan kecenderungan otak tertentu samada lebih dominan
kepada hemisfera kanan atau kiri. Menurut kajian, kedua-dua bahagian otak
dihubungkan oleh saraf corpus collusom. Ia sebenarnya membolehkan kedua-dua
bahagian otak ini diintegrasikan dan digunakan serentak dalam aktiviti berfikir
yang menghasilkan kuasa minda yang jauh lebih hebat.
Kelebihan mengenali
PPDO™ untuk pelajar ialah ia dapat membantu meningkatkan keberkesanan bukan
sahaja dalam belajar bahkan dalam kehidupan harian sepanjang hayat.
Kajian menunjukkan
kita menggunakan hampir 90% potensi otak kiri dalam aktiviti harian kita
sedangkan otak kanan mempunyai potensi yang sangat hebat namun jarang
dimanfaatkan secara sedar. “Jika anda
menggunakan otak kiri, anda boleh bergerak dari A ke Z. Jika anda menggunakan
otak kanan, anda boleh pergi ke mana sahaja yang anda mahu.” Albert
Einstein, genius sains yang keciciran semasa di bangku sekolah.
Modul seminar ini
disusun berasaskan PPDO™ oleh Abg. E atau nama sebenarnya M. K. Fuad bin Hj.
Che Ab. Razak. Beliau merupakan Pengasas AsasInsan Resources & Training. Ia
asalnya adalah teknik-teknik belajar yang telah membantu beliau mencapai
prestasi cemerlang di sekolah menengah dan banyak membantu beliau mengharungi
cabaran di universiti sebagai pemimpin pelajar dan mahasiswa undang-undang.
Menyedari isu dalam belajar yang dihadapi oleh ramai pelajar khsususnya pelajar
Melayu, beliau mengambil inisiatif menyusun teknik-teknik tersebut menjadi
formula-formula mudah agar ia boleh dikongsi, dipelajari dan dimanfaatkan oleh
lebih ramai pelajar.
Bagaimana Cara Seminar Ini Dikendalikan?
Bagaimana Cara Seminar Ini Dikendalikan?
Seminar ini
dikendalikan oleh motivator dan fasilitator secara interaktif dengan gabungan
kaedah penyampaian melalui diskusi interaktif, aktiviti simulasi, ujian
diagnosis dan penggunaan ‘interactive follow-through manual’ yang berkesan.
Berbeza dengan seminar yang berkonsep ceramah, dalam seminar ini para peserta
akan terlibat secara aktif.
Siapa Yang Akan
Kendalikan Seminar Ini?
Siapa lagi kalau
bukan Abg. E. Beliau akan dibantu oleh pasukan fasilitator terlatih AsasInsan
yang ceria, mesra dan berpengalaman. Abg. E dan teamnya berpengalaman
mengendalikan pelbagai program motivasi untuk pelajar dan remaja sejak 1995.
Sehingga kini ribuan pelajar telah mengikuti pelbagai program anjuran beliau
dalam bentuk seminar, bengkel dan kem. Klik di sini untuk
layari Galeri AsasInsan.
Apa Yang Akan
Diajar Dalam Seminar Ini?
Masa 9.00 pagi - 5.00 petang
Pagi
Diagnosis Kenal
Diri
Anda akan dibantu
untuk membuat beberapa diagnosis ringkas untuk menilai tahap prestasi belajar,
gaya belajar, kemahiran mengurus masa dan mengenal pasti (profiling) personaliti diri dari segi
kecenderungan otak kiri dan kanan.
TARGET Power! Rahsia FOKUS
Membantu anda
mencipta motivasi diri melalui penetapan matlamat diri yang jelas dan
praktikal. Membantu mengatasi masalah lazim berkaitan matlamat belajar seperti
tidak berani menetapkan skor untuk SPM, tidak pasti laluan selepas SPM, tiada
cita-cita yang jelas, kurang yakin dengan kemampuan diri, malu dan kurang
kesungguhan atau minat belajar.
JADUAL Simple! Rahsia Cool
& Relax!
Mendedahkan teknik
kreatif menyusun masa belajar yang ringkas dan amat berkesan. Teknik ini akan
membantu anda mengatasi masalah biasa seperti tidak cukup masa untuk ulangkaji,
terlalu banyak homework dan penyakit studi last minute. Lupakan jadual belajar
yang lama! Ia bosan dan menakutkan! Dengan teknik ini akan suka belajar dan
sentiasa bersedia untuk belajar.
Petang
TEKNIKCool! Rahsia Memori
Power
Mendedahkan teknik
meningkatkan daya belajar, menghafal, membaca dan membuat nota melalui
pengaktifan serentak otak kanan dan kiri bagi menjadikan aktiviti belajar
semakin mudah, berkesan dan seronok. Masalah dalam belajar yang boleh ditangani
selepas ini ialah seperti sukar untuk mengingat, terlalu banyak fakta yang
perlu dihafal, mudah lupa, cepat bosan dan sukar memberi tumpuan di dalam
kelas.
Pengukuhan
Kecerdasan Emosi Dan Rohani
Dalam seminar ini
turut dikongsikan amalan-amalan sunnah yang sangat berkesan dalam membantu
meningkatkan daya memori, fokus dan konsisten dalam belajar.
Perhatian
· Seminar akan bermula tepat jam 9.00
pagi.
· Sila pastikan adik-adik hadir awal
untuk mendaftar.
· Kaunter pendaftaran dibuka seawal
8.00 pagi.
· Sarapan pagi tidak disediakan, jadi
adik-adik dinasihati untuk mengambil sarapan terlebih dahulu sebelum datang
mendaftar.
· Makanan terawal disediakan pada waktu
rehat jam 10.30 pagi.
Apa Anda Dapat Selepas Seminar Ini?
Anda akan dapat 5 faedah bimbingan
susulan selepas menyertai seminar ini. Untuk tujuan memastikan anda mahir mengaplikasikan teknik-teknik yang
telah dipelajari, sistem sokongan susulan disediakan untuk anda dan ibubapa
anda seperti berikut:
1. 30% Diskaun
Untuk Ulang Sertai Seminar (Reattend)*
Risau sebab banyak
maklumat dalam seminar yang anda lupa? Adik-adik boleh sertai semula seminar
ini untuk menyegarkan kembali maklumat dan semangat anda pada kadar yuran yang
cukup istimewa. Tetapi tempat yang disediakan amat terhad, hanya 20 tempat.
Sila buat tempahan awal. Klik di sini untuk
tempah online.
Yuran Biasa: RM150 seorang
Yuran Istimewa: RM100 seorang (Jimat RM50)
2. 50% Diskaun
Untuk Sesi Bimbingan Pengukuhan Personal (Life
Coaching)*
Selepas seminar,
jika anda mahu mengukuhkan lagi teknik-teknik yang dipelajari, belajarlah
secara one-to-one dengan Abg. E sendiri atau fasilitator AsasInsan dalam sesi
bimbingan 2 jam. Adik-adik boleh hadir secara individu atau berkumpulan (tidak
lebih 10 orang). Sesi diadakan di Studio Motivasi AsasInsan, Bandar Seri Putra,
Bangi. Baca lanjut tentang Life Coaching sila klik di sini.
Yuran Biasa: RM180 seorang (2 jam)
Yuran Istimewa: RM90 seorang (2 jam) (Jimat RM90)
3. Diskaun Istimewa
Untuk Ibubapa Sertai Bengkel Parenting Booster*
Bengkel 1 hari yang
mendedahkan panduan mengenali personaliti, melayan karenah dan membimbing
tumbesaran potensi anak-anak remaja dari segi psikologi. Baca lanjut tentang bengkel ini sila klik di sini.
Yuran biasa: RM220 seorang
Yuran Istimewa: RM180 seorang (Jimat RM40)
4. Diskaun Istimewa
Untuk Sertai Kem Saya Muslim Saya SMART!
Jika anda berminat
dengan aktiviti lasak yang mencabar kemampuan diri atau anda ingin membina
tahap keyakinan diri yang tinggi untuk menjadi Da’i Remaja Muslim yang
berkaliber, serba boleh dan disegani, inilah peluang terbaik. Sertai kem ini
dengan kadar yuran cukup istimewa. Klik di sini untuk
daftar online.
Yuran Biasa: RM590 seorang
Yuran Istimewa: RM490 seorang (jimat RM100)
5. Diskaun Istimewa Alumni
Diskaun istimewa
10% (untuk alumni) dan 5% (untuk adik-beradik, sepupu dan rakan) ke atas yuran
penyertaan untuk mana-mana program AsasInsan.
Tertakluk kepada syarat dan tempahan awal.
Untuk info tarikh & tempat, sila klik di sini.
YURAN PENYERTAAN
RM150 - Daftar Normal
RM145 - Daftar Online
RM140 - Aktifkan Tiket Masuk Bercop
Sekolah/Masjid
RM135 - Alumni AsasInsan
Yuran termasuk kit peserta, manual, bahan latihan, 3
kali makan dan sijil penyertaan.
Dapatkan kadar yuran hanya RM140 dengan aktifkan Tiket Masuk ini. Mudah sahaja caranya, dapatkan cop sekolah atau masjid anda. Sila klik ikon Tiket Masuk ini untuk besarkan, muat turun dan cetak.
Lebih menarik lagi, kami akan berikan sekolah adik-adik Voucher Diskaun 40% kepada sekolah adik-adik sekiranya 10 orang atau lebih pelajar dari sekolah adik-adik menyertai seminar ini. Jangan lepaskan peluang TERBAIK ini. Jom daftar sekarang!
Bayaran yuran boleh dibuat secara online transfer atau deposit tunai (CDM) ke dalam akaun semasa kami seperti berikut:
Dapatkan kadar yuran hanya RM140 dengan aktifkan Tiket Masuk ini. Mudah sahaja caranya, dapatkan cop sekolah atau masjid anda. Sila klik ikon Tiket Masuk ini untuk besarkan, muat turun dan cetak.
Lebih menarik lagi, kami akan berikan sekolah adik-adik Voucher Diskaun 40% kepada sekolah adik-adik sekiranya 10 orang atau lebih pelajar dari sekolah adik-adik menyertai seminar ini. Jangan lepaskan peluang TERBAIK ini. Jom daftar sekarang!
Bayaran yuran boleh dibuat secara online transfer atau deposit tunai (CDM) ke dalam akaun semasa kami seperti berikut:
Bank: MAYBANK ISLAMIC
No. A/C: 5647 99100 357
Nama: ASASINSAN RESOURCES & TRAINING
No. A/C: 5647 99100 357
Nama: ASASINSAN RESOURCES & TRAINING
Polisi Pengesahan & Pembatalan Penyertaan klik di sini.
Hubungi pejabat kami di talian 03-8922 2934 untuk mendaftar atau daftar secara online, klik di sini. Anda perlu membuat bayaran yuran terlebih dahulu sebelum mengisi borang penyertaan online.
Hubungi pejabat kami di talian 03-8922 2934 untuk mendaftar atau daftar secara online, klik di sini. Anda perlu membuat bayaran yuran terlebih dahulu sebelum mengisi borang penyertaan online.