Seminar Khalifah Dalam Kerja™


Seminar Ini Tentang Apa?
Mendedahkan tentang kepentingan dan kaedah meningkatkan motivasi kerja melalui rasa kehambaan dan ketuhanan (kecerdasan rohani) dalam mencari rezeki (bekerja).


Apa Hubung Kait Dengan Motivasi Kerja?
Amal baik (good deeds) disemai di dunia dan pahala akan dituai di akhirat. Individu yang sentiasa meletakkan Tuhan di hadapan akan mengendalikan dirinya dalam cara yang terbaik di mana jua dia berada. Integriti baginya bukan sekadar di mata manusia tetapi terpenting pada pandangan Tuhan (Al Basar - Maha Melihat). Individu yang bermotivasi tinggi sedar bahawa kerja adalah ibadah, ada ‘rukun dan syarat-syarat sahnya’.


Isu Apa Yang Ingin Ditangani?
Individu - Rendah motivasi diri dan kesungguhan dalam bekerja akibat tiada rasa bersalah dan berdosa melakukan kerja secara leka, cuai dan muslihat (deceit). Rasuah dan salah guna kuasa adalah contoh lazim.

Kumpulan - Individu yang tidak jujur sering memerlukan rakan subahat (accomplice). Sistem yang baik kerap lumpuh dan gagal memberi manfaat kerana ia dikendalikan oleh individu-individu yang mempunyai niat dan minda tercemar (mala fide mind). Mereka hilang kebertanggungjawab (accountability).

Ilustrasi: Setiap kali tiba musim peperiksaan sekolah, Encik Andika mendapati inventori pejabatnya akan berkurangan dengan drastik. Ada pengguna melebihi kebiasaan untuk peralatan seperti pen, pensel, pemadam, pita pemadam (correction tape) dan kertas A4. Penggunaan mesin fotostat dan pencetak juga mengalami keadaan serupa.


Apa Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan?
Selepas seminar ini peserta akan lebih…

Kesedaran – Sedar (aware) tentang kepentingan dan kaitan motivasi kerja dengan sifat amanah melalui rasa kehambaan dan ketuhanan (kecerdasan rohani).

Pengetahuan – Faham cara terbaik untuk meningkatkan penghayatan konsep kerja sebagai ibadah bagi merangsang motivasi diri dalam bekerja.

Pengamalan – Berkemahuan, yakin dan berani memulakan perubahan diri ke arah yang lebih positif walaupun masih berada dalam lingkungan kerja (work climate) yang sama.


Kerangka Kandungan Diskusi
Seminar ini akan dikupas berteraskan 3 dimensi perspektif utama:

Apa Pentingnya Rasa Bertuhan Dalam Mengekalkan Prestasi Dan Keseronokan Bekerja?

Kenapa Diri Sering Mudah Terpengaruh Untuk Melakukan Dosa Dan Tidak Amanah Dalam Kerja?

Bagaimana Cara Berkesan Untuk Menyubur, Mengukuh Dan Mengekal Rasa Bertuhan Dalam Bekerja?

Kandungan diskusi adalah dinamik dan boleh dilaras bersesuaian dengan keperluan peserta.


INGIN ANJURKAN SEMINAR INI? Sila Klik Di Sini.