TERIMA KASIH

Salam motivasi penuh ceria daripada kami, keluarga kerja ASASINSAN RESOURCES & TRAINING. Siapa pun anda, kami percaya anda berpotensi dan berhak untuk berubah.

Nikmatilah hidup yang lebih bermakna. Masa depan anda terletak dalam genggaman anda. Mulakan sesuatu hari ini juga. Beza antara generasi yang berjaya dan generasi yang hanya melihat orang lain berjaya ialah, mereka bertindak!

Jika menghadiri program motivasi mampu menjadi pendorong kepada anda untuk bergerak lebih dinamik, berkesan dan produktif, demi masa depan yang lebih bermakna maka ambillah tindakan segera. Hubungi kami dan kami sedia membantu.

Terima kasih di atas kunjungan anda.

Monday, February 20, 2012

Peluang Menjadi Trainer/Motivator AsasInsan (Jawatan Kosong)


MUNGKIN ANDA
Anda seorang yang berpengetahuan, bersemangat dan berkebolehan mempengaruhi orang lain melalui tutur bicara yang meyakinkan? Anda mungkin bakal motivator yang kami cari!

Anda mungkin tahu Datuk Dr. Fadhilah Kamsah, Dr. H. M. Tuah, Dr. Muhaya dan ramai lagi motivator tersohor. Apakah satu kemahiran teras yang mereka kongsi bersama? Jika anda ingin menjadi seperti mereka, inilah soalan yang perlu anda jawab dengan tepat.

SENI
Kemahiran dan seni dalam berbicara amat signifikan bagi seseorang motivator. Bagi sesetengah orang ia adalah anugerah dan yang lain ia diperolehi selepas latihan berterusan. Ia tiada beza!

Minat yang mendalam, keinginan yang tinggi untuk membantu orang lain dan berdaya tahan tinggi adalah ciri-ciri utama diri anda yang kami cari.

Berdiri 8 jam atau lebih tanpa henti sambil melontar suara pelbagai intonasi. Menyampaikan ilmu dan maklumat yang tepat serta diwarnai dengan kemahiran menceriakan khalayak pendengar. Itulah antara cabaran seorang motivator. Justeru, hanya yang berdaya tahan kami perlukan.

Menjadi seorang motivator tidak memadai sekadar pandai berbicara di hadapan orang ramai. Sesiapa pun boleh ‘cakap depan’ dengan sedikit latihan. Tetapi kemahiran sebenar ialah mengolah idea-idea bernas dengan penstrukturan maklumat yang tepat untuk disampaikan dengan berkesan agar penyampaian benar-benar mempengaruhi khalayak pendengar.

BELAJAR
Berhadapan dengan pelbagai kelompok khalayak dari golongan remaja sehinggalah golongan bijak pandai dewasa memerlukan tahap kemahiran dan seni yang tinggi. Ia bukanlah masalah. Memang ia sukar. Tetapi dengan keyakinan, kemahuan dan kesungguhan belajar untuk menjadi motivator yang terbaik (di kalangan yang terbaik) ia bukan suatu yang mustahil untuk dilakukan.

AMANAH
Menyampaikan yang benar adalah tugas hakiki motivator. Motivator memikul amanah melaksanakan pesanan Rasulullah SAW, “Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat.” Masyarakat berhak memiliki motivator yang terbaik sahaja. Motivator adalah Da’ie. Kenapa tidak anda menyahut cabaran ini!

HANTARKAN RESUME ANDA HARI INI. Dengan bernas ‘ceritakan’ siapa anda dan kenapa motivator adalah kerjaya pilihan anda. Inilah laluan anda menyertai pasukan motivator kami dan berpeluang mengendalikan pelbagai bentuk program motivasi dan latihan di seluruh negara.

Anda Berani Anda Dapat! Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan kita. Amin

1.    Terbuka kepada lelaki dan wanita berusia tidak lebih 30 tahun
2.    Kelulusan minima ijazah dalam sebarang bidang
3.    Penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang baik
4.    Pengetahuan agama yang baik dan mahir membaca Al Quran
5.    Temuduga akan dibuat secara teori dan simulasi
6.    Sila sediakan 'talking point' dan slides untuk durasi 3 minit
7.    Audien simulasi anda ialah 50 orang eksekutif kanan
8.    Tajuk penyampaian adalah bebas

Tarikh tutup permohonan : 30 Mac 2012
Hantarkan resemu lengkap ke beourteamairt@gmail.com

HANYA YANG LAYAK AKAN KAMI HUBUNGI.

Terima kasih.

Unit Pentadbiran & Sumber Manusia
ASASINSAN RESOURCES & TRAINING
TEL: 03-8922 2934

Friday, February 3, 2012

APA ITU KAUNSELING

KAUNSELING bukan bererti nasihat, walaupun hakikatnya terdapat unsur nasihat yang diberikan oleh kaunselor kepada klien. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan yang ditujukan oleh klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien. Tetapi kaunselor hanya sebagai pemudahcara kepada perubahan diri klien bukan menyelesaikan permasalahan klien. 

Kaunseling membantu klien untuk memahami dirinya dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidupnya dan bagaimana klien mengadapi permasalahan tersebut. Oleh itu, fokus perbincangan dalam sesi kaunseling adalah diri klien dan peranannya dalam permasalahannya, bukan masalah yang dihadapi olehnya.

Dalam sesi kaunseling, tugas utama kaunselor adalah untuk mengenalpasti permasalahan sebenar klien. Menggunakan kemahiran asas kaunseling dan teknik kaunseling yang bersesuaian untuk membantu dalam mengenalpasti permasalahan utama klien. Semua kemahiran asas kaunseling dan teknik kaunseling dapat berjalan dengan lancar jika seorang mengetahui kemahiran asas dan teknik yang patut digunakan dalam mengendalikan kes.

PERANAN KAUNSELOR
Seseorang kaunselor yang profesional mesti mempunyai kemahiran-kemahiran seperti:

i) Kemahiran asas kaunseling dan teknik-teknik kaunseling
ii) Kemahiran mengenalpasti masalah sebenar klien
iii) Kemahiran pengurusan kes klien
iv) Kemahiran bekerjasama dengan ahli profesional lain
v) Kemahiran memelihara dan penjagaan kerahsiaan rekod klien

ANTARA CIRI-CIRI PERIBADI KAUNSELOR
  1. Berilmu dan bersifat lemah lembut
  2. Bersifat pengasih dan penyayang
  3. Mempunyai nilai moral yang tinggi
  4. Sabar dan tenang fikiran, tidak gopoh dan tidak gemuruh
  5. Tidak panas baran
  6. Manis lidah, tidak celupa dan bersih hati
  7. Mempunyai keyakinan diri
  8. Menyedari tugasnya untuk menolong bukan untuk menghukum
  9. Bersifat amanah dan setia janji
  10. Tidak mudah jemu dan tidak mudah bosan
  11. Bijak menggunakan kata-kata halus dan menyenangkan hati orang lain
  12. Berkebolehan untuk meyakinkan individu yang bermasalah
  13. Rasa kasih dan hormat kepada orang yang mempunyai masalah.
  14. Kaunselor sebagai model bermaksud kaunselor belajar melalui latihan dan meniru tingkah laku orang lain. Klien akan mencontohi sikap dan tingkah laku kaunselor.
  15. Kaunselor perlu peka terhadap nilai-nilai
  16. Bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya untuk mewujudkan model yang stabil bagi menjalinkan perhubungan dan seterusnya bantu menyelesaikan masalah klien.
  17. Kaunselor perlu ada sifat mesra, menerima, memahami, menolong, peramah, mudah didampingi, mengambil berat tentang diri, klien, menjalinkan perhubungan yang tidak mengancam klien.
  18. Berani menjalankan proses kaunseling untuk menolong  individu lain.
  19. Kaunselor perlu berani dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Thursday, February 2, 2012

BENGKEL KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING Siri 1/2012

PENGENALAN
Kaunseling amat sinonim dengan kemahiran menolong orang lain. Akibatnya istilah kaunseling sering terdedah kepada salah tanggap masyarakat. Kaunseling sering dianggap sebagai nasihat sedangkan kaunseling dan nasihat adalah dua kemahiran yang berbeza.

Kaunseling melibatkan teori, teknik, proses dan etika. Oleh sebab itu, untuk menjalankan sesi kaunseling seseorang perlu terlebih dahulu berkemahiran dan terlatih. Dalam konteks profesional, hanya kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia sahaja yang layak dan dibenarkan untuk menjalankan sesi kaunseling.

Dalam pada itu, isu berkaitan hal ehwal kekeluargaan Islam di Malaysia adalah antara isu perhatian penting masyarakat seperti kes-kes perceraian, tuntutan hak dan nafkah, perlindungan kanak-kanak, pertukaran agama, pembahagian harta, kemiskinan dan permasalahan berkaitan salah laku akhlak. Maka bidang tugas membimbing dan menasihat yang dipikul oleh pegawai-pegawai di agensi-agensi yang berkaitan menjadi semakin komplikated dan mencabar.

Oleh yang demikian, mendedahkan dan melatih pegawai-pegawai agensi berkaitan hal ehwal agama Islam dengan ilmu dan kemahiran asas kaunseling dilihat amat relevan, perlu dan bermanfaat. Ia berupaya meningkatkan tahap kecekapan, kewibawaan dan profesionalisme mereka dalam melaksanakan tugasan membimbing dan menasihati.

OBJEKTIF
Membantu memperbetul perspektif jabatan, pegawai dan masyarakat tentang salah tanggap terhadap kaunseling dan aplikasinya dalam tugasan membimbing dan menasihat khususnya yang berkaitan hal ehwal agama dan kekeluargaan Islam.

Membantu meningkatkan keyakinan, kecekapan dan keberkesanan pegawai melaksanakan tugasan melalui amalan teknik asas kauseling yang betul.

Membantu meningkatkan dinamika kerja-kerja berkaitan dakwah melalui aplikasi kemahiran asas kaunseling.

Membantu meningkatkan kecekapan penyampaian dan sekaligus tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan pegawai dan agensi berkaitan hal ehwal agama dan kekeluargaan Islam.

METODOLOGI
Bengkel ini menggunakan pendekatan pembelajaran melalui pengalaman melalui pembentangan teori, perkongsian pengalaman, diskusi dalam kelompok dan sesi latihan praktikal bagi memudahkan peserta memahami konsep-konsep pembelajaran dan aplikasinya.

SINOPSIS PENGISIAN
1.     Mengenali Dunia Kaunseling
·    Definisi istilah kaunseling, kaunselor dan klien
·    Ciri-ciri kaunselor
·    Perbezaan kaunseling dan nasihat
·    Perbezaan kaunselor dan klien
·    Perbezaan Kaunseling individu dan kelompok
·    Matlamat kaunseling
·    Prinsip kaunseling
·    Etika Kaunseling

2.     Kemahiran Asas Kaunseling
·    Kemahiran mendengar
·    Kemahiran menyoal
·    Kemahiran membina hubungan
·    Kemahiran meneroka
·    Kemahiran membuat refleksi dan parafrasa
·    Kemahiran menghadapi kesenyapan
·    Kemahiran memberi dorongan minima
·    Kemahiran menghadapi pelbagai jenis klien (attending skills)

3.     Proses Pengendalian Sesi Kaunseling
·    Bina hubungan
·    Penstrukturan
·    Penerokaan isu
·    Mengenal punca masalah
·    Membuat pilihan dan membina alternatif
·    Penamatan sesi

4.     Rahsia di Sebalik Personaliti Diri
·    Fitrah kejadian manusia
·    Kenali diri melalui personaliti
·    Teknik pengendalian klien berdasarkan personaliti

FASILITATOR/JURULATIH
Encik M. K. Fuad Hj. Che Ab. Razak
Pengarah Urusan dan Perunding Motivasi
AsasInsan Resources & Training

Cr. Nurhazreen Hj. Mohd Nor
Kaunselor Berdaftar & Perunding Psikologi
AsasInsan Counseling & Life Coaching Clinic (ACLCC)

Cr. Mohd Hasni Zulkifle
Kaunselor Berdaftar & Kaunselor
Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (PKMAINS)

SIAPA PATUT SERTAI
·         Pegawai-pegawai Majlis Agama Islam Negeri
·         Pegawai-pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
·         Pegawai-pegawai Lembaga Zakat dan Baitulmal
·         Hakim dan Pendaftar Mahkamah Syariah
·         Peguam dan Peguam Syarie
·         Pegawai-pegawai pusat pemulihan akhlak
·         Pendakwah dan perunding motivasi
·         Individu perseorang yang berminat mendalami ilmu kaunseling

Terhad kepada 30 orang peserta.

TARIKH
21 & 22 Mac 2012 (Rabu & Khamis)

MASA
9.00 pagi - 5.00 petang

TEMPAT
Puri Pujangga UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan

ATURCARA PROGRAM
Hari Pertama
0800     Pendaftaran Peserta
0900     Sesi 1 - Ta’aruf & Teroka Diri
1030     Minum Pagi
1100     Sesi 2 - Apa Itu Kaunseling Dan Aplikasinya Dalam Perkhidmatan Berkaitan
Hal Ehwal Kekeluargaan?
1300     Makan Tengahari & Solat Zuhur
1415     Sesi 3 - Kemahiran Asas Dalam Kaunseling
1600     Sesi 4 - Latihan Simulasi 1
1700     Sesi Hari Pertama Tamat

Hari Kedua
0830     Sesi 5 - Slot Terapi Relaksasi
0900     Sesi 6 - Teknik Dan Proses Pengendalian Sesi Kaunseling
1030     Minum Pagi
1100     Sesi 7 - Latihan Simulasi 2
1300     Makan Tengahari & Solat Zuhur
1415     Sesi 8 - Slot Motivasi; Rahsia Di Sebalik Personaliti Diri
1630     Rumusan, Penilaian & Penyampaian Sijil Penyertaan
1700     Minum Petang & Bersurai

YURAN PENYERTAAN
Individu            RM720
Early bird         RM684 (Daftar sebelum 1 Mac 2012)
Berkumpulan    RM2,000 (3 orang)

Seminar Motivasi Kemahiran Belajar iMAge (ikut-macam-genius)



KENAPA KEMAHIRAN BELAJAR PENTING?
Punca utama anak anda menganggap belajar satu aktiviti yang sukar dan membosankan ialah cara dia belajar tidak secocok dengan personalitinya. Personaliti diri menentukan gaya dan cara belajar seseorang.

Ini berlaku mungkin kerana kurang pendedahan tentang cara belajar yang betul. Lantas, dia belajar dengan mengikut cara rakan atau orang lain belajar.

Belajar perlu dilakukan dengan kemahiran untuk membuahkan hasil yang terbaik. Yang penting bukan berapa banyak masa yang dihabiskan untuk belajar tetapi bagaimana belajar dengan berkesan tanpa mengira betapa singkat masa yang diluangkan. Lagi singkat masa belajar lagi seronok anak anda belajar. Ia boleh dilakukan dengan kemahiran yang betul.

Justeru itu, mengenali personaliti dan potensi diri amat penting untuk membantu anak anda mengolah teknik dan cara belajar yang paling sesuai, selesa dan berkesan untuk dirinya. Setiap pelajar mempunyai potensi, kekuatan dan kelemahan yang berbeza-beza. Maka, jalan terbaik untuk seronok belajar ialah ‘mencipta’ cara belajar tersendiri. Klik di sini untuk daftar online.

MOTIVASI KEMAHIRAN BELAJAR iMAge (ikut-macam-genius)
Program ini mendedahkan kemahiran belajar meliputi tiga aspek utama iaitu teknik belajar, teknik pengurusan masa dan teknik membina keyakinan diri berpandukan Potensi Personaliti Dominasi Otak (PPDO). Ia bertujuan membantu pelajar belajar dengan lebih seronok, berkesan dan mudah mencapai apa jua matlamat yang disasarkan dalam belajar. Program ini mula diperkenalkan pada 2004 dan telah membantu lebih 10,000 orang pelajar di seluruh negara.

Mungkin sedikit yang dianugerahkan lahir sebagai genius tetapi belajar seperti genius boleh dipelajari dan dikuasai oleh sesiapa sahaja dan ramai telah membuktikannya. Itulah sebabnya program ini dinamakan iMAge (Ikut-Macam-Genius).

APA ITU PPDO?
Potensi Personaliti Dominasi Otak (PPDO) membantu individu untuk lebih mengenali diri sendiri dari segi potensi, gaya dan cara belajar. Otak manusia yang terbahagi kepada dua hemisfera iaitu kiri dan kanan mempunyai fungsi yang berbeza. Ia amat mempengaruhi personaliti dan perilaku seseorang.

Uniknya, setiap individu dilahirkan dengan kecenderungan otak tertentu samada lebih dominan kepada hemisfera kanan atau kiri. Menurut kajian, kedua-dua bahagian otak dihubungkan oleh saraf corpus collusom. Ia sebenarnya membolehkan kedua-dua bahagian otak ini diintegrasikan dan digunakan serentak dalam aktiviti berfikir yang menghasilkan kuasa minda yang jauh lebih hebat.

Kelebihan mengenali PPDO untuk pelajar ialah ia dapat membantu meningkatkan keberkesanan bukan sahaja dalam belajar bahkan dalam kehidupan harian sepanjang hayat. Kajian menunjukkan kita menggunakan hampir 90% potensi otak kiri dalam aktiviti harian kita sedangkan otak kanan mempunyai potensi yang sangat hebat namun jarang dimanfaatkan secara sedar. “Jika anda menggunakan otak kiri, anda boleh bergerak dari A ke Z. Jika anda menggunakan otak kanan, anda boleh pergi ke mana sahaja yang anda mahu.” Albert Einstein, genius sains yang keciciran semasa di bangku sekolah.

Modul program ini disusun berasaskan PPDO oleh M. K. Fuad bin Hj. Che Ab. Razak iaitu Pengasas AsasInsan Resources & Training. Ia asalnya adalah teknik-teknik belajar yang telah membantu beliau mencapai prestasi cemerlang di sekolah menengah dan banyak membantu beliau mengharungi cabaran di universiti sebagai pemimpin pelajar dan mahasiswa undang-undang. Menyedari isu dalam belajar yang dihadapi oleh ramai pelajar khsususnya pelajar Melayu, beliau mengambil inisiatif menyusun teknik-teknik tersebut menjadi formula-formula mudah agar ia boleh dikongsi, dipelajari dan dimanfaatkan oleh lebih ramai pelajar. Klik di sini untuk daftar onlline.

METODOLOGI
Metodologi pengendalian 10 Elemen Impak Tinggi AsasInsan (10-EITA) menekankan pembelajaran melalui pengalaman. Seminar ini akan dikendalikan oleh fasilitator secara interaktif dengan gabungan kaedah penyampaian melalui diskusi dalam kumpulan, aktiviti simulasi, ujian diagnosis dan penggunaan ‘interactive follow-through manual’ yang berkesan. Ini akan menggalakkan penyertaan aktif peserta.

FASILITATOR
Fasilitator utama seminar ini ialah M. K. Fuad Hj. Che Ab. Razak yang merupakan Pengasas dan Perunding Utama AsasInsan Resources & Training. Beliau dibantu oleh pasukan fasilitator terlatih AsasInsan. Beliau berpengalaman mengendalikan pelbagai program motivasi untuk pelajar dan remaja sejak 1995. Sehingga kini ribuan pelajar telah mengikuti pelbagai program anjuran beliau dalam bentuk seminar, bengkel dan kem.

SINOPSIS KANDUNGAN
Diagnosis Prestasi & Potensi Kendiri
1.     Analisis kecenderungan otak kiri dan kanan
2.     Analisis kemahiran pengurusan masa
3.     Analisis tahap motivasi dan estim diri

Aplikasi PPDO Dalam Kemahiran Belajar;
Kaedah 4FLEX (Teknik membina jadual belajar berkesan)
Mendedahkan teknik urus masa melalui jadual belajar fleksibel dengan penggunaan masa kualiti 4 jam sehari. Cabaran belajar yang boleh ditangani selepas ini: terlalu banyak kerja rumah dan aktiviti, masa terhad, tabiat ulangkaji saat akhir, tidak tahu masa sesuai dan jumlah masa yang diperlukan untuk ulangkaji.

Kaedah B20 (Teknik ulangkaji berkesan)
Mendedahkan teknik meningkatkan daya dan minat belajar melalui pengaktifan otak kanan dan kiri bagi menjadikan aktiviti belajar semakin mudah, berkesan dan seronok. Cabaran belajar yang boleh ditangani selepas ini: sukar untuk mengingat, terlalu banyak fakta yang perlu dihafal, mudah lupa atau bosan dan sukar memberi tumpuan di dalam kelas.

Potensiku (Teknik membina keyakinan diri)
Mendedahkan teknik mencipta motivasi diri melalui eksploitasi potensi diri (kekuatan & kelemahan) dan penetapan matlamat diri yang praktikal dan achievable. Cabaran belajar yang boleh ditangani selepas ini: tidak tahu tujuan belajar, tiada matlamat hidup yang jelas, kurang keyakinan diri, malu bertanya, mudah terpengaruh dan kurang minat belajar.

Pengukuhan Kecerdasan Emosi Dan Rohani
Pengisian seminar ini turut disokong dengan aktiviti pengukuhan EQ dan SQ seperti solat berjemaah, amalan doa, zikir, tazkirah adab dan akhlak.

Inilah tiket kejayaan anak anda dalam pelajaran dan kehidupan. Berikanlah yang terbaik untuk mereka kali ini.

FAEDAH PASCA SEMINAR Klik di sini untuk daftar online
Untuk tujuan memastikan anak anda mahir mengaplikasikan teknik-teknik yang telah dipelajari, sistem sokongan susulan disediakan untuk peserta dan ibubapa seperti berikut:

50% Diskaun Untuk Penyertaan Semula Seminar*
Selepas 6 bulan anak anda digalakkan untuk menyertai semula seminar ini sebagai penyegaran dan suntikan semula pada kadar yuran yang istimewa iaitu diskaun 50%.

Bengkel Pengukuhan*
Bengkel ½ hari selepas seminar untuk latihan pengukuhan teknik-teknik yang telah dipelajari. Dikendalikan oleh fasilitator terlatih dalam kumpulan bimbingan kecil. Bayaran minima akan dikenakan.

Bengkel Kenali Anak Dan Panduan Untuk Ibubapa*
Bengkel ½ hari selepas seminar yang mendedahkan panduan membimbing anak di rumah menggunakan teknik-teknik Kemahiran Belajar iMAge selain tip mengenali dan menangani personaliti anak remaja. Bayaran minima akan dikenakan.

Diskaun Istimewa Alumni
Diskaun istimewa 10% (untuk alumni) dan 5% (untuk adik-beradik dan rakan) ke atas yuran penyertaan untuk program-program AsasInsan akan datang.

* Tertakluk kepada syarat dan tempahan awal.

Individu               : RM180
Early bird           : RM170 (daftar 1 bulan sebelum program)
Berkumpulan     : RM500 (3 orang)
Alumni                : RM160

1.   Yuran adalah untuk kit program, bahan latihan dan 3 kali makan.
2.   Tempat hanya disahkan setelah bayaran yuran diterima.
3.   Yuran akan dikembalikan sepenuhnya untuk pembatalan selewat-lewatnya 10 hari sebelum tarikh seminar.
4.   Yuran boleh dibayar secara online atau melalui mesin deposit tunai (CDM):
Atas nama ASASINSAN RESOURCES & TRAINING
No. akaun : 5647 99100 357  (Maybank Islamic Berhad)
Sila simpan slip deposit dan hubungi kami untuk pengesahan bayaran

TARIKH DAN TEMPAT
Seminar Kemahiran Belajar iMAge
25 Februari 2012 (Sabtu)
8.00 pagi - 5.00 petang
Dewan Sheikh Daud Al Fatani, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Bengkel Pengukuhan
26 Februari 2012 (Ahad)
8.00 pagi - 1.00 petang
Ruang Sahn, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Bengkel Kenali Anak & Panduan Untuk Ibubapa
26 Februari 2012 (Ahad)
8.00 apgi - 1.00 petang
Ruang Solat Tambahan, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Untuk maklumat terkini berkenaan tarikh dan tempat, sila hubungi pejabat kami di talian 03 89222934.

ATURCARA SEMINAR
7.30 pagi          Pendaftaran peserta
8.30 pagi          Slot 1
10.30 pagi        Minum pagi
11.00 pagi        Slot 2
1.00 petang      Makan tengahari & solt zuhur berjemaah
2.15 petang      Slot 3
4.00 petang      Rumusan & penilaian program
4.30 petang      Slot Bersama Ibubapa & penyampaian sijil
5.00 petang      Minum petang & bersurai

UNTUK PENDAFTARAN
Sila hubungi Eksekutif Pemasaran kami di talian 03-8922 2934 atau daftar secara online dengan mengisi Borang Penyertaan Online Seminar iMAge, sila klik di sini.