15 April 2019

JOM Produktif Dengan Al-Fatihah @ Ramadan!



Assalamualaikum wrt. wbh.

Ramadan kali ini, saya ingin mengajak anda untuk meneroka Ramadan melalui dimensi surah Al-Fatihah. Surah tujuh ayat yang terbanyak dibaca dalam Ramadan.

Surah ini terkandung di dalamnya kuasa positif yang memberi kesan luar biasa kepada diri dan kehidupan anda. Dengan syarat, anda menjiwainya. Ramai orang membaca surah ini hanya dengan lafaz, tanpa jiwa. Lebih sedih lagi, langsung tidak mengerti maknanya. Maka tidak hairan kalau ramai yang kurang terkesan dengannya walaupun ia surah yang paling kerap dan banyak dibaca.

Apa beza lakonan dalam filem-filem Hollywood berbanding filem-filem Malaysia? PENJIWAAN. Melakukan dengan sepenuh jiwa adalah prasyarat kejayaan dalam melakukan apa jua perkara. Bersukan, berniaga, berkeluarga, belajar, berlakon apatah lagi bekerja.

Pekerja yang berkhidmat sepenuh jiwa jauh lebih bertenaga, produktif dan berprestasi tinggi. Al-Fatihah dan Ramadan ada resepinya. Inilah kesempatan terbaik kepada pekerja-pekerja muslim untuk mengumpul momentum produktif yang luar biasa daripada Ramadan selain meraih ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

SLOT MOTIVASI RAMADAN; TERAPI AL-FATIHAH
Mencetus Motivasi Diri Berteras Surah Pertama Al-Quran


Dalam program spiritual motivational training ini, saya mengajak kakitangan anda untuk merefleksi diri dan mencari sumber dorongan dan motivasi dalaman terbaik berpandukan pedoman dari surah Al-Fatihah. Slot ini bukan program ‘kuliah agama’ tetapi ia adalah motivational training yang dikendalikan secara interaktif, ada aktiviti simulasi dan turut menyelitkan elemen relaxation.



Insya Allah selepas mengikuti slot ini,

1) Peserta lebih FAHAM dan mudah untuk MENGHAYATI surah Al-Fatihah.

2) Mereka dapat MENGAITKAN secara langsung setiap ayat dalam surah ini dengan tingkahlaku, tabiat dan rutin kehidupan mereka termasuklah cara mereka bekerja.

3) Mereka dapat MENILAI sejauh mana pembawaan diri mereka sejajar dengan tabiat orang berjaya seperti yang digariskan dalam surah Al-Fatihah.

4) Lebih menarik lagi, surah ini akan menjadi PENGGERA ROHANI (spiritual buzzer) yang sentiasa ‘berdering’ untuk mengingat dan memotivasikan mereka.

Dalam pada itu, meneroka surah Al-Fatihah (Ummul Quran - Ibu Al-Quran) dalam bulan Ramadan, secara tidak langsung kita sebenarnya mengambil semangat turunnya Al-Quran dalam bulan yang mulia ini,

“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil).” Al-Baqarah: 185.

Ayuh segera tempah tarikh untuk anjur slot menarik ini di pejabat anda kerana kami hanya sediakan 20 TARIKH untuk mengendalikan slot ini sepanjang Ramadan (bermula 6 Mei – 31 Mei 2019). Hubungi kami di talian 013.378.1934 untuk menyemak kekosongan tarikh atau untuk sebarang pertanyaan lanjut. Untuk buat tempahan segera bagi mengelak pejabat anda terlepas tarikh yang dipilih, tempahan juga boleh dibuat secara online.

Untuk tempah tarikh sila klik:


Semoga Ramadan kali ini benar-benar memberi kita kefahaman tentang kerja, rezeki dan tugas kita sebagai hamba dan khalifah. Wallahu a’lam.

Terima kasih. Wassalam

Che E
Perunding Utama
ASASINSAN RESOURCES & TRAINING