JOM HARGAI KESETIAAN SETIAUSAHA ANDA!
Pantas, cekap dan tahan telinga? Mungkin itulah ciri-ciri kebanyakan setiausaha. Sebagai menghargai komitmen dan kesungguhan para setiausaha, kami di AsasInsan amat berbesar hati menganjurkan Bengkel Tingkatkan Estim Diri; Tip Mudah Seronok Bekerja khas untuk Setiausaha. Organisasi swasta dan kerajaan amat dialu-alukan untuk 'menghadiahkan' bengkel ini kepada kakitangan yang menggalas tanggungjawab dan amanah sebagai setiausaha sebagai tanda penghargaan kepada mereka. KENAPA KAMI ANJURKAN BENGKEL INI?
Kerja adalah fitrah kehidupan dan tidak mungkin boleh dipisahkan. Kita perlu bekerja untuk meneruskan kehidupan. Oleh itu, keseronokan dalam bekerja amat mempengaruhi kualiti kehidupan seseorang. Begitu jugalah sebaliknya.
Persoalannya, mengapa ramai orang mengeluh tentang kerja? Tentang gaji, bos, tekanan, tugasan, cuti, pangkat dan macam-macam lagi. Adakah kita tidak boleh berseronok dalam kerja?
Kajian oleh banyak pihak menunjukkan, antara faktor utama yang mempengaruhi seseorang untuk terus bekerja dengan majikannya ialah tahap keseronokan bekerja yang dinikmatinya. Lebih seronok bekerja lebih tinggi kesetiaan dan komitmennya.
Maka, apakah cara terbaik untuk menimbulkan rasa seronok bekerja? Adakah gaji lumayan sahaja yang boleh menimbulkan perasan ini? Jika benar begitu, mengapa ada orang bertukar atau berhenti kerja sedang dia menjawat jawatan tinggi?
Jawapannya ialah estim diri. Bagaimana cara anda melihat, menilai dan menganggap diri anda sendiri. Tidak hairanlah mengapa ada pemandu yang lebih bahagia dan gembira daripada bos yang duduk di kerusi belakang kereta mewah yang dipandunya.
Bengkel ini berkongsi tip mudah yang praktikal bagaimana menimbulkan rasa seronok bekerja tanpa perlu bergantung kepada orang lain kerana anda berhak seronok untuk menikmati kehidupan ini. Kerja anda adalah kehidupan anda.
OBJEKTIF
1. Membantu meningkatkan motivasi diri dalam bekerja
2. Membantu mengenali personaliti, potensi dan kekuatan diri
3. Mendedahkan tip dan teknik mengekalkan motivasi diri
KESAN JANGKAAN PASCA BENGKEL
· Lebih seronok dan menghargai diri sendiri
· Lebih mengenali potensi dan kekuatan diri
· Lebih berani, berkeyakinan dan tekad
· Lebih mahir mengawal fikiran, emosi dan tindakan
· Memiliki kemahiran mengekalkan motivasi diri
SINOPSIS KANDUNGAN
Diagnosis Estim Diri
1. Ukur ‘suhu’ motivasi diri dalam kerja
2. Kenal pasti punca yang menggugat estim diri dan motivasi kerja
3. Ketahui jenis personaliti dan perkaitannya dengan estim diri
Kesan Tabiat Kepada Motivasi Diri & Kejayaan
1. Ketahui rahsia dan tabiat diri orang yang berjaya
2. Kenali punca sikap pesimis dalam diri
3. Tip memulakan tabiat diri orang berjaya
Tip Mudah Menimbulkan Rasa Seronok Bekerja
1. Rahsia SQ; ‘Kerja Atas Sejadah’
2. Rahsia IQ; ‘30 Minit Setiap Pagi’
3. Rahsia EQ; ‘Sebut 20 Kali Sehari’
4. Rahsia FQ; ‘25% Lebih Laju Daripada Biasa’
SIAPA PATUT SERTAI
Terbuka kepada setiausa agensi swasta dan kerajaan.
METODOLOGI
Metodologi pengendalian 10 Elemen Impak Tinggi AsasInsan (10-EITA) menekankan pembelajaran melalui pengalaman. Bengkel akan dikendalikan oleh fasilitator secara interaktif dengan gabungan kaedah penyampaian melalui diskusi dalam kumpulan, aktiviti simulasi, ujian diagnosis dan penggunaan ‘interactive follow-through manual’ yang berkesan.
FASILITATOR
M. K. Fuad bin Hj. Che Ab. Razak (Che E) merupakan Pengasas dan Perunding Utama AsasInsan Resources & Training. Beliau telah melibatkan diri secara aktif dalam bidang motivasi pembangunan diri sejak lebih 10 tahun lalu.
Berpengalaman mengendalikan sesi bimbingan motivasi untuk lebih 20,000 orang peserta termasuk pegawai dan kakitangan kerajaan, kakitangan swasta, guru, profesional, belia, ibubapa, pelatih pusat serenti, mahasiswa universiti dan pelajar sekolah.
Beliau yang memulakan kerjaya sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 2000 telah membangunkan dan menggunapakai Metodologi Pengendalian 10 Elemen Impak Tinggi AsasInsan (10-EITA™) dalam program-program kendaliannya yang terbukti unik dan berkesan.
Di antara segmen kepakaran beliau ialah motivasi peningkatan kualiti kerja, kemahiran kepimpinan, pengukuhan pasukan dinamik, pengukuhan ibadah dan jatidiri, komunikasi berkesan, perancangan kerjaya, kemahiran temuduga, kemahiran keibubapaan dan kemahiran belajar.
TARIKH
18 April 2012 (Rabu)TEMPAT
Hotel Residence Uniten, Bangi
MASA
8.30 pagi - 5.00 petang
YURAN PENYERTAAN
Individu : RM480
Berkumpulan : RM1,320 (3 orang)
LATARBELAKANG BENGKEL
Penganjuran bengkel ini telah memasuki tahun ketiga sejak 2010. Ia bertujuan mempermudahkan organisasi swasta dan kerajaan untuk memberi latihan dan motivasi kepada kakitangan. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan berikut adalah antara agensi yang telah menyertai bengkel ini;
Pejabat Perhubungan Awam & Korporat UKM
Carrefour Malaysia
Naza Automotive Manufacturing Sdn. Bhd.
Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia
Intec UiTM Shah Alam
Hospital Sungai Buloh
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Yayasan Sabah
Plus Highway Bhd
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan
Universiti Putra Malaysia
Kesas Sdn. Bhd.
Kesatuan Sekerja Bank Rakyat
Yayasan Selangor
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Mahkamah Tinggi Johor Bahru
Majlis Perbandaran Sandakan
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Johor
Jabatan Pertanian Selangor
Selangor Tourism Sdn Bhd
Lembaga Zakat Selangor
Jabatan Perdana Menteri
Jabatan Tenaga Kerja
Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar
Petronas MTBE Sdn. Bhd.
UNTUK PENYERTAAN