Apakah yang kami percaya tentang BuKU?
Kami percaya institusi pendidikan yang mampu membimbing pelajar untuk membina matlamat yang jelas dalam hidup, mengamalkan gaya hidup sihat dan menggunakan teknik berkesan dalam pembelajaran akan berupaya melahirkan kumpulan pelajar yang berakhlak mulia, tinggi nilai jatidiri dan berkeupayaan tinggi dalam belajar. Nama sekolah pasti ‘naik’ jika ini terlaksana.
Hanya apabila faktor ini diberi perhatian dan dibina dengan konsisten maka barulah sekolah berupaya melonjakkan prestasinya dalam semua peringkat. Faktor fundamental ini dinamakan Budaya Keilmuan Unggul, mungkin boleh diakronimkan sebagai ‘BuKU’. Secocok dan sewajarnya diamalkan oleh sekolah sebagai gedung ilmu.
Ukuran prestasi sekolah yang sebenar ialah nilai keinsanannya. Keinsanan yang dilambangi oleh guru, kakitangan dan pelajar. Nilai keinsanan ini tidak menokok dengan bertambahnya peruntukan, bantuan dan prasarana semata-mata. Bahkan dengan catuan semua itupun prestasi nilai keinsanan tetap dapat diutuhkan. Rajin adalah nilai unggul insan berjaya. Adakah rajin hanya boleh dimiliki oleh pengetua, guru dan pelajar sekolah yang berprasarana canggih dan lengkap sahaja? Lucu bukan?
Kami percaya prestasi sekolah dalam peperiksaan seperti PMR dan SPM akan mudah melonjak apabila gerak kerja bersungguh-sungguh dan konsisten ditumpukan terhadap pengukuhan budaya unggul ini di sekolah. Ia akan menjadikan setiap guru dan pelajar merasakan ‘sekolahnya’ penting dan bertanggungjawab menjaga nama baiknya. Selepas ini, titik peluh dan pening kepala pengetua dan guru-guru di awal tahun membuat perancangan untuk sekolah pasti memberi kesan besar dan berbaloi.
Bagaimana cara kami membantu sekolah?
Dalam mengendalikan program motivasi pembangunan diri yang melibatkan pelajar sekolah menengah, kemahiran yang tinggi diperlukan untuk memahami paten gelagat, pemahaman dan respon setiap kategori pelajar.
Mengendalikan pelajar tingkatan dua lebih mencabar berbanding pelajar tingkatan tiga atau empat. Pelajar yang dikategorikan berisiko tinggi lebih banyak menghantar mesej melalui gelagat dialog kendiri dalaman dalam berkomunikasi berbanding pelajar biasa. Pelajar perempuan sekolah pinggir bandar lebih berat mulut (reserved) berbanding pelajar perempuan sekolah bandar. Pelajar sekolah harian lebih terbuka dalam menerima maklumat baru berbanding pelajar sekolah berasrama penuh.
Inilah yang kami lakukan. Mengenali dan memahami terlebih dahulu dengan siapa bakal kami berprogram. Itulah sebabnya sekolah perlu mengisi lengkap Borang Penganjuran Program yang mengandungi maklumat asas latarbelakang kumpulan sasaran sebelum satu-satu program dapat kami laksanakan.
Kami mengutamakan keberkesanan penyampaian kandungan (substance) dalam setiap program yang dikendalikan. Walaupun begitu, kami tidak mengukur keberkesanan kandungan berdasarkan kuantiti kehadiran, sorakan, gelak tawa atau tepukan gemuruh peserta.
Mungkin itulah sebabnya, kami konsisten menerima maklumbalas positif daripada pelajar yang menyertai program kendalian kami. 99% daripada 1,332 peserta pada tahun 2006 dan 1,989 peserta pada tahun 2011 menyatakan mereka memperolehi maklumat baru dalam program yang mereka sertai. Kami memastikan program motivasi yang dikendalikan bukan sekadar membugar semangat tetapi juga mencapah prespektif dan menjadikan peserta lebih celik akal dengan maklumat-maklumat bermanfaat yang didedahkan.
Dalam usaha membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan penting seperti PMR dan SPM, kami membantu mereka untuk mengenali kekuatan diri dari segi amalan budaya hidup dan gaya belajar agar mereka sendiri berupaya mengatasi kelemahan yang menghambat pretasi mereka selama ini.
Melalui slot DIGAS™ iaitu ujian diagnosis kendiri yang ringkas dan mudah dilaksanakan, majoriti pelajar terkesima dan teruja apabila melihat sendiri potensi diri mereka yang selama ini terpendam dibongkar dengan mudah. Anda pasti seronok apabila mengetahui sebenarnya anda memiliki sesuatu yang hebat yang belum pernah anda tahu dan gunakan sebelum ini.
Adakah pelajar tingkatan lima sekolah anda menyedari bahawa bermula 1 Januari yang lepas mereka hanya ada lebih kurang 2.1 hari untuk mengulangkaji sehingga faham setiap topik yang perlu mereka kuasai untuk peperiksaan SPM?
Adakah mereka tahu dan sedar bahawa masa belajar dapat dipendekkan apabila bahagian otak kiri dan kanan diaktifkan serentak secara sedar setiap kali mengulangkaji?
Adakah mereka tahu bahawa terdapat tanda pada bahagian mulut yang menunjukkan bahagian otak kanan mereka sedang aktif atau sebaliknya?
Tidak hairanlah mengapa ramai pelajar seronok dan berpuas hati mengikuti program ini kerana mereka dibantu untuk lebih mengenali diri, potensi dan kekuatan yang mereka miliki.
Apakah program yang kami kendalikan?
Dalam usaha membantu sekolah meningkatkan amalan budaya unggul bagi melonjakkan prestasi akademik pada tahun ini, kami bersedia membantu sekolah melalui kerjasama strategik dalam penganjuran beberapa bentuk program motivasi khusus untuk pelajar sekolah menengah.
Antara program motivasi pelajar yang kami bangunkan dan mendapat sambutan ialah;
- Seminar Motivasi Kemahiran Belajar iMAge (ikut-macam-genius) untuk pengukuhan kemahiran belajar. Terdapat tiga modul menarik dalam siri ini yang dianjurkan secara berasingan iaitu;
a. Kaedah 4Flex (Kemahiran Pengurusan Masa Berkesan Dengan Aplikasi Potensi Otak Kiri Dan Kanan)
Kaedah kreatif membina jadual belajar yang meyeronokkan. Ia menggabungkan penilaian prestasi, tahap kecerdasan otak dan masa berkualiti 4 jam sehari melalui penggunaan masa yang fleksibel bagi menggantikan jadual belajar biasa yang rigid dan sukar dipatuhi.
b. Kaedah B2O (Kemahiran Ulangkaji Berkesan Dengan Aplikasi Potensi Otak Kiri Dan Kanan)
Melatih pelajar meningkatkan daya, minat dan keseronokan belajar melalui teknik penggunaan optimum dua bahagian otak (kanan dan kiri) khususnya dalam membuat nota, membaca dan mengulangkaji dengan mengenali potensi kecenderungan otak berpandukan teori hemispheric dominance.
c. GempurEXAM! (Persediaan Psikologi Peperiksaan)
Panduan persediaan menghadapi peperiksaan sebagai strategi tahap akhir agar perkara-perkara kecil yang boleh menjejaskan keputusan peperiksaan dapat dielakkan. Modul ini bertindak sebagai penggera agar pelajar tidak terlupa untuk melatih diri agar bersedia dari pelbagai segi untuk menghadapi peperiksaan penting.
2. Kem I’BAD! untuk pengukuhan ibadah dan jatidiri.
Modul dalam program ini menumpukan kepada pengukuhan aspek kecerdasan emosi dan rohani (EQ dan SQ) pelajar. Melalui program unik ini, kami berusaha menerbitkan kesedaran dan kemahuan dalam diri pelajar untuk membudayakan nilai-nilai hidup unggul berteraskan ajaran agama dan budaya bangsa. Imej diri yang bersih, jelas matlamat hidup dan matang berfikir adalah kualiti sebenar pelajar yang unggul. Program ini amat sesuai dianjurkan untuk kumpulan pelajar berisiko tinggi.
Tempoh : Kem 3 Hari 2 Malam
Tempat : Sekolah atau kem latihan
3. Kem STYLE@School untuk pengukuhan kemahiran kepimpinan
Program ini membantu menggilap kemahiran dan kewibawaan kepimpinan di kalangan pemimpin pelajar. Melatih mereka untuk mahir berfikir, lebih berkeyakinan dan berupaya menjadi inspirasi untuk memimpin rakan-rakan pelajar yang lain. Pengawas sekolah, pembimbing rakan sebaya, ketua dan jawatankuasa kelab adalah kelompok sasaran yang sesuai menyertai program ini.
Tempoh : Kem 3 Hari 2 Malam
Tempat : Sekolah atau kem latihan
Tempahan untuk program sesi 2012 kini dibuka
Tempahan tarikh program untuk tahun 2012 telahpun dibuka bermula 9 Januari 2012. Kami menerima tempahan tarikh di atas dasar ‘yang cepat dapat’.
Berikut adalah tarikh-tarikh untuk penganjuran program berbentuk kem (3 hari 2 malam) iaitu Kem I’BAD dan Kem STYLE@School bagi tahun 2012 yang kini dibuka untuk tempahan oleh sekolah-sekolah yang berminat;
o9-11 Mac 2012 (Jumaat-Ahad) – masih kosong
o6-o8 April 2012 (Jumaat-Ahad) – masih kosong
o4-o6 Mei 2012 (Jumaat-Ahad) – masih kosong
15-17 Jun 2012 (Jumaat-Ahad) – masih kosong
o6-08 Julai 2012 (Jumaat-Ahad) – masih kosongBagi memastikan pengendalian terbaik, kami hanya mengendalikan 1 siri kem pelajar untuk setiap bulan bermula Mac-Julai 2012. Tempahan tarikh selain pilihan tarikh di atas adalah tertakluk kepada kekosongan jadual kami dan perbincangan lanjut.
Sementara itu, untuk Seminar Motivasi Kemahiran Belajar iMAge (ikut-macam-genius) pihak sekolah boleh memilih mana-mana tarikh yang difikirkan sesuai (Isnin-Sabtu) tertakluk kepada kekosongan jadual kami.
Kami amat mengalu-alukan pihak sekolah yang berminat untuk segera menghubungi kami untuk perbincangan lanjut.
Untuk maklumat lanjut berkenaan program atau tempahan tarikh, pihak sekolah boleh terus berhubung dengan Eksekutif Pemasaran kami Cik Siti Sarah di talian 03 8922 2934.
Apakah harapan kita?
Semoga pengorbanan, usaha dan pelaburan yang kita berikan hari ini untuk membimbing anak bangsa tanpa sedikitpun rasa jemu akan melahirkan generasi masa depan yang tak jemu-jemu menumpahkan jasa kepada negara, bangsa dan agama. “Didiklah anak-anakmu hari ini kerana mereka dilahirkan bukan untuk zamanmu.” Imam Al Ghazali.
Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati segala amalan kita.









0 comments:
Post a Comment