18 November 2013

Polisi Pengesahan Penyertaan & Kaedah Bayaran Yuran


Polisi Pembayaran Yuran dan Pengesahan Penyertaan

Untuk Program Penyertaan Individu (Personal) Sahaja

1.    AsasInsan mengamalkan polisi pendaftaran penyertaan hanya akan disahkan setelah bayaran yuran dibuat.

2.    Kami tidak menerima bayaran yuran pada tarikh program. Ini bermakna kami tidak menerima penyertaan secara walk-in.

3.    Oleh itu, anda dinasihati untuk membuat bayaran terlebih dahulu sebelum membuat pendaftaran secara online dan sila simpan slip atau bukti pembayaran untuk rujukan kemudian.

4.    Bagi anda yang mendaftar secara menghubungi terus pejabat kami, bayaran yuran hendaklah dijelaskan dalam tempoh 24 jam selepas mendaftar nama untuk membolehkan penyertaan anda disahkan.

5.    Jika selepas 24 jam tiada bayaran yang dibuat, pendaftaran nama anda akan dibatalkan secara automatik untuk memberi peluang kepada peserta lain mendaftar.

6.    Bayaran yuran boleh dibuat terus ke dalam akaun semasa kami seperti berikut:

Bank: Maybank Islamic Berhad
No. akaun: 5647 99100 357
Atas nama: ASASINSAN RESOURCES & TRAINING

melalui dua cara mudah iaitu Online Transfer atau Mesin Deposit Tunai (CDM)

7.    Anda dinasihati untuk segera menghubungi kami di talian 03-8922 2934 atau secara SMS ke talian yang sama setelah membuat bayaran yuran untuk makluman pihak kami.

8.    Untuk tujuan ini, talian kami beroperasi 24 jam 7 hari seminggu dan talian kami ini juga boleh menerima mesej teks (SMS).

9.    Pengesahan penyertaan akan kami berikan selepas menerima bayaran dalam tempoh 24 jam melalui emel dan/atau SMS.

Polisi Pembatalan dan Pemulangan Yuran

Untuk Program Penyertaan Individu Sahaja

1.    100% yuran akan dikembalikan jika anda membatalkan penyertaan dalam tempoh TUJUH (7) HARI SEBELUM tarikh program. Contoh, tarikh program pada 30 Disember dan pembatalan dibuat pada 23 Disember.

2.    50% yuran akan dikembalikan untuk pembatalan penyertaan dalam tempoh KURANG TUJUH (7) HARI dari tarikh program. Contoh, tarikh program pada 30 Disember dan pembatalan dibuat pada 24 atau 29 Disember. Peserta juga boleh memilih untuk menukar penyertaan ke tarikh program akan datang dan bayaran yuran yang telah dibayar akan dibawa ke hadapan dan tiada yuran baru perlu dibayar.

3.    TIADA yuran yang akan dikembalikan sekiranya pembatalan dibuat TIGA (3) HARI sebelum tarikh program, pada tarikh program atau peserta tidak hadir pada tarikh program. Peserta juga perlu membayar yuran yang baru untuk menyertai program pada tarikh akan datang.

2 Cara Mudah Untuk Mendaftar Penyertaan:

1.   Daftar secara online di laman blog ini, atau

2.   Hubungi terus pejabat kami di talian 03-8922 2934.