24 November 2013

Kem Cuti Sekolah Bermula..

 Assalamualaikum wrt. wbh.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT kerana program cuti sekolah yang pertama kendalian AsasInsan Resources & Training telahpun berjaya dilaksanakan.

Tahniah kepada para 89 orang peserta Kem Pemantapan Syakhsiah Remaja (KIPS) anjuran Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan  Duta di Kem El Azzhar, Morib, Selangor.

Semoga kem tersebut memberi makna berharga kepada para peserta dalam memahami dan menikmati kehidupan sebagai seorang Remaja Muslim yang sejati.

Ingatlah TIGA KALIMAH utama yang sering dilafazkan sepanjang kem; Kalimah Syahadah, Kalimah Salam dan Kalimah Solawat Ke Atas Baginda Rasul SAW. Jadikanlah ia amalan rutin anda selepas ini.

Semoga Allah SWT memberkati segala amalan kita yang ikhlas keranaNya.