PENGENALAN
Kaunseling amat sinonim dengan kemahiran menolong orang lain. Akibatnya istilah kaunseling sering terdedah kepada salah tanggap masyarakat. Kaunseling sering dianggap sebagai nasihat sedangkan kaunseling dan nasihat adalah dua kemahiran yang berbeza.
Kaunseling melibatkan teori, teknik, proses dan etika. Oleh sebab itu, untuk menjalankan sesi kaunseling seseorang perlu terlebih dahulu berkemahiran dan terlatih. Dalam konteks profesional, hanya kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia sahaja yang layak dan dibenarkan untuk menjalankan sesi kaunseling.
Dalam pada itu, isu berkaitan hal ehwal kekeluargaan Islam di Malaysia adalah antara isu perhatian penting masyarakat seperti kes-kes perceraian, tuntutan hak dan nafkah, perlindungan kanak-kanak, pertukaran agama, pembahagian harta, kemiskinan dan permasalahan berkaitan salah laku akhlak. Maka bidang tugas membimbing dan menasihat yang dipikul oleh pegawai-pegawai di agensi-agensi yang berkaitan menjadi semakin komplikated dan mencabar.
Oleh yang demikian, mendedahkan dan melatih pegawai-pegawai agensi berkaitan hal ehwal agama Islam dengan ilmu dan kemahiran asas kaunseling dilihat amat relevan, perlu dan bermanfaat. Ia berupaya meningkatkan tahap kecekapan, kewibawaan dan profesionalisme mereka dalam melaksanakan tugasan membimbing dan menasihati.
OBJEKTIF
Membantu memperbetul perspektif jabatan, pegawai dan masyarakat tentang salah tanggap terhadap kaunseling dan aplikasinya dalam tugasan membimbing dan menasihat khususnya yang berkaitan hal ehwal agama dan kekeluargaan Islam.
Membantu meningkatkan keyakinan, kecekapan dan keberkesanan pegawai melaksanakan tugasan melalui amalan teknik asas kauseling yang betul.
Membantu meningkatkan dinamika kerja-kerja berkaitan dakwah melalui aplikasi kemahiran asas kaunseling.
Membantu meningkatkan kecekapan penyampaian dan sekaligus tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan pegawai dan agensi berkaitan hal ehwal agama dan kekeluargaan Islam.
METODOLOGI
Bengkel ini menggunakan pendekatan pembelajaran melalui pengalaman melalui pembentangan teori, perkongsian pengalaman, diskusi dalam kelompok dan sesi latihan praktikal bagi memudahkan peserta memahami konsep-konsep pembelajaran dan aplikasinya.
SINOPSIS PENGISIAN
1. Mengenali Dunia Kaunseling
· Definisi istilah kaunseling, kaunselor dan klien
· Ciri-ciri kaunselor
· Perbezaan kaunseling dan nasihat
· Perbezaan kaunselor dan klien
· Perbezaan Kaunseling individu dan kelompok
· Matlamat kaunseling
· Prinsip kaunseling
· Etika Kaunseling
2. Kemahiran Asas Kaunseling
· Kemahiran mendengar
· Kemahiran menyoal
· Kemahiran membina hubungan
· Kemahiran meneroka
· Kemahiran membuat refleksi dan parafrasa
· Kemahiran menghadapi kesenyapan
· Kemahiran memberi dorongan minima
· Kemahiran menghadapi pelbagai jenis klien (attending skills)
3. Proses Pengendalian Sesi Kaunseling
· Bina hubungan
· Penstrukturan
· Penerokaan isu
· Mengenal punca masalah
· Membuat pilihan dan membina alternatif
· Penamatan sesi
4. Memahami Dan Mengenali Klien Melalui Personality Profiling
· Aplikasi alat pengujian psikologi dalam memprofil personaliti individu
· Isu dan cabaran mengendalikan alat pengujian psikologi
· Kenali diri melalui personaliti
· Kenali diri melalui personaliti
· Teknik pengendalian klien berdasarkan personaliti
FASILITATOR/JURULATIH
En. M. K. Fuad Hj. Che Ab. Razak
Perunding Utama
AsasInsan Resources & Training
Cr. Nurhazreen Hj. Mohd Nor
Kaunselor Berdaftar & Perunding Psikologi
Pusat Kaunseling & Motivasi Keluarga AsasInsan
SIAPA PATUT SERTAI
· Pegawai-pegawai Majlis Agama Islam Negeri
· Pegawai-pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
· Pegawai-pegawai Lembaga Zakat dan Baitulmal
· Hakim dan Pendaftar Mahkamah Syariah
· Peguam dan Peguam Syarie
· Pegawai-pegawai pusat pemulihan akhlak
· Pendakwah dan perunding motivasi
· Individu perseorangan yang berminat mendalami ilmu kaunseling
Terhad kepada 20 orang peserta sahaja.
TARIKH
8 - 9 Oktober 2013 (Selasa & Rabu) Klik di sini untuk foto-foto bengkel
MASA
9.00 pagi - 10.00 malam (Hari 1)
9.00 pagi - 5.00 petang (Hari 2)
9.00 pagi - 5.00 petang (Hari 2)
TEMPAT
Hotel Residence UNITEN, Bangi, Selangor
ATURCARA PROGRAM
Hari Pertama
0800 Pendaftaran Peserta
0900 Sesi 1 - Ta’aruf & Teroka Diri
1030 Minum Pagi
1100 Sesi 2 - Apa Itu Kaunseling Dan Aplikasinya Dalam Perkhidmatan Kekeluargaan Islam?
1300 Makan Tengahari & Solat Zuhur
1415 Sesi 3 - Kemahiran Asas & Proses Kaunseling
2000 Sesi 4 - Latihan Simulasi 1
2200 Sesi Hari Pertama Tamat
Hari Kedua
0900 Sesi 5 - Memahami dan Mengenali Klien Melaui Personality Profiling
1030 Minum Pagi
1100 Sesi 6 - Latihan Simulasi 2
1300 Makan Tengahari & Solat Zuhur
1430 Sesi 7 - Penilaian & Ulasan Latihan Simulasi
1600 Rumusan, Penilaian Program & Penyampaian Sijil Penyertaan
1700 Minum Petang & Bersurai
YURAN PENYERTAAN
Individu RM1,630 seorang
Early bird RM1,530 seorang (Daftar sebelum 9 September 2013)
Berkumpulan RM1,530 seorang (Berkumpulan 2 orang dan ke atas)
PERTANYAAN & PENDAFTARAN
Sila hubungi Unit Pemasaran dan Jualan kami di talian 03-8922 2934