KAUNSELING bukan bererti nasihat, walaupun hakikatnya terdapat unsur nasihat yang diberikan oleh kaunselor kepada klien. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan yang ditujukan oleh klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien. Tetapi kaunselor hanya sebagai pemudahcara kepada perubahan diri klien bukan menyelesaikan permasalahan klien.
Kaunseling membantu klien untuk memahami dirinya dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidupnya dan bagaimana klien mengadapi permasalahan tersebut. Oleh itu, fokus perbincangan dalam sesi kaunseling adalah diri klien dan peranannya dalam permasalahannya, bukan masalah yang dihadapi olehnya.
Dalam sesi kaunseling, tugas utama kaunselor adalah untuk mengenalpasti permasalahan sebenar klien. Menggunakan kemahiran asas kaunseling dan teknik kaunseling yang bersesuaian untuk membantu dalam mengenalpasti permasalahan utama klien. Semua kemahiran asas kaunseling dan teknik kaunseling dapat berjalan dengan lancar jika seorang mengetahui kemahiran asas dan teknik yang patut digunakan dalam mengendalikan kes.
PERANAN KAUNSELOR
Seseorang kaunselor yang profesional mesti mempunyai kemahiran-kemahiran seperti:
i) Kemahiran asas kaunseling dan teknik-teknik kaunseling
ii) Kemahiran mengenalpasti masalah sebenar klien
iii) Kemahiran pengurusan kes klien
iv) Kemahiran bekerjasama dengan ahli profesional lain
v) Kemahiran memelihara dan penjagaan kerahsiaan rekod klien
ii) Kemahiran mengenalpasti masalah sebenar klien
iii) Kemahiran pengurusan kes klien
iv) Kemahiran bekerjasama dengan ahli profesional lain
v) Kemahiran memelihara dan penjagaan kerahsiaan rekod klien
ANTARA CIRI-CIRI PERIBADI KAUNSELOR
- Berilmu dan bersifat lemah lembut
- Bersifat pengasih dan penyayang
- Mempunyai nilai moral yang tinggi
- Sabar dan tenang fikiran, tidak gopoh dan tidak gemuruh
- Tidak panas baran
- Manis lidah, tidak celupa dan bersih hati
- Mempunyai keyakinan diri
- Menyedari tugasnya untuk menolong bukan untuk menghukum
- Bersifat amanah dan setia janji
- Tidak mudah jemu dan tidak mudah bosan
- Bijak menggunakan kata-kata halus dan menyenangkan hati orang lain
- Berkebolehan untuk meyakinkan individu yang bermasalah
- Rasa kasih dan hormat kepada orang yang mempunyai masalah.
- Kaunselor sebagai model bermaksud kaunselor belajar melalui latihan dan meniru tingkah laku orang lain. Klien akan mencontohi sikap dan tingkah laku kaunselor.
- Kaunselor perlu peka terhadap nilai-nilai
- Bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya untuk mewujudkan model yang stabil bagi menjalinkan perhubungan dan seterusnya bantu menyelesaikan masalah klien.
- Kaunselor perlu ada sifat mesra, menerima, memahami, menolong, peramah, mudah didampingi, mengambil berat tentang diri, klien, menjalinkan perhubungan yang tidak mengancam klien.
- Berani menjalankan proses kaunseling untuk menolong individu lain.
- Kaunselor perlu berani dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.