Assalamualaikum wrt. wbh.
Kurang 30 hari umat Islam seluruh dunia akan menyambut bulan Ramadan. Semua tahu bulan ini sangat istimewa, barakah dan 'powerful'.
Istimewa sebab ia datang sekali dalam setahun dengan ibadah yang cukup istimewa iaitu puasa. Di hujungnya pula ada Eidul Fitri yang disambut cukup meriah. Belum cerita lagi pasal makanan.... Bulan inilah kita akan jumpa macam-macam jenis makanan. Masjid dan surau juga 'penuh' dengan makanan. Alhamdulillah....
Barakah juga kita tahu sebab bulan ini adalah bulan ibadah. Ia semarak dengan ibadah. Masjid dan surau penuh dengan jemaah. Yang jarang-jarang ke masjid dan surau juga jadi rajin bulan ini. Kuliah, tazkirah dan tadarrus Quran setiap hari. Bulan yang paling banyak orang berdoa dan solat. Itulah tanda-tanda barakah.
Powerful? Hari biasa, kalau masuk pejabat tanpa sarapan rasa susah nak kerja dan susah hati. Perut berkeroncong. Menjelang tengahari, tanpa tengok jam pun kita tahu ia tengahari sebab jam perut automatik bergera. Minum petang, makan malam, makan selepas makan malam, makan sebelum tidur. Subhanallah. Pukul 3-4 pagi restoran-restoran mamak penuh sahaja dengan pelanggan, makan. Tapi, kala Ramadan datang, semua jadi powerful. 13-14 jam kita boleh tahan tanpa makan dan minum. Setitik air pun tidak masuk mulut. Sudahlah berjam-jam waktu siang tidak makan dan minum, bekerja pula seperti biasa. Malam, banyak pula solat sunatnya. Semua dilakukan dengan penuh rela, tenang dan biasa sahaja. Tiada yang sukar. Powerful bukan?
Bagaimana dan kenapa Ramadan menjadikan muslim powerful? Menarik bukan untuk difikirkan jawapannya.
Seperti tahun-tahun sudah, tahun ini insyaallah kami hadir lagi dengan Program Motivasi Ramadan yang lebih berimpak dalam usaha menyemarakkan suasana dan semangat bulan mulia ini. Kami dengan besar hati mempelawa pejabat-pejabat jabatan kerajaan mahupun swasta, ruangkanlah sedikit masa untuk menghidupkan Ramadan tahun ini dengan program pengisian minda dan jiwa yang sangat bermanfaat.
Tahun ini kami bawakan maudhu' diskusi yang sedikit berbeza iaitu Ramadan Brain Detox; Memulih Kuasa Minda Positif. Mari kita bincang-bincang untuk melihat bagaimana Ramadan bukan sekadar menjentik hati dan rahoni kita sebagai muslim tetapi juga minda. Ramadan yang disambut dengan baik dan betul adalah Ramadan yang memberi kesan kepada rohani (jiwa), fizikal (tubuh badan), emosi (daya rasa) dan minda (daya fikir).
Cuba renung sejenak, apa akan jadi kalau tiada seorang pun muslim di dunia yang merokok? Siapa rugi, siapa untung?
Usah biarkan 29 hari Ramadan berlalu pergi begitu sahaja sebagaimana hari-hari kita yang biasa. Rugi besar kita. Sangat besar. Jika kita tahu rahsia hikmah dalam bulan ini, sudah pasti kita mahu sepanjang tahun adalah Ramadan. Maknanya sepanjang hayat kita adalah Ramadan.
Program motivasi sempena Ramadan ini ringkas dan padat. 3 jam terus menerus tanpa henti. Sesuai untuk semua. Rakan-rakan bukan seagama juga boleh hadir sekadar untuk lebih memahami mengapa rakan-rakan muslim mereka bersungguh-sungguh berpuasa atau gembira sangat di bulan Ramadan. Jemputlah hadir.
Hanya 20 tarikh kami sediakan sepanjang Ramadan, Isnin-Jumaat sahaja. Sila hubungi kami untuk dapatkan maklumat terkini tarikh-tarikh yang masih kosong. Tempahan tarikh kami terima atas dasar 'siapa cepat dapat' memandangkan jumlah tarikh yang terhad. Segeralah hubungi pejabat kami di talian 03-89222934 sebelum tarikh yang anda pilih diambil orang lain.
Semoga program ini menjadikan Ramadan kita tahun ini lebih bermakna dan bermanfaat. Selamat menyambut bulan Ramadan yang mulia.
Terima kasih. Ahlan Ya Ramadhan Al Mubaarak.