20 July 2014

Why We Work Dalam Slot Motivasi Ramadhan 2014

22 hari berpuasa. Pantas sungguh masa berlalu. Rasanya baru sahaja kita mula berpuasa. Alhamdulillah, marilah kita angkat setinggi-tingginya rasa syukur kita kepada Allah ‘Azza Wa Jalla di atas segala rahmatNya ini.

Ramadhan Training Team AsasInsan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada organisasi yang telah bekerjasama menganjurkan Slot Motivasi Inspirasi Ramadhan 2014 di pejabat masing-masing. Semoga perkongsian dalam slot tersebut khususnya kupasan maudhu’ ‘Why We Work’ memberi suntikan segar kepada kita semua untuk bekerja lebih bersungguh-sungguh selepas ini.

Ramadhan adalah bulan pengecas produktiviti untuk pekerja muslim. Ia bulan yang memecahkan lingkaran keselesaan (comfort zone) kita. Perangai-perangai baru sangat mudah dimulakan dalam bulan ini dan begitu jugalah sebaliknya terhadap perangai-perangai buruk, mudah untuk dikikis. Dengan satu syarat paling utama iaitu Ramadhan dihayati dengan penuh ketaqwaan bukan sekadar adat kebiasaan.

Petugas-petugas Lebuhraya Kajang SILK sedang khusyuk menghayati perbincangan.


Pengarah ADTEC Shah Alam tidak melepaskan peluang mengikuti Slot Motivasi Inspirasi Ramadhan.


Pengisian Jumaat Ramadhan. Kakitangan TH Plantation komited mengikuti Slot Motivasi Inspirasi Ramadhan.


Pensyarah dan kakitangan Institut Profesional Baitulmal serius menghayati pengisian.


Che E pengendali Slot Motivasi Inspirasi Ramadhan tidak melepaskan peluang merakam foto bersama mantan peserta program realiti TV Pencetus Ummah Astro, Akhi Sufian.


Kakitangan Kementerian Pertahanan (Deftec) turut bersemangat mengikuti Slot Motivasi Inspirasi Ramadhan. Untuk lebih banyak foto, sila klik di sini.

Dalam pada itu, kami juga amat berterima kasih di atas sumbangan yang telah dihulurkan oleh para peserta untuk tabung amal yang kami sediakan. Insyaallah hasil kutipan tabung tersebut akan kami salurkan terus kepada pihak yang berkenaan sebelum Ramadhan berlabuh agar kita mendapat manfaat ganjaran pahala bersedekah di bulan mulia ini.

Selamat melipat gandakan ibadah di sepuluh malam terakhir Ramadhan. Semoga kita diizin ketemu dengan malam mulia yang lebih baik dari seribu bulan, Lailatul Qadr. Insyaallah.