11 June 2014

Program Motivasi Ramadhan 2014 - Hidupkan Ramadhan Kareem



Ahlan, ahlan ya Ramadhan kareem.

Bersempena kedatangan bulan Ramadhan al Mubarak tahun ini yang dijangka bermula pada 29 Jun 2014, AsasInsan seperti tahun-tahun yang lalu tetap komited menyediakan program latihan dan motivasi berinspirasikan ruh Ramadhan untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja kakitangan sektor awam dan swasta. Ia sebagai salah satu langkah produktif untuk bersama menghidupkan bulan Ramadhan atau disebut ‘Ihyaa’ Ramadhan’.

Untuk tujuan itu, kali ini kami hadir dengan Slot Motivasi Inspirasi Ramadhan 2014. Program kapsul motivasi yang bersifat santai dan menyegarkan minda serta emosi.

Pada tahun lepas, program kapsul motivasi yang kami sediakan telah dianjurkan sepanjang Ramadhan 2013 yang melibat penyertaan lebih 900 orang kakitangan kerajaan dan swasta. Sambutan dan maklum balas yang kami terima daripada para peserta amat positif dan memberangsangkan.

Justeru pada tahun ini kami hadir lagi dengan pengisian yang lebih mantap untuk siri Ramadhan 2014.

Fokus utama yang bakal dikupas oleh trainer profesional kami dalam slot kali ini ialah Ramadhan dan Produktiviti. Beliau akan menunjukkan secara praktis langkah-langkah bagaimana bulan Ramadhan sebenarnya berfungsi untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti diri dalam kerja dan kehidupan. Beliau juga akan mendedahkan punca-punca bagaimana tabiat-tabiat lazim bersifat counter-productive yang boleh menjejas prestasi diri dan kerja boleh berkarang dalam diri seseorang.



Kepada organisasi yang berminat menganjurkan slot ini untuk kakitangan masing-masing, boleh terus menempah tarikh-tarikh yang bersesuaian. Memandangkan jumlah tarikh yang terhad, kami akan menerima tempahan atas dasar ‘siapa cepat dapat’. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi talian kami:  03 89222934.

Slot motivasi ini akan mengambil masa 2 jam dan terbuka untuk maksimum 100 orang kakitangan. Semua kakitangan yang menyertai program ini akan menerima Voucher Istimewa Diskaun 50% untuk menyertai Bengkel Parenting Booster™ anjuran AsasInsan sebagai dorongan kami kepada mereka untuk kekal istiqamah berusaha membangunkan kualiti diri dan keluarga yang cemerlang, bahagia dan membahagiakan.

Kerana sesungguhnya kami amat percaya pekerja yang bahagia di rumah akan produktif di pejabat dan begitulah juga sebaliknya.

Jangan lepaskan peluang  keemasan ini. Ia hadir bersama bulan Ramadhan yang amat istimewa. Cetuskanlah emosi yang hebat dalam diri kakitangan anda agar mereka istiqamah menunaikan ibadah sebagai hamba Tuhan dan sentiasa bersemangat bekerja menunaikan tanggungjawab insan sebagai khalifah.

Selamat Menyambut Bulan Produktiviti Ramadhan Al Mubarak.

Daripada kami

Ramadhan Training Team 2014
ASASINSAN RESOURCES & TRAINING