14 September 2013

Cuti sekolah 2013. Jom magnetkan masjid dan surau.

    


Perhatian kepada masjid-masjid dan surau-surau yang prihatin.


Sejauh mana masjid/surau bertapak dalam hati anak-anak remaja di kariah kita?

Sejauh mana masjid/surau memberi makna dalam hidup mereka?

Adakah masjid/surau hanya datang dalam hidup mereka pada hari Jumaat, ceramah Imam Muda Astro, akad nikah dan mati?

Ini bukan masa mencari salah siapa.

Ini masa untuk memulakan sesuatu yang bermakna. Kalau kita belum pernah memulakan apa-apa sebelum ini.

Kami di AsasInsan bersyukur di atas segala kekuatan yang Allah SWT kurniakan.

Bermula hanya dengan 1 idea, sedikit keberanian dan kesungguhan, kami mulakan langkah 9 tahun yang lalu.

Di sebuah masjid di Gombak Selangor, 4 orang tenaga dan hanya 24 orang peserta.

Kini, lebih 15,000 orang remaja telah kami santuni melalui pelbagai bentuk program dan pengisian di seluruh negara.

Insyaallah, kami akan terus komited melangkah selagi diizinkan oleh Allah SWT.

Bukannya kita tidak boleh buat. Tetapi sering terjadi kita terlalu banyak memberi alasan.

Mulakan dengan niat yang betul dan ikhlas. Susul dengan kerja bersungguh-sungguh. Serah kepadaNya dengan doa dan tawakkal. Tiada yang mustahil jika Allah SWT izinkan.

JOM! Magnetkan masjid/surau kita. Kami hadir untuk berganding bahu membantu.


Terima kasih. Wallahu A'lam.