22 September 2011

I'BAD CAMP!; Kem Kembara Ibadah & Jatidiri Remaja 2015


Apa uniknya I'BAD Camp! ini? Sudah pastilah jawapannya ialah TEMPAT dan CARA ia dikendalikan.

‘Summer camp’ di masjid? Ya, itulah keistimewaan program ini. Sememangnya matlamat utama kami membangun dan menganjurkan program ini adalah untuk memberi dimensi baru kepada aktiviti masjid khususnya aktiviti untuk golongan remaja muslim.

Kami menukar 'wajah biasa' masjid menjadi seolah-olah sebuah kem latihan apabila pelbagai aktiviti pembinaan karakter, sakhsiah, rohani dan minda dijalankan dengan kreatif dan menyeronokkan di masjid. 
Ber'camping' di masjid adalah di antara faktor tarikan utama program ini. Dengan kemudahan khemah doom bersaiz 4 orang satu khemah yang kami sediakan dan dirikan dalam jumlah 15-20 buah bergantung kepada jumlah peserta, ia benar-benar mengubah lanskap masjid. Ia mampu mengubah perspektif anak-anak remaja dan ibubapa tentang masjid dan kemampuannya menyediakan program-program menarik untuk tujuan pembinaan diri masyarakat sekelilingnya.

Sejak 2004 kami telah membantu banyak masjid menganjurkan program ini dan ia mendapat sambutan yang amat baik dan menggalakkan daripada masyarakat dan ahli kariah masjid.

I'BAD Camp! sesuai dianjurkan sepanjang masa kerana ia hanya mengambil masa 3 hari 2 malam. Kebiasaannya program dianjurkan bermula pada hari Jumaat (5.00 petang) dan berakhir pada hari Ahad (1.00 petang).

Sekiranya I’BAD Camp! dapat dianjurkan setiap bulan ia memberi peluang yang baik kepada ibubapa untuk melibatkan anak-anak remaja mereka dalam program yang bermanfaat tanpa perlu menunggu musim cuti sekolah tiba. Tambahan pula, proses membangunkan nilai unggul dalam diri insan memerlukan usaha yang berterusan dan bukannya sekali-sekala.

Sehubungan itu, kami mempelawa mana-mana pihak seperti pihak pengurusan masjid dan surau, jabatan agama, persatuan penduduk atau sesiapa sahaja yang berminat untuk menghubungi kami bagi membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menganjurkan I'BAD Camp! di tempat masing-masing.



PENGENALAN
I’BAD Camp! (Ibadah Adventure Camp) atau Kem Kembara Ibadah dan Jatidiri Remaja bermatlamat menyuntik pendekatan berbeza ke dalam program-program berbentuk kerohanian, pembinaan sakhsiah dan kecemerlangan diri agar menjadi lebih mesra remaja dan mampu menarik minat golongan tersebut.

Keunggulan remaja tidak harus diukur dari sudut akademik semata-mata. Imej diri bersih, jelas matlamat hidup, konsisten dalam ibadah dan matang berfikir adalah kualiti sebenar yang membezakan di antara remaja unggul dengan mereka yang kecelaruan arah hidup rentetan pengaruh persekitaran. Melalui program unik ini, kami membantu menerbitkan kesedaran dan kemahuan dalam diri peserta untuk membudayakan nilai-nilai hidup unggul berteraskan ajaran agama dan nilai budaya bangsa.

OBJEKTIF
1. Membimbing remaja muslim melalui pembudayaan gaya hidup sihat, imej diri positif dan tinggi daya saing dalam usaha menjadi hamba Allah, anak, rakan, pelajar dan warganegara yang unggul.

2. Membantu ibubapa mempelbagai pendekatan dalam memantau tumbesaran personaliti anak-anak remaja.

3. Membantu masjid memperkaya program mendekati remaja dengan lebih praktikal, berkesan dan menarik.

KANDUNGAN
1. Aqidah & Ibadah
Mengupas konsep asas kejadian insan, asas aqidah dan ibadah serta perkaitannya dengan jatidiri remaja Melayu dan muslim.

2. Akhlak & Imej Diri
Mengupas kepentingan akhlak, personaliti dan hubungan sesama manusia dalam membina kejayaan sebagai seorang muslim.

3. Potensi & Matlamat Diri
Mencungkil potensi diri untuk membentuk keyakinan diri, daya saing, semangat juang tinggi melalui pembentukan matlamat hidup yang jelas.

4. Kemahiran Kendiri & Ikhtiar Hidup
Menggalakkan peserta berusaha untuk berfikiran kreatif, berani mencuba dan berdikari dalam menjalani kehidupan harian melalui amalan pengurusan kendiri sihat.

KERJASAMA MASJID-ASASINSAN-IBUBAPA
Program ini direka bentuk agar mudah dianjur dan dikendalikan. Berdasarkan pengalaman lepas, program ini terbukti dapat dijalankan dengan mudah, lancar dan berkesan melalui gandingan kerjasama erat antara masjid, ibubapa dan AsasInsan.

Berikut adalah masjid-masjid yang telah bekerjasama menganjurkan program ini sejak 2004 sehingga 2014:

Masjid Al-Khairiah, Taman Seri Gombak
Masjid Kuarters KLIA, Nilai
Masjid Jamek Kg. Bangi
Masjid At-Tirmizi, Petaling Jaya
Masjid An Nur, USJ4 Subang Jaya
Masjid Kg. Pandan, Kuala Lumpur
Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur
Masjid Hidayatul Muttaqin, Shah Alam
Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta
Masjid Ar Rahmah, Banting
Masjid Ar Raudhah, Senawang
Masjid Jamek Pekan Kajang
Masjid UPM, Serdang
Masjid Jame’ Ar Rahimah, Kuala Kubu Bharu
Masjid Al Istiqamah, Banting
Masjid Negara, Kuala Lumpur
Masjid Kiyai Haji Abdullah Omar, Kapar
Masjid Al Faizin, Kepong
Masjid Bandar Baru Batang Kali
Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya
Masjid Asy Syakirin, Jenderam Hilir
Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya
Masjid Ar-Ridha, Sepang
Masjid Al Islahiah, Kuang

SILA KLIK DI SINI untuk lihat gambar-gambar program yang lepas.

KAEDAH PENGANJURAN
1. Hubungi kami di talian 03-8922 2934 untuk menempah tarikh program.
2. Hantarkan surat rasmi mengesahkan penganjuran yang ditandatangani oleh Nazir/Imam Besar Majid.
3. AsasInsan dan Masjid akan mengadakan perbincangan untuk penyelarasan mengikut keperluan.
TARIKH PILIHAN SIRI CUTI SEKOLAH TAHUN 2015
Keutamaan diberikan kepada masjid-masjid yang membuat tempahan awal

Tarikh 1: 5-7 Jun 2015 (Jumaat-Ahad) - Masih kosong
Tarikh 2: 12-13 Jun 2015 (Jumaat-Ahad) - Masih kosong
Tarikh 3: 27-29 Nov 2015 (Jumaat-Ahad) - Masih kosong
Tarikh 4: 4-6 Dis 2015 (Jumaat-Ahad) - Masih kosong
Tarikh 5: 11-13 Dis 2015 (Jumaat-Ahad) - Masih kosong
Tarikh 6: 18-20 Dis 2015 (Jumaat-Ahad) - Masih kosong 

Tempahan dan pengesahan tarikh hendaklah dibuat selewat-lewatnya DUA (2) BULAN sebelum tarikh cadangan kem akan dianjurkan. Ini untuk memberi ruang masa yang secukupnya untuk proses promosi dan pendaftaran penyertaan.

HARAPAN
Masjid sebagai pusat pembangunan masyarakat Islam seharusnya dibantu untuk menjadi lebih dinamik, mesra pengguna dan praktikal dalam menyediakan program-program berkesan kepada masyarakat. Kami bersedia menghulur kepakaran dan pengalaman dalam menganjurkan program-program pembangunan insan khususnya untuk remaja demi membantu meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat Islam khususnya dalam membudaya agama dalam kehidupan. Insya Allah.

Untuk maklumat lanjut, perbincangan dan tempahan tarikh:Sila hubungi pejabat kami di talian 03-8922 2934.