19 September 2012
Kaunseling Dalam Pengurusan Sumber Manusia
Bagaimana aplikasi kaunseling mampu membantu dalam menangani isu-isu kakitangan dalam organisasi?
Siapapun kakitangan dalam organisasi, perlulah diingat bahawa kakitangan adalah insan-insan yang unik dan dinamik. Setiap individu mempunyai gaya, perspektif dan situasi hidup yang pelbagai. Justeru itu, dalam menangani isu kakitangan, kita perlu memahami kakitangan sebagai insan yang berpotensi untuk berubah.
Sebagai kaunselor (atau para-kaunselor) pegawai-pegawai HR (sumber manusia) boleh memanfaatkan ilmu kaunseling dalam memahami setiap kakitangan yang berhadapan dengan pelbagai isu dan masalah. Kaunseling adalah satu ilmu dan kemahiran untuk memahami watak diri manusia
Kemahiran mendengar secara aktif adalah di antara satu kemahiran teras yang perlu dipelajari oleh kaunselor. Biasanya individu yang dibelenggu masalah memerlukan individu lain untuk berkongsi cerita (meluahkan). Masalah yang terbuku perlu diluahkan. Ini akan membantu untuk meluruskan kembali jalan fikir yang telah bersimpang siur. Sering kali terjadi, setelah meluahkan, masalah selesai! Meluahkan adalah setengah daripada penyelesaian.
Inilah di antara juzuk perbincangan dalam Bengkel Kemahiran Asas Kaunseling Dalam Menangani Isu Kakitangan Dalam Pengurusan Sumber Manusia yang sedang dikendalikan oleh AsasInsan bertempat di Hotel Residence, Bangi bermula 19-20 September 2012.
Terima kasih kepada agensi kerajaaan dan badan-badan korporat yang menyertai. Diharapkan selepas bengkel ini, para peserta berupaya memanjangkan manfaat ilmu kaunseling yang dipelajari dalam pengurusan sumber manusia di organisasi masing-masing.
Terima kasih.