BENGKEL
KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING:
DALAM
MENGENDALIKAN ISU KAKITANGAN DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
PENGENALAN
Kaunseling bukan bererti nasihat walaupun terdapat unsur nasihat dalam
proses kaunseling yang dikendalikan oleh seseorang kaunselor. Akibatnya istilah
kaunseling sering terdedah kepada salah tanggapan umum lantaran ia amat sinonim
dengan kemahiran menolong. Kaunseling melibatkan aplikasi teori, teknik, proses
dan etika.
Sementara itu, dalam konteks pengurusan sumber manusia, banyak
tanggungjawab yang ditugaskan kepada pegawai sumber manusia bermula dari
mendapatkan, mengekalkan dan membangunkan tenaga kerja dalam organisasi seperti
perancangan, pengrekrutan, pemilihan, orientasi, latihan, penilaian prestasi, ganjaran,
kenaikan/turun pangkat, petukaran dan persaraan.
Dalam mengendalikan pelbagai isu yang melibatkan kakitangan dalam
pengurusan sumber manusia, keberkesanan pegawai sumber manusia mengendalikannya
dapat ditingkatkan apabila mereka memiliki kemahiran perhubungan atau interpersonal
yang tinggi. Rasionalnya, bidang sumber manusia melibatkan perhubungan antara
individu.
Oleh itu, amatlah wajar untuk mendedahkan pegawai-pegawai dalam bidang
ini dengan ilmu dan kemahiran asas kaunseling kerana ia berupaya menambah nilai
dan meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan profesionalisme mereka dalam
melaksanakan tugasan yang diamanahkan.
OBJEKTIF
1. Membantu
meningkatkan keyakinan dan keberkesanan pegawai dalam mengendalikan isu
berkaitan sumber manusia melalui aplikasi teknik asas kaunseling yang betul.
2. Membantu
meningkatkan kecekapan penyampaian dan kualiti sistem pengurusan sumber
manusia.
3. Meningkatkan
dan menambah nilai potensi diri pegawai sumber manusia menerusi kemahiran asas
kaunseling.
METODOLOGI
Bengkel ini menggunakan pendekatan pembelajaran
secara interaktif melalui pengalaman melalui pembentangan teori, perkongsian
pengalaman, diskusi dalam kelompok dan sesi latihan praktikal bagi memudahkan
peserta memahami konsep-konsep pembelajaran dan aplikasinya.
SINOPSIS PENGISIAN
1. Mengenali Dunia Kaunseling
· Definisi
istilah kaunseling, kaunselor dan klien
· Fungsi
kaunselor dalam pembangunan sumber manusia
· Perbezaan
kaunseling dan nasihat
· Perbezaan
kaunseling individu dan kelompok
· Matlamat,
prinsip dan etika kaunseling
· Penggunaan
inventori personaliti dalam kaunseling
· Peranan
Unit Kaunseling dalam Bahagian Sumber Manusia
2. Kemahiran
Asas Kaunseling
·
Kemahiran melayan
·
Kemahiran mendengar
·
Kemahiran menyoal
·
Kemahiran meneroka
·
Kemahiran membuat refleksi dan parafrasa
·
Kemahiran memberi dorongan minima
3. Proses Kaunseling
·
Membina hubungan
·
Penstrukturan
·
Penerokaan
·
Mengenalpasti masalah
·
Memilih alternatif
·
Perancangan pelan tindakan dan sesi susulan
·
Penamatan
4. Pengendalian Pekerja
Bermasalah Melalui Penerokaan Personaliti
· Aplikasi
Inventori Personaliti Warna (IPW) dan Inventori Minat Kerjaya Sidek (IMKS)
· Kaedah
dan cabaran mengendalikan inventori personaliti
· Keberkesanan
penggunaan inventori personaliti dalam mengendalikan pekerja bermasalah
FASILITATOR/JURULATIH
En.
M. K. Fuad Hj. Che Ab. Razak
Pengarah
Urusan dan Perunding Utama
AsasInsan
Resources & Training
Cr.
Nurhazreen Hj. Mohd Nor, SPT Certified,
Kaunselor
Berdaftar & Perunding Psikologi
Pusat
Kaunseling & Motivasi Keluarga AsasInsan
SIAPA PATUT SERTAI
·
Pengurus Sumber Manusia
·
Pegawai Latihan
·
Pegawai Rundingcara & Bimbingan
·
Pegawai Tatatertib
·
Pegawai Perjawatan
·
Individu perseorangan yang berminat mendalami ilmu kaunseling
Terhad
kepada 20 orang peserta.
TARIKH
19 & 20 September 2012 (Rabu & Khamis)
MASA
9.00
pagi - 5.00 petang
TEMPAT
Hotel
Residence Uniten, Bangi
ATURCARA PROGRAM
Hari Pertama
0800 Pendaftaran
Peserta
0900 Sesi 1: Ta’aruf & Teroka Diri
1030 Minum Pagi
1100 Sesi 2: Apa Itu Kaunseling Dan Aplikasinya
Dalam Pengurusan Sumber Manusia
1300 Makan Tengahari & Solat Zuhur
1415 Sesi 3: Kemahiran Asas & Proses
Kaunseling
1615 Sesi 4: Latihan Simulasi 1
1700 Sesi Hari Pertama Tamat & Minum Petang
Hari Kedua
0830 Slot
Terapi Relaksasi
0900 Sesi 5: Pengendalian Pekerja Bermasalah
Melalui Inventori Personaliti Warna (IPW)
1030
Minum Pagi
1100 Sesi 6: Pengendalian Pekerja
Bermasalah Melalui Inventori Minat Kerjaya Sidek (IMKS)
1300 Makan Tengahari & Solat Zuhur
1415 Sesi
7: Latihan Simulasi 2
1630 Rumusan, Penilaian & Penyampaian Sijil
Penyertaan
1700 Minum Petang & Bersurai
YURAN PENYERTAAN
Individu RM1,200 seorang
Early
bird RM1,100 seorang (Daftar
sebelum 31 Ogos 2012)
Berkumpulan RM3,300 (3 orang)
PENDAFTARAN
Untuk mendaftar sila hubungi Eksekutif Divisyen Kaunseling kami, Cik
Rodiah Daud di talian 03-8922 2934.
Sila klik imej brosur dan borang penyertaan di bawah untuk besarkan, copy & cetak.
Sila klik imej brosur dan borang penyertaan di bawah untuk besarkan, copy & cetak.