Interaksi yang terhad ditambah dengan kegagalan mengenali personaliti diri sendiri dan anak-anak sering menyebabkan berlakunya konflik di antara ibubapa dan anak-anak. Inilah yang menjadi punca layanan yang tidak wajar dan interaksi hambar dalam hubungan keluarga.
Menurut Ketua Kaunselor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Noraini Ahmad dalam bukunya Kaunseling Kekeluargaan Komunikasi Berkesan Dengan Anak, ibubapa lebih banyak memberi arahan berbanding mendengar apabila berinteraksi dengan anak-anak. Ibubapa meluangkan masa hanya 20 minit seminggu untuk mendengar luahan perasaan anak-anak!
Maka tidak hairanlah mengapa anak-anak remaja lebih cenderung memilih rakan-rakan berbanding ibubapa sendiri untuk berkongsi pelbagai masalah yang dihadapi mereka. Rakan-rakan dirasakan lebih mengenali diri mereka berbanding ibubapa. Renungkanlah kes-kes berkaitan remaja yang sering dilaporkan media. Daftar online klik di sini.
Bengkel motivasi untuk ibubapa ini berkongsi cara mudah untuk mengenali personaliti anak-anak. Dengan mengenali personaliti anak-anak, ibubapa akan dapat berkomunikasi dengan lebih baik, adil dan berkesan dengan semua anak.
Sebagai contoh, anak-anak yang cenderung kepada ‘otak kanan’ lebih kreatif, gemarkan cabaran, sensitif, kurang gemar arahan dan selesa dengan kaedah belajar yang bebas. Akibat tidak mengenali jenis personaliti ini, ibubapa sering beranggapan anak-anak kategori ini suka melawan, cepat hilang fokus, lambat dalam belajar dan kurang berdisiplin. Sebenarnya mereka bukan begitu.
Lain padang lain belalang, lain anak lain personalitinya. Sebagai ibubapa, inilah tugas hakiki kita untuk mengenali hati budi setiap anak yang dikurniakan sebelum ‘menghukum atau membahagi-bahagikan’ kasih sayang dan perhatian.
Ia juga akan memudahkan proses membimbing tumbesaran mereka dari segi intelek, fizikal, rohani dan emosi. Apabila ibubapa benar-benar mengenali anak-anak dari segi tingkahlaku, kebolehan, kemampuan, kegemaran dan minat, maka diharap tidak timbul lagi jangkaan ibubapa melebihi kemampuan anak-anak. InsyaAllah.
APA YANG KAMI CUBA BANTU MELALUI BENGKEL INI?
1. Membantu ibubapa mengenali personaliti dan potensi anak-anak.
2. Membantu ibubapa untuk merancang cara layanan dan komunikasi yang berkesan dengan anak-anak.
3. Membantu ibubapa untuk menangani masalah lazim yang dihadapi oleh anak-anak seperti kurang motivasi, kurang daya tumpuan, kurang minat belajar, prestasi lemah dalam akademik, kurang kemahiran sosial dan sebagainya.
APA PERKARA PENTING YANG BAKAL ANDA KETAHUI DALAM BENGKEL INI?
1. Jenis personaliti diri sendiri sebagai ibubapa.
2. Jenis personaliti anak berpandukan Potensi Personaliti Dominasi Otak (PPDO).
3. Tip dan panduan komunikasi berkesan untuk anak-anak berpandukan jenis personaliti.
4. Tip dan panduan membimbing pengembangan kemahiran diri anak seperti cara belajar, komunikasi, kemahiran sosial dan kerohanian.
APA ITU PPDO?
Potensi Personaliti Dominasi Otak (PPDO) membantu individu untuk lebih mengenali diri sendiri dari segi potensi, gaya dan cara belajar. Otak manusia yang terbahagi kepada dua hemisfera iaitu kiri dan kanan mempunyai fungsi yang berbeza. Ia amat mempengaruhi personaliti dan perilaku seseorang.
Uniknya, setiap individu dilahirkan dengan kecenderungan otak tertentu samada lebih dominan kepada hemisfera kanan atau kiri. Menurut kajian, kedua-dua bahagian otak dihubungkan oleh saraf corpus collusom. Ia sebenarnya membolehkan kedua-dua bahagian otak ini diintegrasikan dan digunakan serentak dalam aktiviti berfikir yang menghasilkan kuasa minda yang jauh lebih hebat.
Kelebihan mengenali PPDO untuk pelajar ialah ia dapat membantu meningkatkan keberkesanan bukan sahaja dalam belajar bahkan dalam kehidupan harian sepanjang hayat. Kajian menunjukkan kita menggunakan hampir 90% potensi otak kiri dalam aktiviti harian kita sedangkan otak kanan mempunyai potensi yang sangat hebat namun jarang dimanfaatkan secara sedar. “Jika anda menggunakan otak kiri, anda boleh bergerak dari A ke Z. Jika anda menggunakan otak kanan, anda boleh pergi ke mana sahaja yang anda mahu.” Albert Einstein, genius sains yang keciciran semasa di bangku sekolah.
ATURCARA BENGKEL
8.00 pg Pendaftaran
9.00 pg Sesi Ta'aruf & Ujian Personaliti Diri
10.30 pg Rehat & Jamuan Ringan
11.00 pg Mengatasi Konflik Personaliti Ibubapa Dan Anak; Panduan Komunikasi Berkesan Di Rumah
1.00 ptg Makan Tengahari & Solat Zuhur
2.30 ptg Kenali Gaya Belajar Anak Dan Panduan Bimbingan Belajar Berpandukan Kecenderungan Potensi Otak Kiri dan Kanan
4.30 ptg Rumusan & Penilaian Program
5.00 ptg Bersurai
2.30 ptg Kenali Gaya Belajar Anak Dan Panduan Bimbingan Belajar Berpandukan Kecenderungan Potensi Otak Kiri dan Kanan
4.30 ptg Rumusan & Penilaian Program
5.00 ptg Bersurai
Ibubapa yang mempunyai anak-anak pada peringkat usia 7-17 tahun. Daftar online klik di sini.
FASILITATOR
M. K. Fuad bin Hj. Che Ab. Razak (Che E) merupakan Pengasas dan Perunding Utama AsasInsan Resources & Training. Beliau telah melibatkan diri secara aktif dalam bidang motivasi pembangunan diri sejak lebih 15 tahun lalu dan berpengalaman luas dalam bidang motivasi remaja.
Beliau telah mengendalikan sesi bimbingan motivasi untuk lebih 20,000 orang peserta termasuk pegawai dan kakitangan kerajaan, kakitangan swasta, guru, profesional, belia, ibubapa, pelatih pusat serenti, mahasiswa universiti dan pelajar sekolah.
Di antara modul pembangunan diri remaja yang kerap beliau kendalikan ialah motivasi kemahiran belajar, pengukuhan jatidiri, pengukuhan ibadah, kemahiran kepimpinan dan pembinaan karakter.
Beliau mendekati ribuan remaja melalui dua modul motivasi beliau yang popular iaitu Seminar Motivasi Kemahiran Belajar iMAge (ikut-macam-genius)™ dan I’bad Camp!@Masjid™. Beliau juga pernah bertugas sebagai peguam, peguam syar’ie dan tutor.
Rebutlah peluang berdiskusi, bertanya dan berkongsi pengalaman tentang anak remaja anda dengan beliau dalam bengkel interaktif ini.
RM120 Seorang
RM200 Berpasangan
RM200 Berpasangan
1. Tempat hanya disahkan setelah bayaran yuran diterima.
2. Yuran akan dikembalikan untuk pembatalan selewat-lewatnya 10 hari sebelum tarikh bengkel.
3. Yuran boleh dibayar secara online atau melalui mesin deposit tunai (CDM) atas nama: ASASINSAN RESOURCES & TRAINING - Maybank Islamic Berhad : 5647 99100 357
TARIKH
29 Disember 2012 (Sabtu)
29 Disember 2012 (Sabtu)
TEMPAT
Masjid Putra, Putrajaya
PENDAFTARAN & PERTANYAAN
Untuk mendaftar nama sila hubungi Eksekutif Unit Pemasaran & Jualan kami di talian 03-8922 2934 atau daftar secara online. Daftar online klik di sini.