27 February 2012

Tahniah & Terima Kasih Daripada Kami

Segala puji bagi Allah dan selawat serta salam ke atas Rasul junjungan.

Alhamdulillah kami mengucap syukur ke hadrat Ilahi di atas kelancaran penganjuran siri pertama edisi 2012 Seminar Motivasi Kemahiran Belajar iMAge dan Bengkel Kenali Anak untuk Ibubapa yang diadakan pada 25 & 26 Februari yang lepas.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat. Semoga semua memperoleh limpahan rahmat dan pahala daripada Allah SWT atas komitmen yang diberikan.

Sementara itu, setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kami ucapkan kepada para peserta remaja dan ibubapa yang menyertai seminar dan bengkel tersebut. Penyertaan adik-adik dan tuan-puan sekalian cukup bermakna untuk kami di AsasInsan. Harapan kami semoga perkongsian pada hujung minggu lepas mampu membantu diri kita semua untuk melakukan sedikit anjakan positif dalam diri dan kehidupan selepas ini samada sebagai anak mahupun ibubapa. Tahniah.

Kepada adik-adik dan ibubapa yang terlepas peluang menyertai seminar dan bengkel tersebut, kami sukacita memaklumkan bahawa siri kedua seminar dan bengkel ini akan diadakan pada 28 & 29 April 2012. Pendaftaran awal amat kami alu-alukan memandangkan kami menawarkan tempat yang terhad untuk program ini. Tuan-puan boleh menghubungi kami di talian 03-89222934 atau terus sahaja mendaftar secara online. Klik di sini untuk baca lanjut tentang seminar dan bengkel ini dan klik sini untuk borang online.

Sokongan yang diberikan oleh tuan-puan kepada kami di AsasInsan dengan menyertai program ini amat kami hargai. Kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam setiap program yang kami anjurkan. Pepatah Arab menyebut “Man Jadda Wa Jada” Only the best deserves the best.InsyaAllah.

Untuk gambar-gambar program, sila klik link di bawah. :
1) Seminar Kemahiran Belajar iMAge Siri 1 (25/2/2012)
2) Bengkel Kemahiran Belajar iMAge (ikut-macam-genius) & Bengkel Kenali Anak Dan Panduan Bimbingan Kemahiran Belajar iMAge Siri 1 - 26/2/2012 

Terima kasih.

ASASINSAN RESOURCES & TRAINING, Bangi Selangor
27 Februari 2012/5 Rabiul Akhir 1433