10 January 2012

Motivasi Kemahiran Belajar iMAge™; Mencetus Minat & Rasa Seronok Belajar Melalui Potensi Otak Kreatif




FAEDAH MENGANJURKAN BENGKEL INI
1. Membentuk perspektif yang betul tentang kemahiran belajar.
2. Merangsang motivasi dan kesedaran untuk mempelajari kemahiran belajar.
3. Mendedahkan teknik belajar yang bersesuaian dengan personaliti, minat dan kemampuan.
4. Membina rasa seronok, tidak sabar untuk berjaya dan tahan cabaran dalam belajar.

Program Motivasi Kemahiran Belajar iMAge (ikut macam genius) ini membantu meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar tentang pentingnya mereka meningkatkan daya, minat dan keseronokan belajar melalui teknik penggunaan optimum dua bahagian otak (whole brain thinking) terutamanya itu potensi otak kreatif. Diagnosis Gaya Studi yang dibuat oleh pelajar di awal bengkel ini menimbulkan minat mereka meneroka lebih banyak rahsia potensi diri. Mereka seronok apabila kekuatan sebenar mereka dalam belajar yang selama ini terlindung didedahkan. Gaya  santai dan interaktif motivator dalam seminar ini memudahkan pelajar memahami cara-cara unik menambah kuasa belajar mereka. Paling menarik, selepas ini pelajar tahu, berupaya dan minat mengoptimumkan Potensi Otak Kreatif dalam rutin harian dan belajar mereka.

SINOPSIS KANDUNGAN BENGKEL
1. Mengenali Gaya Belajar Peribadi
·      Jenis personaliti diri; BookSmart atau StreetSmart?
·      Gaya belajar yang sesuai dengan jenis personaliti diri.
·      Menilai tahap prestasi dan minat dalam belajar.

2. Mempraktis Teknik Ulangkaji Efektif
·      Teknik membaca secara aktif.
·      Teknik buat nota kreatif.
·      Teknik mudah menghafal.
·      Teknik membuat latihan.
·      Teknik belajar berkumpulan.

3. Merutinkan Masa Belajar
·      Berapa minit masa belajar paling berkesan?
·      Kesilapan biasa dalam menggunakan masa belajar.
·      Ketahui bila waktu-waktu ‘power’ belajar dalam sehari.
·      Bolehkah belajar tanpa terikat dengan jadual?

4. Menyelesaikan Isu Minat Belajar
·      Hilang minat dalam belajar.
·      Cepat hilang tumpuan.
·      Susah ingat apa yang dibaca.
·      Cepat bosan dalam kelas.
·      Selalu rasa rendah diri.
·      Tiada matlamat jelas dalam belajar.

KUMPULAN SASARAN
Kategori 1 – Pelajar tingkatan 1, 2 & 4
Kategori 2 – Pelajar tingkatan 3, 5 & 6
Terbaik pelajar diasingkan mengikut kategori untuk memberi kesan penuh.

TEMPOH BENGKEL
Siri Seminar - 4 jam (9 pagi - 1 petang, 20 minit rehat)
Maksimum 200 orang pelajar

Siri Bengkel - 3 hari 2 malam
Maksimum 100 orang pelajar

PENGANJURAN
Sila hubungi kami untuk dapatkan info lanjut.

07 January 2012

Zombi Dan Tahun Baru?



Zombi kampung pisang? Mungkin itulah yang menerjah ke benak fikir anda. Terimbas filem lakonan penyanyi rock terkenal Awie yang telah ditayang berulang kali di kaca tv sepintas terlihat foto di atas.

Benar, mungkin ada rasionalnya apabila melihat keputihan di wajah anak-anak remaja tersebut. Tetapi sebenarnya ia langsung tiada kaitan. Mereka pada hakikatnya sedang mendalami ilmu agama demi usaha menjadi hamba tuhan yang lebih baik dan bertaqwa dalam salah satu program best seller kami iaitu I'BAD Camp!.

Ilmu agama? Bagaimana? Itulah cara kami dalam mengendalikan program latihan dan motivasi. Praktikal, unik dan berkesan. Program motivasi berbeza dengan kelas atau kuliah. Kalau ia sama, maka tiada perlunya program  motivasi dan kami pastinya tidak relevan.

Namun, program motivasi tidak, dan tidak sama sekali, menggalang kelas dan kuliah. Kita perlukan guru dan pensyarah dalam hidup ini. Bergantung kepada tahap masing-masing. Jadi di mana perlunya program motivasi?

Pengukuhan, pencetus, pembangkit, penggerak dan penyedar. Di situlah program motivasi relevan. Segalanya mungkin telah kita ketahui berkat kegigihan guru dan pensyarah. Namun, penciptaan kita distruktur dengan sifat lupa. Kita sebagai manusia pada mana-mana peringkat perlu diperingatkan. Pasti ada hikmah.

Tahun baru 2012 baru sahaja menjengah kita. Yang baru hanya angka 2. Menggantikan angka 1 sebelum itu. Cabaran dan peluang dalam hidup kita tetap sama. Ia tidak tergantung pada angka. Ia tergantung pada kita. Hakikatnya sifat, perangai, perilaku, stigma, sikap dan struktur kita tetap kekal serupa walau berapa banyak angka berubah. Perubahan angka tiada erti tanpa perubahan dalam diri kita. Apa saja angka. Hari, bulan, tahun, pendapatan, kelajuan, umur, anak, sekolah, pelajar, graduan, pekerja, gred pangkat atau isteri.

Di AsasInsan komitmen kami tetap sama, setiap pelanggan kami adalah Pelanggan yang Pertama. Kami hadir bukan bahkan tidak berupaya merubah anda. Andalah pemegang hak (sementara) diri anda. Anda berhak berubah bahkan anda juga berhak untuk tidak berubah. Dengan pengalaman dan kepakaran, kami memudahkan cara untuk anda memulakan perubahan. Itulah motto pegangan kami, Memudahcara Perubahan.

Dengan pasukan kerja kami yang lebih komited, bertenaga dan berkemahiran, kami bersedia membantu anda untuk merancang, menstruktur dan melaksanakan program-program latihan dan motivasi yang lebih berimpak tinggi untuk anda dan organisasi.

Pengalaman kami sejak 2004 mengendalikan pelbagai segmen program motivasi banyak membantu kami menjadi lebih matang, prihatin dan berkemahiran dalam membantu anda dan organisasi mencapai tahap potensi terbaik khususnya melalui program motivasi pembangunan diri.

“Jika anda menggunakan otak kiri, anda boleh bergerak dari A ke Z. Jika anda menggunakan otak kanan, anda boleh pergi ke mana sahaja yang anda mahu.” Albert Enstein. Mengenal potensi diri adalah kunci kepada seberang perubahan yang anda impikan. Baik belajar, berhubungan, bekerja, berniaga dan memimpin. Anda pasti dapat melakukannya dengan cara yang terbaik jika anda kenal potensi diri anda dengan baik.

Dengan contengan ini, kami menilai tahap potensi kakitangan kami di Port Dickson baru-baru ini sebagai persediaan sebelum mereka mampu memberikan komitmen terbaik kepada anda pada tahun ini.

Ya, menilai kesedaran tentang apa yang terkandung dalam minda bawah sedar kita adalah langkah penting untuk memulakan perubahan. Bagaimana anda berfikir dan bertindak sejak lahir sehingga akhir hayat amat mempengaruhi dan dipengaruhi oleh potensi minda luar biasa ini. Inilah pendekatan kami.

Apa yang terbentang di hadapan kita adalah peluang untuk kita. Namun, masih ramai di kalangan kita yang tercicir. Baik dalam belajar, berhubungan, bekerja, berniaga dan memimpin. Menuding jari ke arah lain terbukti tiada membawa apa-apa faedah. Apa yang perlu kita lakukan ialah petik semua suiz dalam minda kita yang sebenarnya menyambungkan diri kita dengan semua kejayaan dan kehebatan di luar sana. Itu pasti.

Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir. Al Jaasiyah: 13.

Teruskanlah berfikir dan hebatkanlah lagi caranya. Fikirkan program motivasi terbaik untuk dianjurkan dan kami sedia membantu. Tambahan pula, kami hanya sepanggilan terjarak dari anda. Untuk lebih yakin, silalah dail 03-8922 2934.

Yang memberi makna kepada tahun ialah diri anda yang baru. Selamat menjadi diri anda yang baru! Jom mulakan perubahan hari ini.

Ikhlas dan terima kasih daripada saya,
M. K. Fuad Hj Che Ab Razak (Che E)
Perunding Utama AsasInsan Resources & Training