18 January 2011

Seminar Aku Remaja Genius! (SARG!)

Bagaimana orang lain kelihatan begitu MUDAH mencapai kejayaan sedangkan kita juga belajar di dalam kelas dan membaca buku yang sama seperti mereka?

Anda pernah BERJAYA? Apa yang seronok tentang KEJAYAAN?

Hanya mereka yang pernah mencapainya dapat memberi penjelasan.

Adakah BERJAYA maksudnya tidak pernah GAGAL?

Tahukah anda bahawa definisi KEJAYAAN tidak lengkap jika tiada frasa GAGAL!

Tahukah anda orang yang berjaya adalah orang yang paling banyak GAGAL?

Orang yang biasa menghadapi GAGAL jauh lebih dekat dan mudah untuk mencapai KEJAYAAN!

Maka, jawapan untuk soalan pertama di atas ialah BERANI UNTUK GAGAL!

SOALNYA sekarang, sejauh mana anda berani untuk menghadapi KEGAGALAN sebelum mencapai kejayaan yang anda impikan?

Untuk menjadi orang yang berjaya dalam kehidupan apabila dewasa kelak inilah petua atau rahsia yang perlu diketahui, dipelajari dan yang paling penting diamalkan.

Sertai seminar hebat ini untuk ketahui bagaimana petua ini boleh membantu merubah kehidupan anda seperti mana yang anda mahukan. Klik di sini untuk daftar online.

Belajar sudah, tuisyen sudah, kursus motivasi belajar sudah, kursus cara jawab exam pun sudah dan kini tiba masa untuk anda lakukan sesuatu yang jarang diketahui oleh kebanyakan ‘orang biasa’. Belajar untuk menjadi INSAN yang BERANI dan BIJAK menghadapi cabaran! Hanya Genius yang tahu rahsia ini!

Jom jadi REMAJA Genius yang Hebat hari ini! Semua pasti seronok dengan lahirnya anda dalam kehidupan mereka selepas ini. Mak, ayah, adik-beradik, pakcik-makcik, guru-guru, kawan-kawan dan jemaah surau pasti bangga ‘memiliki’ anda! InsyaAllah.

Hubungi kami hari ini untuk sertai Seminar Remaja Genius! Siri 1 (SARG!)

Tarikh:           26 Februari 2011 (Sabtu)
Masa:             9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat:         Dewan Seminar, Institut KWSP Bangi (klik di sini untuk peta)
Yuran:            RM150 seorang
                     RM145 seorang (mendaftar sebelum 10 Februari 2011)
                     RM135 seorang (Sahabat Alumni AsasInsan)
Peserta:         Terbuka kepada remaja berusia 13-19 tahun
Daftar secara online, klik di sini

Terhad 70 orang peserta sahaja. Hubungi kami di talian 03.8922.2934 untuk mendaftar nama anda segera.

Inilah Dewan Seminar tempat para Genius akan bersua, berkenalan, berkongsi pengalaman dan rahsia kejayaan masing-masing. Jom jadi salah seorang daripada mereka!


Alami Perbezaan Menyertai SARG!

SARG! dikendalikan dalam mood yang sangat berbeza dengan seminar biasa.

Anda tidak perlu menyalin nota-nota penting kerana itu adalah kaedah pembelajaran otak separa dan tiada beza seperti di dalam kelas. Adakah anda seronok menyalin nota di dalam kelas?

Motivator SARG! menggunakan metodologi ‘whole brain learning’ yang akan mengaktif keseluruhan deria yang sangat berkesan dalam meningkatkan pemahaman dan mencorak sikap baru anda.
Jika selama ini anda seorang yang hanya berani duduk di belakang dan cukup ‘kecut perut’ apabila diajukan soalan, dalam dan yang penting selepas SARG! anda pasti teruja melihat perubahan diri anda sendiri. Bertanya bukan lagi masalah! Kawan-kawan pasti hairan!

Cukupkah satu hari? Lebih daripada cukup! Menghadiri seminar sahaja tidak akan merubah anda menjadi insan yang sempurna dalam sekelip mata.

Tiada satu seminar di dunia ini yang menawarkan perubahan magis seperti itu.

Menyertai SARG! adalah untuk mengetahui petua dan kaedah untuk anda lebih mengenali diri anda dan seterusnya mengambil langkah-langkah bersesuaian untuk memandu diri anda ke arah yang lebih positif, produktif dan efektif. Usaha untuk berubah adalah selepas seminar bukannya semasa seminar!

Awas! Motivasi sifatnya turun-naik. Jadi apa yang perlu anda dilakukan? Mudah sahaja, Motivator SARG! akan tunjukkan kepada anda kaedah mudah untuk mengekalkan momentum motivasi diri anda agar ia kekal konsisten dan kalau pun menurun anda tahu cara untuk ‘memarakkannya’ semula! Inilah petua dan rahsia kebanyakan Genius!


Apa Yang Bakal Peserta Ketahui?
 
08.00 pagi          Pendaftaran

09.00 pagi          Jom Jadi Genius!
                         Pengenalan & Jajaran Minda

10.00 pagi          Renung Kisah Orang Lain
                         “Gagal Umpama Baja Penyubur Sukses”
                         Membina Perspektif Genius Dalam Diri

10.30 pagi          Minum Pagi & Suai Kenal

11.00 pagi          Make a wish! (Kuasa Target)
                         Rahsia Genius Kekal Fokus
                         Kenapa remaja biasa cepat hilang fokus?

12.00 t/hari        Assalamu ‘alaikum Bang! (Kuasa Akhlak)
                         Rahsia Genius Menyenangi Orang Lain
                         Kenapa remaja biasa malu tidak bertempat?

01.00 ptg           Makan Tengahari & Solat Zuhur

02.15 ptg           Neuron Awak Berapa? (Kuasa Minda)
                         Rahsia Genius Mudah Belajar
                         Kenapa remaja biasa lambat hafal dan cepat lupa?

03.30 ptg           Fastajib Lakum! (Kuasa Doa)
                         Rahsia Genius Hidup Gembira
                         Kenapa remaja biasa segan berdoa?

04.30 ptg           Rumusan, Penilaian & Penyampaian Sijil

05.00 ptg           Minum Petang & Bersurai


Keistimewaan Menyertai SARG! Siri 1

1.  Menjadi Sahabat Aumni AsasInsan secara automatik dan layak nikmati diskaun alumni untuk program-program AsasInsan yang lain.

2.  Berpeluang menyertai pelbagai aktiviti Sua Alumni seperti khidmat masyarakat, aktiviti riadah, qiamullail dan sebagainya yang akan diadakan sepanjang tahun.

3.  Layak untuk sertai SARG! siri akan datang secara percuma (tertakluk kepada terma dan syarat)

4.  Berpeluang menerima Hadiah Pencapaian Hebat Alumni AsasInsan.

Apa tunggu lagi, daftar nama anda hari ini kerana tempat terhad. Hubungi kami seperti talian tertera di bawah. Daftar online, klik di sini.

03.8922.2934

JOM SARG!... Cara-cara Mendaftar Nama

1. Hubungi pejabat AsasInsan seperti talian di atas untuk mendaftar (booking) nama.
2. Atau, daftar online dengan melengkapkan maklumat yang diperlukan,
klik di sini.
3. Buat bayaran yuran secara Deposit Tunai atau Pindahan Online (spt Maybank2u) ke akaun semasa kami seperti butiran berikut:


Maybank Islamic Bank
No. Akaun : 5647 99100 357
Atas nama ASASINSAN RESOURCES & TRAINING


4. Hubungi kami setelah bayaran dibuat dengan segera untuk mengesahkan tempat.
5. Simpan dan bawa pada hari program slip deposit sebagai bukti pembayaran.


SILA AMBIL PERHATIAN
A. Tempat (booking) hanya akan disahkan setelah bayaran yuran diterima. 
B. Bayaran yuran hendaklah dibuat dalam tempoh 7 hari dari tarikh pendafataran samada melalui telefon atau online. Booking akan dibatalkan secara automatik selepas tempoh tersebut jika tiada bayaran diterima untuk memberi laluan kepada peserta lain.


Terima kasih. Jumpa di sana...klik di sini untuk daftar online.