Kem Motivasi Pengurusan Belajar Untuk Siswa
Umumnya,
ramai mahasiswa meneruskan gaya belajar yang diamalkan sewaktu di sekolah
menengah walaupun kini mereka belajar di institut pengajian tinggi. Suasana
yang berbeza di kampus memerlukan mahasiswa bijak mengurus dan menyesuaikan
cara dan gaya belajar agar bersesuaian dengan tahap, kualiti dan kemampuan
sebagai seorang mahasiswa.
Kemahiran
belajar meliputi aspek pengurusan masa, gaya dan kaedah ulangkaji serta
pembinaan sikap dan personaliti positif.
Menguasai
kemahiran belajar adalah prasyarat untuk meningkatkan prestasi akademik.
Malangnya,tidak ramai mahasiswa yang tahu dan mahir mengolah gaya belajar yang
sesuai, selesa dan yang terpenting berkesan untuk diri sendiri.
Setiap
mahasiswa mempunyai kelebihan dan kekurangan (potensi diri) yang berbeza-beza.
Justeru itu, gaya dan cara belajar juga berbeza di antara seorang mahasiswa
dengan mahasiswa yang lain. Mereka perlu didedahkan dan dibimbing untuk membina
cara dan gaya belajar yang bersesuaian dan berkesan untuk diri mereka sendiri.
OBJEKTIF
Menambah
nilai kemahiran belajar mahasiswa dengan:
1. Membentuk perspektif yang betul tentang kemahiran
dan pengurusan belajar di kampus.
2. Merangsang motivasi dan kesedaran untuk mempelajari
kemahiran belajar.
3. Mendedahkan teknik belajar yang bersesuaian dengan personaliti, minat
dan kemampuan diri.
4. Membina rasa seronok, tekad untuk
berjaya dan tahan cabaran dalam belajar.
KESAN JANGKAAN
Di
akhir program ini peserta dijangka akan:
1.
Tahu membahagi masa di antara belajar dan aktiviti harian
2.
Sensitif dengan pembaziran masa
3.
Tahu menilai prestasi belajar dan langkah meningkatkannya
4.
Tahu perbezaan antara belajar cara biasa dan cara berteknik
5.
Tahu mengaplikasi teknik ulangkaji yang bersesuaian
6.
Lebih minat dan seronok belajar
7.
Bersedia memanfaatkan potensi diri
8.
Bersedia merubah sikap dan pemikiran pasif
9.
Lebih berkeyakinan, jelas matlamat dan sedia bersaing
METODOLOGI
Dikendalikan
secara interaktif melalui kaedah diskusi dalam kumpulan, aktiviti simulasi,
ujian diagnosis kendiri dan penggunaan nota manual yang interaktif dan
berkesan. Jumlah peserta yang kecil memberi ruang kepada diskusi lebih terbuka,
aktif dan menyeluruh.
SINOPSIS KANDUNGAN
1. Laras Minda & Diagnosis Kendiri
- Melaras perspektif tentang diri dan peranan sebagai mahasiswa.
- Menilai tahap prestasi & gaya belajar semasa.
- Atasi kepercayaan penghalang
- Optimumkan potensi diri dalam membina gaya belajar
2.
Pengurusan
Masa Dan Kendiri Berkesan
- Siswa & perangkap masa
- Kepentingan goal setting
- Kaedah membahagi & memprioriti kerja
- Kenali masa sesuai untuk belajar
3.
Kemahiran
& Teknik Belajar Berkesan
- Bahagian otak dan personaliti belajar
- Kaedah pengurusan nota berkesan
- Kaedah membaca & ulangkaji berkesan
- Kaedah menghadapi kuliah yang membosankan
- Kaedah gunakan perpustakaan dengan berkesan
4. Personaliti & Imej Diri Mahasiswa Unggul
- Kenali personaliti diri
- Bagaimana hadapi dilema antara belajar, cinta dan idealisme
- Mahasiswa dan daya pengaruh rakan sebaya
- Kampus medan membina keyakinan dan estim diri
KUMPULAN
FOKUS
Mahasiswa tahun 1 &
2 dengan PNGK 2.0 dan ke bawah (low
achievers)
LOGISTIK
PENGANJURAN
Tempoh: 1 hari (8 jam) /2 hari (16 jam) / 3 hari 2 malam (bergantung kepada keperluan)
Jumlah Peserta: Maksimum 100 orang
Tempat: Dalam kampus atau kem latihan bersesuaian
Sila
hubungi kami di talian
013.378.1934
untuk maklumat lanjut dan sebutharga.