11 October 2010

Kunjungan Anda Kami Hargai

Selamat datang ke Laman Blog Rasmi AsasInsan Resources & Training.

Blog ini bertujuan memaparkan info terkini program-program yang telah dan akan kami kendalikan untuk makluman peserta-peserta yang telah menyertai dan sesiapa sahaja yang sedang mencari program motivasi pembangunan diri terbaik samada untuk diri sendiri, suami, isteri, anak, staf mahupun bos.

Kami mengendalikan dua jenis program iaitu pertama, pakej program jemputan di mana pihak kami dijemput untuk mengendalikan pakej-pakej program yang kami sediakan. Maklumat lanjut boleh dilayari di www.asasinsan.com. Kedua, Klinik Motivasi AsasInsan iaitu pakej program motivasi yang dianjur dan dikendalikan sendiri oleh pasukan kami.

Rentetan tahun 2010 yang kian melabuh tirainya, bagi tempoh bermula 15 Oktober sehingga 30 November 2010 kami menawarkan Pakej Program Jemputan istimewa iaitu Saya Super Value (Eksekutif), Langkah Jadikan Diri Anda Benchmark (Siswa), Melangkah Ke Alam Remaja (Pelajar) dan Cuti Macam Genius (Pelajar). Dapatkan maklumat lanjut dengan klik pautan di atas.

Sementara itu, kami merancang untuk melancarkan 3 program istimewa dalam Klinik Motivasi AsasInsan bermula Januari 2011. Program ini bakal memberi peluang kepada individu pelbagai peringkat usia, status dan kemampuan untuk menghadiri program berbentuk pengupayaan dan pembangunan diri (self empowerment). Maklumat lanjut juga boleh dibaca pada halaman Anda Perlu Pergi Klinik?

Oleh sebab itu, samada anda mewakili organisasi ataupun diri anda sendiri, persinggahan anda di laman blog ini, kami yakin, akan mendapat manfaat.

Selamat membaca. Semoga anda menemui apa yang anda cari. InsyaAllah

Terima kasih
Perunding Utama
ASASINSAN RESOURCES & TRAINING