25 August 2009

Salam motivasi


Ini adalah laman info, promosi, pengumuman dan berita terkini untuk Siri Klinik Motivasi yang akan dikendalikan oleh AsasInsan Resources & Training. Semua maklumat berkenaan program bakal dipaparkan di sini untuk makluman pembaca yang budiman.

Kami kini sedang giat merencana pelbagai program berbentuk motivasi pembangunan diri yang menarik untuk manfaat semua golongan masyarakat. Kami sedar, motivasi bukan sahaja diperlukan oleh pelajar untuk lulus cemerlang dalam pelajaran tetapi semua kita memerlukan motivasi untuk terus mara ke hadapan.

Seorang ibu atau ayah perlukan motivasi untuk terus gigih berusaha tanpa jemu untuk membesarkan jasmani, jiwa dan rohani anak-anak. Seorang pekerja perlukan motivasi untuk terus dan kekal produktif kepada majikan. Seorang isteri atau suami perlukan motivasi untuk terus menjadi rakan paling cocok kepada pasangan dalam mengharungi cabaran rumahtangga. Hatta, seorang penganggur perlukan motivasi agar dia terus percaya bahawa kejayaan belum tiba dan ia sebenarnya sedang menunggu di hadapan sana, cuma waktu yang menjadi jarak. Pendek kata, selagi namanya manusia, kita semua perlukan motivasi untuk terus percaya bahawa hidup ini sebenarnya bermakna dan berbaloi.

Rentetan itu, kami bakal menyediakan kepada anda program-program yang bersesuaian dengan keperluan motivasi anda. Keraplah mengunjungi laman blog ini untuk mengetahui info terkini program yang bakal kami lancarkan tidak lama lagi. Insya Allah.

Ucapan terima kasih atas kunjungan anda yang budiman. Jumpa lagi

Jom Jadi Hebat! Mulakan Dengan Senyuman.

M. K. Fuad Hj. Che Ab. Razak
Perunding Motivasi Utama