PEMIMPIN KARISMATIK mampu mempengaruhi fikiran, perasaan dan
tindakan orang lain kerana mereka mempunyai aura diri yang tersendiri. Antara
faktor yang menyerlahkan aura diri seorang ketua ialah seni dan daya
mempengaruhi orang
lain. Pengaruh dalam memimpin bukanlah mengenai
kuasa tetapi
keupayaan memahami dan dan menimbulkan rasa minat orang yang dipimpin untuk
bergerak bersamanya atau ke arah yang ditentukannya.
Bengkel motivasi interaktif ini akan berkongsi
tip-tip praktikal bagaimana para pemimpin organisasi boleh meningkatkan
keupayaan mempengaruhi orang lain dalam usaha menjadi ketua yang tulen,
berkesan dan ditokohi.
KESAN JANGKAAN
Di akhir bengkel ini peserta akan:-
1. Mengenali personaliti, potensi dan kekuatan diri
sebagai seorang ketua.
2. Lebih bermotivasi dan yakin untuk memikul tugas
sebagai ketua.
3. Bersedia menjadi ketua yang lebih dinamik, terbuka dan
approachable.
4. Berbicara sebagai ketua dengan lebih yakin dan
berkesan.
5. Berupaya memastikan proses beri-terima arahan kerja
menjadi semakin lancar.
6. Berupaya menerapkan nilai keinsanan tinggi dalam
hubungan ketua-kakitangan.
7. Mudah
menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi kepimpinan dan ragam gelagat orang
dipimpin.
SINOPSIS PENGISIAN
1. Diagnosis
Gaya & Aura Memimpin
· Membuat analisis kendiri bagi mengenal pasti
kekangan, kelemahan dan ruang peningkatan dalam gaya dan amalan kepimpinan diri.
· Mengenal pasti gaya kepimpinan diri.
· Mengenal pasti faktor-faktor yang
mempengaruhi aura diri sebagai ketua.
2. Jenis Personaliti Dan Kaitan Dengan Gaya Kepimpinan
Diri
· Ketahui jenis dan ciri-ciri personaliti diri
sebagai ketua.
· Mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan personaliti diri dan perkaitannya dengan gaya kepimpinan diri.
· Memahami teknik membina hubungan
berkesan berdasarkan personaliti.
3. Aplikasi Kecerdasan Emosi (EQ) Dalam Daya Pengaruh
· Memahami kepentingan kecerdasan emosi (EQ) dalam
hubungan interpersonal.
· Menguji tahap aplikasi EQ dalam
gaya kepimpinan sebagai ketua.
· Teknik meningkatkan kuasa pengaruh
melalui aplikasi EQ dalam memimpin orang lain.
4. Seni Mempengaruh Tabiat Dalam KOMUNIKASI DAN Berucap
· Kenal pasti kekangan, kelemahan dan potensi diri
dalam berkomunikasi dan berucap.
· Mendedahkan tip-tip mudah
meningkatkan keyakinan diri ketika berucap.
· Ketahui teknik mempengaruhi tabiat audien dalam
berucap.
SIAPA PATUT SERTAI
Bengkel ini sesuai dihadiri oleh barisan
kepimpinan organisasi seperti kumpulan pengurusan tertinggi, ketua-ketua
jabatan, pengurus, penyelia, pegawai-pegawai kanan, pemimpin persatuan dan
kakitangan yang memikul tugasan memimpin tugasan khas atau projek.
Terhad kepada 20 orang peserta
sahaja.
METODOLOGI LATIHAN
Bagi memudahkan peserta
memahami konsep, teori dan aplikasi input latihan, fasilitator akan menggunakan
pendekatan pembelajaran interaktif melalui pembentangan teori, penggunaan nota
manual, perkongsian pengalaman, diskusi kelompok dinamik dan latihan simulasi.
Dikendalikan sepenuhnya dalam
Bahasa Melayu.
JANGKA MASA
· 2 hari
· 9.00 pagi - 5.00 petang
· Untuk info tarikh dan tempat sila klik di sini.
YURAN PENYERTAAN
· RM1,250 seorang
· RM1,150 seorang - untuk pendaftaran awal (early bird)
atau berkumpulan 2 orang dan ke atas.
Yuran termasuk makanan, kit latihan dan sijil penyertaan. Penginapan tidak disediakan.