Terima Kasih
Kerana melayari blog KlinikMotivasi.Blogspot.My, laman blog rasmi ASASINSAN RESOURCES & TRAINING. Laman sesawang rasmi kami ialah www.asasinsan.com.
Kerana melayari blog KlinikMotivasi.Blogspot.My, laman blog rasmi ASASINSAN RESOURCES & TRAINING. Laman sesawang rasmi kami ialah www.asasinsan.com.
Anda berhak berubah menjadi diri anda yang jauh lebih baik.
Itulah fitrah kejadian insan. Sentiasa mencari yang terbaik.
Kami di AsasInsan komited berusaha membuka ruang untuk kita bersama-sama membedah-siasat
diri sendiri mengenal pasti kekuatan, potensi, kekangan, peluang dan kaedah
terbaik untuk memulakan perubahan diri yang sekian lama kita impikan.
Lawatan anda ke blog ini telah kami jangkakan dan amat dialu-alukan.
Kami yakin apabila anda terus membaca apa yang dipaparkan dalam blog ini sebentar lagi, ia akan memberi anda satu perspektif baru tentang program motivasi dan bagaimana ia boleh membantu anda memulakan perubahan yang anda impikan.

Kenapa Anda Perlu Motivasi?
Cubalah lihat di sekeliling anda.
Isu rumahtangga seperti kerenggangan hubungan suami, isteri dan anak-anak, perceraian, kahwin dua (poligami), nafkah, penderaan, masalah moral ahli keluarga, hutang, ketidakcukupan pendapatan dan banyak lagi cukup untuk memberi gambaran bahawa ramai yang perlukan bimbingan motivasi untuk ‘belajar’ menjadi ahli keluarga dan masyarakat yang baik.
Bagi sesetengah kita, bisikan semangat daripada pasangan,
anak-anak, rakan, ibu atau bos cukup sebagai motivasi. Ada pula yang membaca
buku atau majalah motivasi. Bagi yang bernasib baik mereka dapat
mendengar ceramah motivasi dari motivator tersohor dalam program yang dianjur
oleh majikan, persatuan atau masjid tempat mereka tinggal.
Bagaimana hendak jadikan ‘bisikan motivasi’ ini sentiasa ‘rewind’ dalam
minda kita? Suatu yang menarik untuk diketahui bukan? Tiada salah dan ruginya anda memotivasikan diri anda untuk menjadi insan
yang lebih baik.
“Kenapa
perlu malu? Kenapa perlu lokek? Kenapa perlu tengok dulu? Kenapa perlu ragu?
Anda berhak berubah!”
Atas dasar itu, kami anjurkan pelbagai program motivasi supaya ia
sentiasa tersedia untuk dimanfaatkan oleh anda.
Orang sering berkata; “Balik dari program bersemangat, esok lusa balik
asal.”
Itu lumrah motivasi, turun dan naik terkesan dengan persekitaran. Maka, anda tidak boleh biarkan motivasi diri hanyut dibawa arus kehidupan. Ia perlu dikemudi dengan betul. Jika perlu, tambat! Barulah fluctuating factors tidak menjejaskan anda.

Itulah sebabnya kami di AsasInsan turut menyediakan khidmat sesi Bimbingan Motivasi Personal dan Kaunseling agar pelan perubahan diri anda berjaya mencapai sasarannya.
Jika anda seronok mencapai apa yang anda impikan, kami jauh lebih seronok.
Kami seronok kerana kejayaan anda akan menjadi inspirasi dan pedoman untuk kami
meneruskan usaha ini dan membantu lebih ramai individu di luar sana mencapai
apa yang mereka impikan menjadi kenyataan, sama seperti anda.
Semoga program yang anda sertai menjadi satu permulaan hebat untuk diri anda.
Terima Kasih & Tahniah
CHE E
Perunding Utama AsasInsan
Terima Kasih & Tahniah
CHE E
Perunding Utama AsasInsan