BENGKEL
BOOSTER ESTIM DIRI™
Motivasi
Pencetus Kepuasan Diri & Kejayaan Organisasi
Bekerja atau mencari rezeki adalah fitrah kehidupan. Kita perlu
bekerja untuk meneruskan kehidupan. Maka keseronokan dalam bekerja amat
mempengaruhi kualiti kehidupan anda dan begitu jugalah sebaliknya.
Sekarang cuba anda berikan jawapan spontan untuk soalan-soalan
berikut:
1.
Kenapa aku buat kerja ini?
2.
Adakah aku seorang yang berjaya?
3.
Adakah ini cara hidup yang aku suka?
4.
Adakah aku lebih bertuah daripada orang lain?
5.
Adakah aku bahagia dengan apa yang aku ada
sekarang?
Ya! Adakah anda bahagia dengan apa yang anda miliki sekarang? Kerja, bos,
status, simpanan, pasangan, keluarga, rakan, harta, amal ibadat dan sebagainya?
Jika anda ragu-ragu, mungkin itu tanda anda belum lagi bertemu dengan
kejayaan. Untuk berjaya carilah apa yang anda cintai dalam hidup. Jangan berhenti
sehingga anda menemuinya. “If you haven’t
find it yet (what you love to do) keep looking and don’t settle. As what all
matter of the heart you know when you will find it.” Steve Jobs, 2005.
Tabiat kedua insan yang berkesan menurut Steven Covey ialah “begin with the end in mind” dan Steve
Jobs juga pernah bernada serupa dalam ucapannya “remembering that all be dead soon is
the most important tool I have ever encountered to help me make the big choices
in life.”
Andaiku tahu malaikatMu kan menjemputku.., memetik
lirik lagu Andaiku Tahu dendangan kumpulan Ungu, adakah anda masih ingin meneruskan
apa yang sedang anda lakukan sekarang? Jika jawapannya tidak, ternyata anda
perlukan PERUBAHAN.
Definisi ringkas perubahan ialah memilih untuk melakukan sesuatu yang
berlainan daripada rutin biasa. Jadi, anda ingin pilih apa sekarang?
Pilihlah untuk berhenti menjadi ‘orang biasa-biasa’ (the average man) jika ingin berjaya. Sebab
‘orang biasa-biasa’ sering menyalahkan orang lain, ragu-ragu menyahut cabaran,
melihat risiko sebagai kegagalan, tidak berani melihat di luar zon selesa, buat
kerja untuk puaskan hati orang lain bukan dirinya sendiri, memulai dan
mengakhiri dengan alasan, mangsa dan bukan perubah keadaan, merasai diri
sentiasa betul, menganggap diri lebih penting daripada orang lain, jarang dan
sukar bahagia, kurang kenal diri sendiri dan banyak lagi. Semuanya hasilan estim
diri yang rendah.
Namun, BAGAIMANA memulakan sesuatu yang betul-betul merubah? Sering
terjadi ‘perubahan’ yang dimulakan tidak kekal lama. Selepas seminggu dua,
kembali kepada asal. Jika begitu, ‘perubahan’ yang dibuat langsung tidak
mencabar ESTIM DIRI anda. Itu bukan perubahan!
Estim diri adalah KEPERCAYAAN ANDA TENTANG DIRI ANDA SENDIRI.
Kepercayaan ini perlu digoncang-gugat! Bayangkan diri anda berpaut pada pokok
yang dibadai angin (perubahan). Anda adalah estim diri. Lagi kuat pohon
digoncang bertambah kuatlah pautan anda. Mengapa? Kerana anda percaya jatuh
boleh membawa maut. Hasilnya, anda selamat dengan pautan yang kuat itu.
Adakah anda akan berpaut kuat jika angin (perubahan) yang bertiup sekadar
sepoi-sepoi bahasa? Daun memang bergoyang tetapi anda langsung tidak
tergoncang, jadi apa perlunya pautan yang kuat. Maka, seminggu dua kembalilah anda
seperti sedia kala.
Dalam bengkel motivasi interaktif ini, motivator kami akan berkongsi
tip-tip mudah yang praktikal untuk membantu anda MEMULAKAN PERUBAHAN yang anda
inginkan. Ia bertindak sebagai BOOSTER (pembakar) untuk menggegar-gugat dan
seterusnya memarakkan estim diri anda untuk menjadi lebih berkesan dan
produktif. Selepas ini, anda lebih dikenali sebagai seorang yang tinggi estim
diri dan pantang dicabar. Ia pasti terzahir dalam banyak perkara dalam hidup
anda. Selamat berubah dan nikmatilah hidup yang lebih seronok dan produktif.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
1.
Membantu meningkatkan motivasi diri
2.
Meningkatkan keberkesanan dan produktiviti diri
3.
Membantu mengenali personaliti, potensi dan
kekuatan diri
4.
Mendedahkan tip dan teknik meningkatkan dan mengekalkan
motivasi diri
KESAN PASCA BENGKEL
1. Lebih
seronok dan menghargai diri sendiri
2. Lebih
mengenali potensi dan kekuatan diri
3. Lebih
berani, berkeyakinan dan tekad
4. Lebih
mahir mengawal fikiran, emosi dan tindakan
5. Memiliki
kemahiran mengekalkan motivasi diri
SINOPSIS KANDUNGAN
1. Kuasa Matlamat Dalam Kehidupan
Kejayaan adalah keberhasilan mencapai sesuatu matlamat. Tanpa matlamat
anda tidak akan berjaya. Berapa ramai yang beranggapan diri sukar berjaya akibat
memiliki matlamat yang samar-samar. Kerja mereka tak lebih dari membuang masa.
Matlamat akan memudahkan anda mencapai kejayaan dalam apa jua perkara. Ketahui
kaedah membina matlamat yang ‘powerful’
dan lihatlah sendiri hasilnya.
2. Imej Diri Positif; Bagaimana Ia Mempengaruhi
Kemewahan?
Imej diri positif merangkumi keseimbangan aspek fizikal, intelek,
rohani dan emosi. Ramai orang bukan tidak boleh berjaya tetapi mereka
sebenarnya tidak bersedia untuk berjaya. Kekayaan akan mengukuhkan lagi sifat
seseorang. Jika anda kedekut semasa susah, kekayaan akan menjadikan anda lebih
kedekut. Maka kekayaan tidak akan datang kepada anda. Anda perlu bersedia.
Positifkan imej diri terlebih dahulu. Ketahuilah langkah-langkahnya. Ia
praktikal dan mudah dilakukan.
3. Tabiat Orang Berjaya; Cara Berkesan Memulakannya?
Insan-insan yang berjaya mengamalkan set tabiat tersendiri yang
dinamakan Tabiat Orang Berjaya. Rumusnya, jika kita buat apa yang mereka buat,
kita akan dapat apa yang mereka dapat. Kebanyakan kita tahu apa yang orang
berjaya buat tetapi kenapa masih belum berjaya? Sebabnya kita hanya tahu apa
yang mereka buat tetapi kurang arif tentang bagaimana mereka melakukannya.
Ketahui caranya, mulakan dan anda juga bakal menikmati kejayaan seperti mereka.
SIAPA PATUT SERTAI
Bengkel ini sesuai untuk kakitangan swasta, kerajaan dan individu
perseorangan yang berminat dan bersungguh-sungguh ingin membangunkan diri.
Eksekutif:
Eksekutif, pegawai profesional dan pengurusan, pegawai baru, pensyarah dan guru
Sokongan:
Setiausaha, kerani, pembantu eksekutif, penolong pegawai, jururawat dan pemandu
Setiausaha, kerani, pembantu eksekutif, penolong pegawai, jururawat dan pemandu
TARIKH
18 September 2012 (Salasa)
18 September 2012 (Salasa)
MASA
8.00 pagi - 5.00 petang
Hotel Residence Uniten, Bangi, Selangor
YURAN PENYERTAAN
Individu RM370
seorang
Early
bird RM350 seorang (Daftar
sebelum 15 Jun 2012)
Berkumpulan RM1,750
(5 orang)
PENDAFTARAN
Untuk mendaftar sila hubungi Eksekutif Unit Pemasaran & Jualan kami di talian 03-8922 2934.