29 November 2016
Program Cuti Sekolah Untuk IBUBAPA....
Assalamu 'alaikum wrt. wbh.
Pasti ada sesuatu yang unik, baru dan menarik boleh anda pelajari tentang psikologi, perangai dan tingkahlaku anak-anak.
Tiada cuti dalam membesarkan anak-anak. Ia tugas sepanjang hayat.
Jom sertai kami dalam Bengkel Motivasi Keibubapaan pada 3 Disember 2016 ini di Bandar Seri Putra, Bangi.
Boleh tanya, boleh bincang dan boleh berkongsi apa sahaja hal-hal yang berkaitan pengalaman membesarkan anak.
"Anak saya kecil lagi, baru 6 bulan, boleh join ker?" Syarat untuk sertai bengkel ini ialah anda adalah seorang ibu atau ayah.
Klik di sini untuk daftar secara online atau hubungi kami terus di talian 03-89222934.
Bertindaklah hari ini. Sama-sama kita berusaha demi masa depan keluarga yang lebih bahagia, insyaallah.
Terima kasih.
17 November 2016
Program Terbaik Cuti Sekolah Hujung Tahun 2016
Belajar
masa cuti sekolah?
Pasti
anak anda tidak suka mendengarnya.
Tapi
bagaimana kalau ‘BELAJAR 1 HARI SAHAJA’?
Pasti
dia pelik, tapi suka mendengarnya.
Tahukah
anda, cuti sekolah ini anak anda…
TIDAK
PERLU PERGI KELAS TUISYEN dan
TIDAK
PERLU BELAJAR BERJAM-JAM
untuk
dapat kesan hebat apabila masuk sekolah tahun depan.
Dia
hanya perlu cari 1 HARI EMAS (1 Golden Day) dalam masa cuti sekolah ini
dan belajar pada masa itu. Daftar secara online.
1
HARI EMAS itu ada dalam cuti sekolah sahaja.
Ya,
Betul! 1 HARI SAHAJA.
Lebih
awal dia cari, lebih mudah dia jumpa 1 HARI EMAS itu.
Belajar
hanya 1 HARI. Jadi, hari-hari lain masa cuti sekolah ini bolehlah dihabiskan
untuk bermain, berehat, balik kampung, mandi sungai, kemas bilik, jalan-jalan,
menonton tv, main video games dan macam-macam lagi. Pasti anak-anak anda
seronok mendengarnya.
Menikmati
cuti sekolah bukan perkara pelik atau sia-sia. Itu hak anak-anak kita selepas 11
bulan mereka memerah otak di sekolah.
Kami
bukan ajar MAGIK, tapi kami ajar mereka TEKNIK!
Dengan
teknik ini, cuti sekolah anak anda akan jadi lebih bermakna, terisi dan
berfaedah.
Inilah
rahsia dan keunikan Teknik Masa Belajar 4Flex™.
Teknik
ini amat baik, mudah dan berkesan untuk pelajar terutama yang bakal menduduki exam
penting tahun depan. UPSR, PT3 & SPM. Daftar secara online.
Formulanya
mudah. Apabila anak anda masuk darjah atau tingkatan baru tahun depan, dia akan
berasa bangga, lebih yakin dan bersemangat apabila cikgu memujinya dan
rakan-rakan kelas bertanya “Macam mana awak tahu? Pandainya awak! Awak
tuisyen ker?” kerana hairan melihat bagaimana dia tahu dan faham topik-topik
baru sedangkan cikgu belum lagi mengajar topik-topik tersebut di dalam kelas.
Dia
tahu dan faham kerana dia belajar semasa cuti sekolah. Menariknya ialah belajar
sendiri semasa cuti sekolah akan meningkatkan tahap pemahaman dua kali ganda. Tambah
seronok lagi apabila dia belajar 1 hari sahaja.
Bagaimana
ini boleh berlaku? Inilah rahsia cara belajar pelajar-pelajar genius yang patut
anak anda tahu. Inilah rahsia masa yang disebut dalam Surah ke 103 dalam Al-Quran.
Kita cari, kita jumpa, kita guna. Pasti besar faedahnya.
Teknik
ini akan diajar secara intensif dan menyeronokkan oleh perunding berpengalaman
kami, M. K. Fuad Hj. Che Ab. Razak (Che E). Beliau telah mengendalikan kursus
motivasi kemahiran belajar untuk ribuan pelajar di seluruh negara termasuk
pelajar-pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
Sekolah Menengah Sains, Sekolah Menengah Agama (SMA), Sekolah Tahfiz dan
sekolah-sekolah menengah harian. Beliau juga merupakan scorer SPM dan
penerima Anugerah Tokoh Pelajar pada masa zaman persekolahannya.

Pelajari
tekniknya, cari 1 HARI EMAS itu dan gunakannya.
Buka
sekolah nanti, BOOOM! lihatlah apa kesannya.
Anak
anda pasti kagum dengan dirinya sendiri.
Sertai Bengkel Cuti Sekolah Yang Unik Ini
untuk ketahui teknik belajar masa cuti yang mudah dan seronok.
untuk ketahui teknik belajar masa cuti yang mudah dan seronok.
Tarikh:
4
Disember 2016 (Ahad)
Masa:
9 Pagi – 5 Petang
(Jam
4.30 petang : Slot Penerangan Khas Untuk Ibubapa)
Tempat:
Studio
Motivasi Asas Insan
Bandar Seri Putra, Bangi (Klik di sini untuk Peta Lokasi)
Yuran
Penyertaan:
RM60
Seorang
RM55
Seorang (jika hadir bersama adik-beradik, sepupu & kawan sekolah)
Terbuka
Untuk:
Pelajar
11 – 16 Tahun
Alat
tulis, jamuan makan dan air mineral disediakan.
Hanya
perlu bawa pakaian solat (telekung).
Solat
Zuhur akan ditunaikan secara berjemaah.
Untuk lebih fokus, bengkel ini dibuka untuk
30 orang peserta sahaja.
Jadi, daftar nama anak anda sekarang. Jangan lepaskan peluang ini.
Atau hubungi kami terus di talian
03-89222934 atau 019-3468870
untuk daftarkan nama anak anda.
PERHATIAN
Sebelum
mengisi borang penyertaan online, anda perlu membuat bayaran yuran penyertaan terlebih
dahulu secara online transfer atau deposit tunai (CDM) ke akaun
berikut:-
Maybank
: 5647 99100 357
Atas
nama ASASINSAN RESOURCES & TRAINING
Sila
whatsapp bukti pembayaran ke talian 019-3468870 dengan segera. Kami akan
sahkan pendaftaran anak anda melalui emel dan whatsapp dalam tempoh 24 jam.
Ini
perlu bagi memastikan tempat untuk anak anda.
Usah
bimbang kerana yuran yang dibayar akan dipulangkan 100% jika anda terpaksa membatalkan
penyertaan. Hanya maklumkan kami selewat-lewatnya 1 hari sebelum tarikh
bengkel.
Kami
mengalu-alukan penyertaan anak anda dalam bengkel ini.
Kami
mendoakan semoga bengkel ini dapat membantu mereka menjadi lebih seronok,
bersemangat dan yakin memasuki semester baru persekolahan tahun hadapan.
Anda
yang membesarkan dan menyayangi mereka, kami sekadar membantu dan menyokong.
Semoga mereka membesar sebagai anak-anak soleh yang bermanfaat kepada ibubapa,
keluarga dan masyarakat. Amiin.
Untuk
pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di talian 03-89222934.
Terima
kasih.
16 November 2016
Adakah anda betul-betul kenal anak anda?
Assalamu 'alaikum wrt. wbh.
Tidak salah jika saya katakan ramai ibubapa yang teruja apabila anak mereka berjaya memasuki aliran sains. Terasa anak kita seperti hebat, bagus, cemerlang dan mempunyai masa depan yang cerah.
Dan tidak salah juga jika saya katakan betapa ramai 'anak-anak sains' ini yang separuh mati belajar semata-mata untuk memenuhi aspirasi ibubapa mereka. Sedangkan jika mereka diberi pilihan, mereka tidak berminat pun mengambil aliran sains. Baca artikel berkaitan : Anak Buka Rahsia Anda.
Kenapa apabila anak kita cemerlang dia mesti ambil aliran sains? Apa jadi dengan aliran-aliran yang lain? Adakah aliran-aliran lain tersebut 'aliran tiada masa depan'? Bukankah kita, masyarakat, bangsa dan negara memerlukan insan yang cemerlang dalam semua bidang? Hebatnya masa depan bukan bergantung kepada 'orang-orang sains' sahaja.
Ibubapa mesti mengubah cara berfikir. Budaya 'ikut orang lain' sudah tidak relevan hari ini. "Anak jiran ambil sains, anak aku juga mesti ambil sains". Sebenarnya kejahilan kita inilah yang membunuh potensi dan memudarkan masa depan anak kita, bukan aliran yang diambilnya.
Jika anak-anak diberi peluang untuk memasuki aliran yang mereka minati dan sesuai dengan personaliti mereka, mereka akan lebih seronok belajar dan mudah untuk cemerlang. Bukankah ini lebih baik untuk semua; anak, ibubapa, sekolah, masyarakat dan negara?
Bukan semua anak sesuai memasuki aliran sains. Itulah sebabnya bukan semua pelajar sains mampu mencapai keputusan cemerlang walaupun asalnya mereka adalah pelajar cemerlang.
Setiap anak ada potensi dan kecenderungan masing-masing. Adalah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk betul-betul mengenali dan memahami personaliti anak-anak mereka sebelum membuat keputusan aliran apakah yang patut mereka ambil.
Saya percaya di sekolah hari ini, anak-anak kita diwajibkan mengambil ujian psikometrik atau ujian personaliti. Ia berfungsi sebagai panduan kepada ibubapa, guru-guru dan para pelajar untuk memahami dan menilai kesesuaian seseorang pelajar dengan kursus atau aliran yang bakal dipilih khususnya sewaktu memasuki tingkatan satu, empat dan universiti. Namun sejauh mana ibubapa tahu dan memanfaatkan 'maklumat psikologi' ini.
Atas dasar itu, kami di Pusat Kaunseling & Motivasi Asas Insan menganjurkan Bengkel Motivasi Keibubapaan untuk membantu ibubapa dalam memahami personaliti anak-anak khususnya dalam kecenderungan mereka terhadap pelajaran dan bidang-bidang kerjaya di masa hadapan.
Kita tiada daya untuk menentukan masa hadapan tetapi Allah SWT memberi kita upaya untuk belajar, menganalisis, menilai dan merancang untuk kemaslahatan masa depan.
Jangan ketinggalan untuk sertai bengkel ini. Kami memberi jaminan bahawa pasti ada maklumat atau perkara yang bakal mengejutkan anda tentang anak-anak anda dalam bengkel ini nanti. Inilah masanya untuk anda bertanya, berbincang dan berkongsi pelbagai aspek tentang anak-anak anda. Semoga bengkel ini akan memberi anda lebih pencerahan dalam cara anda menilai anak-anak anda selepas ini. Amin.
Klik di sini untuk baca lanjut dan daftar secara online.
10 November 2016
Cara saya atasi gemuruh.
Tiba-tiba perut terasa
kecut. Darah gemuruh pantas menyelinap dan terasa sejuk seluruh badan. “Apa
aku nak cakap ni?” soal saya pada diri sendiri padahal semua persiapan
telah saya buat. Jarang-jarang saya berperasaan sedemikian.
Minggu lepas dalam sebuah
bilik persidangan di kampus Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, duduk
berhadapan dengan saya ialah dua orang ilmuan bertaraf profesor, Prof. Dr. Ahamad
Tajudin Khader dan Prof. Madya Dr. Putra Sumari. Sebelah kanan saya, Puan
Norlia Mustaffa seorang pensyarah kanan berpengalaman. Di sekeliling saya, kiri
dan kanan, ada ramai lagi ilmuan bertaraf serupa seperti tiga individu di atas.
Saya dijemput untuk mengendalikan program Klinik Motivasi Peningkatan Kualiti
Kerja.
Satu lagi pengalaman yang
hampir serupa sewaktu saya mengendalikan slot motivasi kerja dalam satu seminar
yang dihadiri hampir 60 orang pakar dan pegawai perubatan. Kita panggil mereka doktor
dan doktor pakar. Ada pakar jantung, pakar kanak-kanak, pakar bius, pakar
psikiatri dan macam-macam kepakaran lagi dalam bidang perubatan. Di sini saya
kenal Dr. Wan Mohd Razin Wan Hassan, Pakar Perubatan Dalaman yang bertugas di
Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Perasaan tidak keruan seperti
ini pernah juga saya rasa sebelum bergelar perunding motivasi. Waktu temuduga
pentauliahan peguam syarie, saya dikelilingi oleh 11 orang tokoh dan pakar
dalam bidang agama dan perundangan syariah dari Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Saya
masih ingat antara yang mengajukan persoalan untuk saya jawab ialah Sahibus
Samahah Dr. Zulkifli Al Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan sekarang. Pada waktu
itu beliau belum lagi bergelar mufti tetapi cukup terkenal sebagai seorang agamawan.
Kenapa saya kecut perut
dalam tiga situasi di atas? Secara psikologinya apabila kita bertembung dengan situasi
yang menggugat kebiasaan (conformity) dan wilayah selesa (comfort zone) kita, minda
bawah sedar kita akan memberi tindak balas spontan bagi membolehkan diri kita
menyesuaikan diri dengan situasi baru tersebut. Gemuruh adalah reaksi semula
jadi dalam sistem tubuh badan kita.
Picu gemuruh terpetik
kerana kita secara tanpa sedar telah meletakkan diri kita dalam realiti orang
lain. Tiba-tiba merasa diri kita berbeza dan kerdil atas faktor realiti kepakaran
yang dimiliki oleh khalayak yang kita depani. Justeru bagaimana saya menangani
situasi ini?
Pertama saya cepat-cepat putarkan
dalam minda “Aku adalah aku. Aku bukan mereka. Mereka bukan aku!” Jadilah diri anda
sendiri. Tidak perlu sama sekali menjadi khalayak anda. Percayalah khalayak
akan menghormati anda jika anda berjaya menampilkan diri anda yang tulen dan
sebenar, bukan berpura-pura.
Tampilkan diri untuk
dihormati bukan untuk dikagumi. Diri anda mesti ada kelebihan dan itulah
sebabnya anda berdiri di hadapan mereka. Khalayak tidak tahu wibawa (credibility)
diri anda sehinggalah anda memulakan bicara. Tegakkan postur badan, pandang
mereka dan mulakan dengan yakin tanpa teragak-agak. Jika langkah pertama ini berjaya
anda lakukan, darah gemuruh akan berlalu pergi dan pentas itu adalah milik
anda.
Kedua, jangan sesekali merendahkan
diri sendiri. Jika anda menjadi orang pertama yang merendahkan diri sendiri, maka
tiada sebab untuk khalayak menghormati dan mempercayai anda. Tidak perlu
perkenalkan kelemahan diri anda, khalayak tidak mahu mendengarnya.
Namun, ia bukan bermakna
anda perlu membesar diri. Anda mestilah menjadi orang pertama yang merendah (tanpa
‘kan’) diri. Tunjukkan nilai tinggi yang ada pada diri anda iaitu sentiasa
mengiktiraf, menghormati dan menghargai siapapun khalayak anda. Belajar perkara
ini, hormatilah orang lain terlebih dahulu sebelum anda berhak dihormati.
Labels:
Artikel Che E
07 November 2016
Politik Wajah Dalam Program Ilmu?
Assalamu ‘alaikum wrt. wbh.
“Tuan-tuan dan puan-puan hadir ceramah ini sebab tengok gambar saya atau
tajuk ceramah dalam poster?” Tanya saya kepada hadirin dalam slot ceramah
kekeluargaan sempena Progam Semarak Ilmu di MAMPU Jabatan Perdana Menteri baru-baru
ini.
Kedengaran suara majoriti menjawab serentak “Tajuk ceramah!”. Saya
bertanya soalan ini sekadar ingin membuktikan kepada pegawai penyelaras
program, seorang pegawai kanan wanita yang kelihatan cukup trampil dan
dedikasi, bahawa dakwaan saya betul.
Sewaktu saya tiba di lokasi program, saya lihat poster promosi slot
ceramah yang bakal saya kendalikan terpampang di beberapa sudut strategik
termasuk di dalam lif. Poster tersebut bagi saya direka cukup menarik. Cuma
satu perkara yang menggusarkan dan membuat saya berfikir ialah foto saya juga
terselit dalam poster tersebut.
Saya faham mengapa promosi program sebegini mesti dibuat bergrafik,
menarik dan membujuk (compelling). Ia majlis ilmu, perlu berfikir, menaakul dan
membuat analisis kendiri, bukannya acara hiburan.
Jujur dan tegas saya katakan kepada pegawai wanita tersebut sewaktu kami
mula-mula bertemu bahawa tiada perlunya foto saya diletakkan dalam poster
tersebut. Ia tidak akan mempengaruhi jumlah kehadiran peserta. Tanpanya peserta
tetap akan hadir.
Manusia adalah makhluk visual. Tingkahlaku kita memang mudah dipengaruhi
melalui kesan visual. Mari kita uji. Bayangkan anda baru sahaja masuk ke bilik
hotel dan mendapati di atas meja ada nota tertulis ‘Bilik Ini Seram’. Apakah
yang anda akan lakukan? Dan cuba bayangkan pula jika bukan nota yang diletakkan
tapi foto seram berambut panjang dengan sedikit catatan ‘Ada Dalam Bilik Ini’.
Yang mana satu membuatkan anda lebih cepat untuk minta bertukar ke bilik lain?
Dalam kempen pilihanraya, foto calon-calon yang bertanding akan
terpampang di merata tempat. Tujuannya untuk memperkenalkan calon parti
masing-masing kepada rakyat yang bakal mengundi.
Namun dalam politik, biar tampan wajah calon yang dipampang dalam poster,
akhirnya rakyat akan memilih calon atau tokoh yang ada substance bukan berwajah
segak tapi cakapnya kosong. Jadi kepada calon-calon pilihanraya jangan marah
jika ada poster wajah kalian yang dikoyak, diconteng, didialogkan dan diedit
bertanduk bertaring. Kenali rakyat sebelum anda mahu dikenali.
Berbeza pula halnya dengan rokok. Kesan visual nampaknya seperti kurang
menjadi untuk menurunkan nafsu perokok. Grafik ngeri yang dicetak pada kotak
rokok seolah-olah menambah selera para perokok. Kesan ketagih mengatasi kesan
visual.
Tetapi tidak pasti apa kesannya jika ditulis pada kotak rokok ‘Ini
Mungkin Kotak Terakhir Anda, Peluk Eratlah Mereka Yang Tersayang Dan
Wasiatkanlah Rokok Yang Terakhir Kepada Anak Kesayangan Anda.’ Gantikan grafik
penyakit dengan grafik jenazah berkafan putih dalam liang lahad. Hendak seribu
daya tak hendak macam-macamlah alasan kita beri.
Berbalik kepada promosi program ilmiah berfoto, saya berpandangan kita
jangan tersilap dalam membentuk minda dan persepsi masyarakat. Biarlah ilmu
yang menjadi penarik bukan individu. Kita elak bibit-bibit budaya pengidolaan
atau dalam istilah yang agak keras ‘pemberhalaan’. Semak kamus dan lihat kata
asal idola.
Mungkin inilah hikmahnya Islam melarang memvisualkan figura para Nabi.
Mengelak pemberhalaan. Tanpa visual atau foto para Nabi khususnya Nabi Muhammad
SAW, Islam tetap sampai kepada kita walaupun terjarak lebih 1,400 tahun daripada baginda. Lihat apa yang terjadi kepada agama Kristian. Graham E. Fuller dalam
bukunya A World Without Islam menulis bahawa orang Islam sering menegaskan
bahawa kerja-kerja seni yang mempersenda para Nabi termasuk Jesus (Nabi Isa AS)
adalah berdosa. Bahkan menurutnya lagi orang Yahudi dan Islam tidak boleh
menerima apabila orang Kristian memvisualkan Jesus dalam bermacam rupa.
Biarlah orang ramai berbondong-bondong masuk ke dewan orang ramai,
masjid, stadium, auditorium atau padang kerana terhidu wanginya ilmu yang bakal
ditimba dan mengangkat darjat diri, bukan kerana terpesona ingin melihat kelibat-kelibat
fatamorgana, yang kalau bernasib baik dapatlah disalam atau diselfie tapi yang
pasti tidak boleh dibawa balik.
Pesan saya kepada penyampai-penyampai ilmu dalam apa jua bidang di luar
sana, jauhi perasaan suka dipuja dan suka diberhalai. Takut-takut kalian
memperdaya bukan mendaya.
Terima kasih kerana membaca. Allah sahajalah yang Maha Tahu.
Che E
Labels:
Artikel Che E
01 November 2016
Berniaga sejak tadika?
Seorang bapa muda bertanya semasa sesi
soal jawab dalam Forum Kekeluargaan sempena Jelajah Generasi Idaman Selangor
(GeMS) di Kuala Selangor pada 23 Oktober lepas, soalnya “berapakah usia paling
awal untuk melatih anak berniaga?”.
Tiada jawapan spesifik untuk soalan ini. Jika anak anda mahu berniaga sedangkan dia masih di tadika, apa salahnya. Saya secara peribadi melibatkan anak-anak saya dalam aktiviti perniagaan saya
sejak mereka bayi lagi. Tidur, mandi, bermain, melukis, solat, buat kerja
sekolah, ulangkaji dan macam-macam lagi di tempat saya berniaga.
Tetapi sebelum itu perlu diingat perniagaan
dan duit tidak boleh dipisahkan. Oleh sebab itu penting untuk terlebih dahulu membentuk
perspektif yang betul tentang duit dalam minda anak anda sebelum melatihnya ‘berniaga’.
Pendekatan ini juga baik bagi ibubapa yang bekerja makan gaji.
Apa anak anda fikir tentang duit?
Aiskrim, mainan, ‘jajan’, kantin, tabung, hari raya, habiskan, sedekah, simpan
atau cari?
Anak kecil tidak mengerti tentang nilai
duit dengan sendirinya. Ibubapalah yang membentuk pandangan anak terhadap duit.
Simpan atau belajakan.

Perkenalkan tabung kepadanya seawal mungkin.
Balik dari pejabat, semua duit syiling dalam poket anda serah padanya dan asuh dia
untuk masukkan semua ke dalam tabung. Lakukan setiap hari seawal usianya satu
tahun.
Begitu juga di masjid. Jika anda hanya masukkan
duit syiling ke dalam tabung masjid, maka anak-anak akan ‘memahami’ bahawa nilai
duit dalam bersedekah biarlah yang sedikit. Justeru berhati-hati dengan
tindakan anda agar anda tidak tersilap dalam mendidik anak.
Mengizinkan anak membeli benda-benda
remeh seperti makanan ringan, permainan dan ‘tikam-tikam’ sebenarnya anda menanam
dalam sistem fikirnya bahawa duit tidak bernilai. Apatah lagi jika ia sedikit,
seringgit atau duit syiling.
Memburukkan lagi keadaan apabila anak-anak
melihat ibubapa sendiri sewenang-wenangnya berbelanja untuk perkara-perkara yang
kurang berfaedah. Tak perlulah saya senaraikan perkara-perkara tak berfaedah
tersebut di sini. Faham-fahamlah sendiri.
Natijahnya, anak-anak sukar menghargai
duit dan akan berbelanja acapkali memiliki duit biarpun sedikit. Mereka sukar
menyimpan. Tabiat menyimpan hanya mudah diasuh jika seseorang menghargai nilai
duit.
Ada graduan yang baru mula bekerja kelabu
mata melihat duit gaji yang banyak. Wah! banyaknya duit aku. Mereka bandingkan
duit belanja saraan ibubapa semasa di kolej dengan duit gaji yang diterima,
memanglah banyak bezanya. Mereka berbelanja semahu-mahunya. Maka tidak
hairanlah mengapa PTPTN berhadapan kesukaran untuk mengutip hutang mereka.
Jika anda seorang peniaga, adalah penting
untuk ‘melibatkan’ anak anda sejak dia kecil dalam perniagaan anda. Melibatkan di
sini bermaksud membiarkan anak anda melihat betapa mendapatkan duit memerlukan
usaha dan kesungguhan. Bukan hanya dengan tekan-tekan nombor di mesin ATM atau
meleretkan kad-kad kredit.
Kelebihan ibubapa yang berniaga berbanding
mereka yang makan gaji ialah anak-anak boleh nampak dengan jelas ‘usaha dan kesungguhan’
atau susah payah mereka dalam mendapatkan duit. Lantas lebih mudah untuk asuh
mereka menghargai nilai duit.
Lihat sahaja anak-anak peniaga pasar
malam yang duduk sama di gerai ibubapa mereka. Adakah pandangan mereka tentang ‘usaha
mencari duit’ sama dengan anak-anak yang tidak pernah langsung nampak bagaimana
keadaan ibubapanya berkerja di pejabat. Yang dilihat lebih mudah difahami
berbanding yang hanya didengar.
Namun begitu, dengan melihat anda berniaga
sahaja tidak menjadikan anak-anak anda menghargai nilai duit dengan sendirinya.
Anda tetap perlu mengasuhnya.
Budaya dan gaya hidup hari ini lebih
banyak mengajar anak-anak kita untuk berbelanja berbanding mendapatkan dan
menyimpan duit. Lihat sahaja di sekolah. Ada kantin, kedai koperasi dan penjaja
luar pagar. Kadang-kadang ada juga guru yang berniaga. Seringgit sudah tiada
nilai.
Tidak salah untuk berbelanja. Tetapi asuh
anak anda untuk berbelanja kepada perkara-perkara yang signifikan, bernilai dan
perlu. Ajar mereka tentang beza keperluan dan kehendak.
Si A: ada RM1, belanja untuk keperluan = baki
RM0.20 (boleh, mudah, cepat kaya)
Si B: ada RM1, belanja untuk kehendak = habis
(tidak, lambat atau susah kaya)
Tidak salah berbelanja untuk anak-anak untuk
nafkah dan sebagai tanda kasih sayang. Cuma perlu diingat tabiat berbelanja anda
boleh menghantar mesej salah kepada anak-anak tentang duit. Duit dan anak anda
adalah pilihan anda, saya sekadar berpandangan.
Terima kasih kerana membaca. Wallahu a’lam.
Che E
Labels:
Artikel Che E
Anak berjaya kerana ayah percaya
Assalamu 'alaikum wrt wbh.
PERCAYALAH anak-anak anda akan berjaya. Bukan secepatnya tetapi semestinya.
Kenapa ibubapa begitu ghairah dengan A yang dicapai oleh anak-anak di sekolah? Kerana kita suka kepada kejayaan yang cepat. Ini jugalah puncanya ramai ibubapa yang gelisah apabila melihat anak orang lain yang berusia 5 tahun sudah pandai membaca sedang anak sendiri ABC pun masih tak kenal.
Lebih gusar lagi apabila di sekolah anak kita 'didudukkan' di kelas belakang lantaran dia dipercayai oleh guru sebagai 'kurang cerdik'. Seolah-olah masa depannya suram.
Kalau semua orang percaya bahawa dia seorang yang gagal, maka jangan hairan dan jangan marah jika dia berjaya membuktikan kegagalannya kelak.
Kenapa anda memilih untuk berfikir dan percaya bahawa anak anda adalah seorang yang suram masa depannya? Siapa yang paksa anda untuk percaya sedemikian? Apa susahnya untuk percaya bahawa dia adalah anak yang berjaya?
Setiap anak dilahirkan dengan pakej potensi yang luar biasa. Sedikit yang jelas kelihatan dan yang banyak adalah tersembunyi. Dia sendiri tidak tahu apa potensi dirinya. Dia perlukan orang lain untuk membantu dirinya membongkar potensi dirinya yang tersembunyi.
Ramai ibubapa tidak tahu pun cara untuk menggilap potensi anak-anak tetapi cukup cepat dan cekap untuk melabel anak sendiri sebagai bermasalah, kurang cerdik, lembap dan tiada masa depan.
Siapakah orang terbaik yang sepatutnya membantu anak kita dalam hal ini. Sudah pastilah kita sebagai ibubapanya. Masalahnya anak-anak tidak dilahirkan berserta manual panduan membesarkannya yang boleh dibaca saat dia dilahirkan.
Justeru itu, membesarkan anak-anak menjadi manusia berguna adalah amanah berat yang dipikul oleh setiap ibubapa. Cari jalan untuk benar-benar mengenali setiap anak kita sebelum kita menyuramkan masa depannya dengan mempercayai bahawa dia anak tidak berguna.
Kepercayaan anda meningkatkan estim diri anak-anak anda.
Terima kasih kerana membaca. Wallahu a'lam.
Che E
Labels:
Artikel Che E
Subscribe to:
Posts (Atom)