23 October 2015

Bajet 2016, Ukur Baju Di Badan Sendiri Tetap Prinsip Terbaik

Prinsip terbaik untuk menerima apapun yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2016 hari ini ialah ukurlah baju di badan sendiri.

Kos sara hidup yang meningkat saban waktu bukan lagi suatu yang pelik. Bahkan sudah lagi tidak boleh dielakkan. Maka kita tiada pilihan selain daripada menempuhnya.

Sukatlah apa sahaja yang ada dalam genggaman, poket seluar, kocek baju, dalam laci almari baju, tabung ayam atau tabung haji. Itulah hakikat anda.

Potong, kurangkan, sikit-sikit atau elakkan adalah pilihan yang ada dalam menerima hakikat keadaan ekonomi semasa. Belajarlah perlahan-perlahan jika ia perkara baru bagi anda.

Ini bukanlah satu perkara ganjil. Hidup dalam zaman yang mencabar ini, anda harus bijak membuat pilihan dan keputusan. Pilihan yang semalam baik, mungkin sebaliknya hari ini.

Pakailah kaca mata anda kemas-kemas. Lihat keperluan diri anda dari kaca mata sendiri. Kaca mata orang lain berbeza kuasanya. Ada yang rabun jauh, rabun dekat atau rabun ayam.

Usah malu menonjolkan diri anda dengan apa yang anda ada. Fake it till you make it adalah simptom orang kurang yakin dengan diri sendiri. Berhentilah berlakon dan jadilah diri sendiri.

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Bijak anda menyelitkan pepatah ini dalam karangan Bahasa Melayu semasa di sekolah menengah dahulu tapi amat sukar menyelitkannya dalam rutin amalan hidup.

Ternyata tekanan ekonomi hari ini adalah masa dan pendorong terbaik untuk anda mulakan tabiat positif dalam mengurus hal ehwal kewangan diri dan keluarga.

Apapun caranya Perdana Menteri mengurus ekonomi negara, itu pilihan dan keputusan dia. Itu amanah yang dipikulnya. Dia bertanggungjawab atas apa jua pilihan dan keputusan yang diambil.

Anda sebagai pemimpin dalam keluarga, juga bertanggungjawab atas pilihan dan keputusan yang anda buat. Usah terburu-buru dan beremosi dalam membuat keputusan. Berbincanglah dengan waras dan adil. Biarlah kekal berat sama dipikul ringan sama dijijing.

Ada bonus atau tiada, harga turun atau tidak, cukai kurang atau tidak, peruntukan bertambah atau tidak, ukurlah semua di badan masing-masing. Tepuk dada tanyalah selera masing-masing. Jika anda masih ada selera.


Terima kasih.

14 October 2015

Kursus Pengukuhan Interaksi Kakitangan


KURSUS PENGUKUHAN INTERAKSI KAKITANGAN
Cara Mudah Mengukuh Semangat Berpasukan

Interaksi positif di tempat kerja akan menyegarkan emosi kakitangan. Emosi yang sihat akan menjadikan mereka lebih bermotivasi untuk bekerja dengan yakin, seronok dan sempurna.

Terikat dengan formaliti kerja dan jawatan, menyebabkan ramai individu sering ‘gagal’ dalam interaksi dan perhubungan sosial di tempat kerja. Pejabat menjadi tempat yang suram, bosan dan perlu segera ditinggalkan.

Memahami teknik interaksi estim diri yang betul, akan membantu pekerja untuk bergaul secara sihat dan membina. Keseronokan dalam bekerja akan lebih mudah dinikmati apabila setiap warga kerja saling memahami, cakna dan bijak dalam berinteraksi. “Fahamilah terlebih dahulu sebelum anda boleh difahami.” Steven R. Covey.


OBJEKTIF

Cetus Kesedaran
Memperbetulkan persepsi tentang kesan interaksi sosial di tempat kerja terhadap motivasi, prestasi dan keseronokan bekerja.

Tambah Pengetahuan
Memahami teknik dan kaedah yang betul dalam berinteraksi secara sihat dengan rakan sekerja, ketua, orang bawahan atau pelanggan.

Tingkat Kemahiran
Mahir menggunakan teknik interaksi berkesan untuk mengendali pelbagai situasi dan gelagat individu di tempat kerja.


PENGISIAN

1. Kenapa Perlu Berinteraksi Di Pejabat?
Fahami Punca Dan Kesan Interaksi Negatif Di Tempat Kerja.

2. Kenapa Takut Pada Bos?
Cara Mudah Menjadikan Pekerja Selesa Dan Gembira Berinteraksi Dengan Ketua.

3. Mesyuarat: Mana Bagus, Setuju, Kritik Atau Diam?
Teknik Interaksi Asertif Dalam Memberi Komen, Mengkritik Atau Berbeza Pendapat.

4. Marah Di Pejabat: Apa Yang Patut Anda Tahu.
Panduan Berkesan Menangani Situasi Tegang Atau Konflik Dalam Berinteraksi.

5. Team Spirit; Tidak Perlu Teambuilding, Cukup Interaksi.
Tip-Tip Interaksi Positif Yang Meningkatkan Estim Diri Dan Keseronokan Bekerja.


Info Untuk Menganjurkan Program Ini

Durasi : 4 jam (1/2 hari)

Peserta : Semua peringkat kakitangan

Jumlah : 50 orang (maksimum)

Tempat : Dewan/bilik latihan organisasi penganjur

Yuran : RM2,500 sahaja (tidak termasuk caj perjalanan utk program di Pantai Timur, Utara, Sabah & Sarawak)


3 Langkah Mudah Untuk Menempah Tarikh

1. Pilih tarikh yang sesuai.

2. Hubungi kami di talian 03-89222934 untuk tempah tarikh yang dipilih.

3. Emelkan jemputan rasmi kepada kami ke tanya@asasinsan.com.


Kursus Pengukuhan Integriti Dalam Kerja Melalui Kecerdasan Spiritual


Seminar Keibubapaan Al Amin 2015



Assalamu 'alaikum Para Ibubapa Prihatin.

Mari sertai seminar yang bakal mengubah perspektif anda terhadap anak-anak anda.

Sejauh mana cara anda selama ini benar-benar membantu melahirkan seorang insan yang kuat, berkeyakinan, berdaya juang dan yang paling penting bermanfaat kepada ummah.

Seminar ini akan mendedahkan fakta-fakta penting yang jarang diketahui oleh ramai ibubapa tentang anak-anak mereka.

Seminar ini 100% PERCUMA.
Ia dijana sepenuhnya oleh sebuah masjid prihatin

MASJID DATO' DAGANG
Kampung Jawa, Klang
Jalan Kota Raja, Klang
1 km dari Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)
 (Klik di sini untuk peta)

Hadirlah bersama pasangan anda.
Pasti banyak perkara yang hendak anda bincangkan dengan pasangan anda selepas seminar ini tentang anak-anak anda.

Daftar hari ini. Tempat terhad.

Hubungi Pihak Pengurusan Masjid

Ustazah Marfuah
016 3755760

Tuan Haji Saroni
012 2889244


AsasInsan Resources & Training
mengalu-alukan

Biro Wanita, Biro Pembangunan Insan,
Biro Masyarakat dan Biro Pendidikan
masjid-masjid yang prihatin

untuk menganjurkan seminar ini di masjid masing-masing.

Kami sentiasa bersedia bekerjasama dalam membantu pihak masjid menganjurkan program-program bermanfaat untuk pembangunan masyarakat.


Hubungi kami hari ini
untuk maklumat dan perbincangan lanjut.