14 March 2015

BENGKEL ASAS KAUNSELING UNTUK PERKHIDMATAN RUNDINGCARA KAKITANGAN

Kemahiran Rundingcara Berkesan Untuk Pegawai Sumber Manusia



Bengkel Ini Tentang Apa?
Membantu meningkatkan kemahiran pegawai sumber manusia dalam menyedia dan mengendali khidmat rundingcara kakitangan dengan berkesan melalui aplikasi kemahiran dan teknik asas kaunseling.


Objektif Pembelajaran
Tamat bengkel ini, peserta akan;

1. Memahami kepentingan khidmat rundingcara kakitangan dalam membantu meningkatkan aspek kesihatan emosi dan psikologi pekerja.

2. Memahami konsep kaunseling dengat tepat dan aplikasinya dalam tugasan membimbing dan menasihat di tempat kerja.

3. Memahami cara mengendalikan sesi rundingcara untuk kakitangan dengan cekap dan berkesan melalui aplikasi teknik asas kaunseling yang betul.


Faedah Kepada Organisasi
Khidmat rundingcara membantu kakitangan bermasalah menyelesaikan masalah yang memberi kesan terhadap produktiviti agar kembali berupaya menjalankan tugas dengan baik dan sempurna. Sesi rundingcara yang dikendalikan secara berkesan dapat membantu kakitangan menyelesaikan masalah mereka dengan lebih baik, berkesan dan pantas.


Kelebihan Bengkel Ini
1. Mendedahkan kemahiran yang praktikal dan mudah diamal.

2. Dikendalikan secara santai, aktif dan interaktif.

3. Menggunakan pendekatan pembelajaran ‘whole brain’.

4. Analisis Penilaian Latihan untuk rekod organisasi.


Apa Yang Akan Dipelajari

1)  Memahami Perkaitan Antara Rundingcara Dan Kaunseling
 Definisi istilah kaunseling, rundingcara, kaunselor, perundingcara dan klien.

 Perbezaan antara kaunseling dan rundingcara.

 Kepentingan perkhidmatan rundingcara kakitangan dalam organisasi.

 Matlamat, prinsip dan etika kaunseling dalam rundingcara.


2)  Kriteria Perundingcara
 Memahami ciri-ciri utama seorang perundingcara.

 Tugas dan tanggungjawab perundingcara.

 Cabaran sebagai perundingcara.


3)  Kriteria Klien Dan Kemahiran Mengenal Pasti Masalah
 Mengenali pelbagai jenis karakter klien.

 Memahami klasifikasi permasalahan klien.

 Teknik mengesan masalah sebenar klien.

 Kesilapan lazim dalam memahami masalah klien.


4)  Langkah Dan Teknik Rundingcara Melalui Aplikasi Kaunseling

 Memahami kaedah sistematik melalui teknik asas kaunseling dalam mengendalikan sesi rundingcara.

 Memahami enam (6) kemahiran asas kaunseling.

 Memahami tujuh (7) langkah dalam proses kaunseling.

 Memahami isu-isu teknikal yang boleh menggugat keberkesanan sesi rundingcara.


Siapa Patut Sertai

1. Pegawai Rundingcara

2. Pengurus & pegawai sumber manusia


Maklumat Bengkel

Tarikh
22 & 23 Ogos 2017 (Selasa & Rabu)

Masa
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Tempat
Studio Motivasi Asas Insan
Bandar Seri Putra, Bangi (Klik di sini untuk peta)

Yuran
RM550 Seorang

Termasuk nota, alat tulis, 6 kali makan, sijil penyertaan & sebuah buku motivasi.

Penginapan TIDAK disediakan.

Kaedah Daftar Penyertaan
1. Hubungi kami untuk semak kekosongan tempat.

2. Isi Borang Daftar Online. Klik di sini untuk isi borang.

3. Atau, emelkan maklumat peserta ke tanya@asasinsan.com

Tarikh Tutup Penyertaan
18 Ogos 2017