21 August 2014

Serlahkan Aura Diri Anda Sebagai Ketua

Seorang ketua yang berkesan amat disenangi oleh semua lapisan kakitangan. Arahannya jelas. Yang lebih menarik lagi, arahannya dituruti dengan patuh tanpa banyak soal. Hampir tiada ‘cakap-cakap belakang’ di belakangnya.

Kakitangan sentiasa teruja dan ternanti-nanti untuk mendengar dia bercakap atau berucap. Mereka tidak jemu mendengar jauh sekali bosan. Ada saja butir-butir bicaranya yang menarik perhatian mereka.

Ketua yang berkesan amat berkeyakinan, mempunyai estim diri yang tinggi dan mampu menyerlahkan aura diri yang kuat. Ini menjadikan dirinya ‘magnetising’ (berdaya tarik) dan sangat berpengaruh.

Bagaimana dengan anda? Adakah daya pengaruh dan aura diri anda sudah cukup terserlah? Jika belum, tunggu apa lagi? Berusahalah untuk menjadi pemimpin yang berkesan. Serlahkan aura diri anda sekarang. Anda pemimpin! Biar orang lain kenang anda sebagai seorang pemimpin yang sukar dicari ganti.

Titik pusat kepada kuasa pengaruh dan aura untuk memimpin orang lain dengan berkesan ialah emosi. Emotinal engagement adalah satu kemahiran yang perlu diberi perhatian dan dipertingkatkan oleh ketua.

Dalam Bengkel Booster Persona Pemimpin™, trainer kami akan mendedahkan tip-tip praktikal yang boleh anda amalkan terus di pejabat untuk membantu anda mengasah kemahiran kepimpinan anda khususnya dalam meningkatkan aura dan wibawa diri sebagai ketua.

Jangan ketinggalan untuk sertai bengkel ini. Tempat adalah terhad. Sila klik di sini untuk baca lanjut.

Untuk mendaftar sila hubungi pejabat kami di talian 03-89222934.