01 May 2012

BENGKEL BOOSTER PERSONA PEMIMPIN™



PEMIMPIN KARISMATIK mampu mempengaruhi fikiran, perasaan dan tindakan orang lain kerana mereka mempunyai aura diri yang tersendiri. Antara faktor yang menyerlahkan aura diri seorang ketua ialah seni dan daya mempengaruhi orang lain. Pengaruh dalam memimpin  bukanlah mengenai kuasa tetapi keupayaan memahami dan dan menimbulkan rasa minat orang yang dipimpin untuk bergerak bersamanya atau ke arah yang ditentukannya.

Bengkel motivasi interaktif ini akan berkongsi tip-tip praktikal bagaimana para pemimpin organisasi boleh meningkatkan keupayaan mempengaruhi orang lain dalam usaha menjadi ketua yang tulen, berkesan dan ditokohi.

KESAN JANGKAAN
Di akhir bengkel ini peserta akan:-
1. Mengenali personaliti, potensi dan kekuatan diri sebagai seorang ketua.
2. Lebih bermotivasi dan yakin untuk memikul tugas sebagai ketua.
3. Bersedia menjadi ketua yang lebih dinamik, terbuka dan approachable.
4. Berbicara sebagai ketua dengan lebih yakin dan berkesan.
5. Berupaya memastikan proses beri-terima arahan kerja menjadi semakin lancar.
6. Berupaya menerapkan nilai keinsanan tinggi dalam hubungan ketua-kakitangan.
7. Mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi kepimpinan dan ragam gelagat orang dipimpin.

SINOPSIS PENGISIAN
1. Diagnosis Gaya & Aura Memimpin
· Membuat analisis kendiri bagi mengenal pasti kekangan, kelemahan dan ruang peningkatan dalam gaya dan amalan kepimpinan diri.
· Mengenal pasti gaya kepimpinan diri.
· Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi aura diri sebagai ketua.

2. Jenis Personaliti Dan Kaitan Dengan Gaya Kepimpinan Diri
· Ketahui jenis dan ciri-ciri personaliti diri sebagai ketua.
· Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan personaliti diri dan perkaitannya dengan gaya kepimpinan diri.
· Memahami teknik membina hubungan berkesan berdasarkan personaliti.

3. Aplikasi Kecerdasan Emosi (EQ) Dalam Daya Pengaruh
· Memahami kepentingan kecerdasan emosi (EQ) dalam hubungan interpersonal.
· Menguji tahap aplikasi EQ dalam gaya kepimpinan sebagai ketua.
· Teknik meningkatkan kuasa pengaruh melalui aplikasi EQ dalam memimpin orang lain.

4. Seni Mempengaruh Tabiat Dalam KOMUNIKASI DAN Berucap
· Kenal pasti kekangan, kelemahan dan potensi diri dalam berkomunikasi dan berucap.
· Mendedahkan tip-tip mudah meningkatkan keyakinan diri ketika berucap.
· Ketahui teknik mempengaruhi tabiat audien dalam berucap.

SIAPA PATUT SERTAI
Bengkel ini sesuai dihadiri oleh barisan kepimpinan organisasi seperti kumpulan pengurusan tertinggi, ketua-ketua jabatan, pengurus, penyelia, pegawai-pegawai kanan, pemimpin persatuan dan kakitangan yang memikul tugasan memimpin tugasan khas atau projek.

Terhad kepada 20 orang peserta sahaja.

METODOLOGI LATIHAN
Bagi memudahkan peserta memahami konsep, teori dan aplikasi input latihan, fasilitator akan menggunakan pendekatan pembelajaran interaktif melalui pembentangan teori, penggunaan nota manual, perkongsian pengalaman, diskusi kelompok dinamik dan latihan simulasi.

Dikendalikan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu.

JANGKA MASA
· 2 hari
· 9.00 pagi - 5.00 petang
· Untuk info tarikh dan tempat sila klik di sini.

YURAN PENYERTAAN
· RM1,250 seorang
· RM1,150 seorang - untuk pendaftaran awal (early bird) atau berkumpulan 2 orang dan ke atas.

Yuran termasuk makanan, kit latihan dan sijil penyertaan. Penginapan tidak disediakan.

Sila hubungi pejabat kami di talian 03-8922 2934 untuk maklumat lanjut.