27 December 2013

ESTIM DIRI KAMPUS™



Seronoknya Jadi Mahasiswa!- Persediaan Kemahiran Insaniah Untuk Mahasiswa


PENGENALAN
Apabila diminta menulis satu perkara bagi setiap perkara berikut; personaliti diri, minat dan kemahiran dalam tempoh satu minit, rata-rata peserta terkial-kial dalam memberi jawapan. Mereka sukar memberi jawapan dalam tempoh masa yang diberi. Mereka seolah-olah kurang kenal diri mereka sendiri. Hanya segelintir yang betul-betul berkeyakinan tinggi.

Mengapa begitu? Tidak dinafikan ramai mahasiswa yang berhadapan isu rendah estim diri (low self-esteem). Mereka yang tinggi estim diri bertindak lebih matang, cergas dalam pergerakan, cerdas menjana idea, sangat mengenali diri sendiri, memiliki matlamat diri yang jelas dan mempunyai desakan kemahuan yang kuat (will power). Maka tidak hairanlah mereka sering terkehadapan dalam merebut peluang.

Jika kualiti ini digilap oleh mahasiswa sepanjang tempoh belajar di kampus, pasti pengangguran di kalangan graduan tidak berlaku. Mereka bukan sahaja bijak mengambil peluang tetapi mencipta peluang.

Oleh itu, sebenarnya kualiti mahasiswa bukan dilihat dari sudut akademik sahaja tetapi kemampuan sebenar mereka mengenali diri sendiri dari segi personaliti, minat, dan kebolehan. Mereka bijak mengambil langkah-langkah yang perlu sebagai persediaan bergraduasi sebagai graduan yang berkualiti tinggi dan mampu berdikari.

OBJEKTIF
·         Memahami perbezaan gaya kehidupan belajar dari sekolah ke kampus
·         Meningkatkan kesedaran untuk sentiasa jelas terhadap matlamat yang ditetapkan
·         Mengenalpasti kecenderungan kerjaya berdasarkan personaliti
·         Mewujudkan keseimbangan pencapaian akademik dalam menawan kerjaya pilihan
·         Mewujudkan rasa keperluan mengusai kemahiran insaniah (soft skills) sejak dari awal pengajian
·         Meningkatkan kemahiran pengurusan kendiri

SINOPSIS KANDUNGAN
1.    Kepentingan Mind Setting Sebagai Mahasiswa
·         Teknik mudah “setting” minda yang betul sejak dari awal pengajian
·         Tetapkan matlamat sekarang untuk masa depan
·         Fahami peralihan gaya belajar dari sekolah ke kampus

2.    Personaliti Diri Dan Perancangan Kerjaya
Ujian personaliti dan kecenderungan kerjaya
·         Kesesuaian personaliti diri dalam pilihan kerjaya
·         Ketahui pelan strategik perancangan kerjaya
·         Tip mudah bina  kemahiran insaniah (soft skill) yang berkaitan  dengan kerjaya pilihan

3.    Pengurusan Diri Berkesan Di Kampus
·         Pengurusan kemahiran belajar berkesan
·         Pengurusan masa bijak
·         Pengurusan kewangan sistematik
·         Kemahiran pengurusan emosi dan stress

4.    Strategi Kemahiran Insaniah
·         Fahami kepentingan kemahiran insaniah
·         Ketahui cara terbaik membina kemahiran insaniah
·         Kesilapan dan salah faham dalam membina kemahiran insaniah

KUMPULAN FOKUS
Mahasiswa tahun pertama pengajian (starting school).

LOGISTIK PENGANJURAN
Tempoh: 1/2 hari (4 jam)
Jumlah Peserta: 100-200 orang mahasiswa baru
Tempat: Dewan kuliah/seminar institusi penganjur

Sila hubungi pejabat kami di talian 03-8922 2934 untuk maklumat lanjut dan sebutharga.