07 November 2013

Sesi Personal Coaching Teknik Belajar SPM 2014




Kenapa Kemahiran Belajar Penting Untuk SPM?
Untuk skor yang terbaik dalam SPM, anda perlu merasa seronok, yakin dan mahu untuk studi (ulangkaji) untuknya. Jika anda berasa bosan, tiada mood atau rasa kurang yakin, maka pasti prestasi anda dalam studi juga kurang baik.

Punca utama anda menganggap studi satu aktiviti yang sukar dan membosankan ialah cara anda belajar tidak selari dengan personaliti diri anda. Personaliti diri menentukan gaya dan cara belajar seseorang.

Ini berlaku mungkin kerana kurang pendedahan tentang cara belajar yang betul. Lantas, anda belajar dengan mengikut cara rakan atau orang lain belajar.

Belajar perlu dilakukan dengan kemahiran untuk membuahkan hasil yang terbaik. Yang penting bukan berapa banyak masa yang dihabiskan untuk belajar tetapi bagaimana belajar dengan berkesan tanpa mengira betapa singkat masa yang diluangkan.

Lagi singkat masa belajar lagi seronok anda belajar. Ia boleh dilakukan dengan kemahiran yang betul.

Justeru itu, mengenali personaliti dan potensi diri amat penting untuk membantu anda mengolah teknik dan cara belajar yang paling sesuai, selesa dan berkesan untuk diri anda. Setiap pelajar mempunyai potensi, kekuatan dan kelemahan yang berbeza-beza. Maka, jalan terbaik untuk seronok belajar ialah ‘mencipta’ cara belajar anda yang tersendiri.

Apa itu Sesi Coaching SPM?
Sesi coaching ini mendedahkan kemahiran belajar meliputi tiga aspek utama iaitu
1.    Teknik penetapan matlamat,
2.    Teknik pengurusan masa, dan
3.    Teknik belajar berkesan berpandukan Potensi Personaliti Dominasi Otak (PPDO™).

Ia bertujuan membantu pelajar belajar dengan lebih seronok, berkesan dan mudah mencapai apa jua matlamat yang disasarkan.

Anak Anda Lebih Dominan Hemisfera Otak Sebelah Kiri Atau Kanan?
Potensi Personaliti Dominasi Otak (PPDO™) membantu pelajar untuk lebih mengenali diri sendiri dari segi potensi, gaya dan cara belajar. Otak manusia yang terbahagi kepada dua hemisfera iaitu kiri dan kanan mempunyai fungsi yang berbeza. Ia amat mempengaruhi personaliti dan perilaku seseorang.

Uniknya, setiap individu dilahirkan dengan kecenderungan otak tertentu samada lebih dominan kepada hemisfera kanan atau kiri. Menurut kajian, kedua-dua bahagian otak dihubungkan oleh saraf corpus collusom. Ia sebenarnya membolehkan kedua-dua bahagian otak ini diintegrasikan dan digunakan serentak dalam aktiviti berfikir yang menghasilkan kuasa minda yang jauh lebih hebat.

Kelebihan mengenali PPDO™ untuk pelajar ialah ia dapat membantu meningkatkan keberkesanan bukan sahaja dalam belajar bahkan dalam kehidupan harian sepanjang hayat.

Kajian menunjukkan kita menggunakan hampir 90% potensi otak kiri dalam aktiviti harian kita sedangkan otak kanan mempunyai potensi yang sangat hebat namun jarang dimanfaatkan secara sedar. “Jika anda menggunakan otak kiri, anda boleh bergerak dari A ke Z. Jika anda menggunakan otak kanan, anda boleh pergi ke mana sahaja yang anda mahu.” Albert Einstein, genius sains yang keciciran semasa di bangku sekolah.

Modul sesi coaching ini disusun berasaskan PPDO™ oleh M. K. Fuad bin Hj. Che Ab. Razak. Beliau merupakan Pengasas AsasInsan Resources & Training. Ia asalnya adalah teknik-teknik belajar yang telah membantu beliau mencapai prestasi cemerlang di sekolah menengah dan banyak membantu beliau mengharungi cabaran sebagai pemimpin pelajar dan mahasiswa undang-undang sewaktu di universiti. Menyedari isu dalam belajar yang dihadapi oleh ramai pelajar khsususnya pelajar Melayu, beliau mengambil inisiatif menyusun teknik-teknik tersebut menjadi formula-formula mudah agar ia boleh dikongsi, dipelajari dan dimanfaatkan oleh lebih ramai pelajar.

Bagaimana Cara Sesi Coaching Ini Dikendalikan?
Sesi coaching ini dikendalikan oleh motivator atau fasilitator terlatih secara interaktif (one-to-one) dengan gabungan kaedah diskusi, aktiviti simulasi, ujian diagnosis dan penggunaan ‘interactive follow-through manual’ yang berkesan. Berbeza dengan seminar yang berkonsep ceramah, dalam sesi coaching pelajar akan terlibat secara aktif, berlaku perbincangan dua hala dan pelajar bebas mengemukakan persoalan.

Siapa Yang Akan Kendalikan Sesi Coaching Ini?
Siapa lagi kalau bukan Abg. E. Tetapi jika jadual beliau padat, sesi coaching akan dikendalikan fasilitator terlatih AsasInsan yang ceria, mesra dan berpengalaman. Abg. E dan teamnya berpengalaman mengendalikan pelbagai program motivasi untuk pelajar dan remaja sejak 1995. Sehingga kini ribuan pelajar telah mengikuti pelbagai program anjuran beliau dalam bentuk seminar, bengkel dan kem. Klik di sini untuk layari Galeri AsasInsan.

Apa Yang Akan Diajar Dalam Sesi Coaching ini?

1.   Diagnosis Kenal Diri
Pelajar akan dibantu untuk membuat beberapa diagnosis ringkas untuk menilai tahap prestasi belajar, gaya belajar, kemahiran mengurus masa dan mengenal pasti (profiling) personaliti diri dari segi kecenderungan otak kiri dan kanan.

2.   TARGET Power! Rahsia FOKUS
Membantu anak anda mencipta motivasi diri melalui penetapan matlamat diri yang jelas dan praktikal. Membantu mengatasi masalah lazim berkaitan matlamat belajar seperti tidak berani menetapkan skor untuk SPM, tidak pasti laluan selepas SPM, tiada cita-cita yang jelas, kurang yakin dengan kemampuan diri, malu dan kurang kesungguhan atau minat belajar.

3.   JADUAL Simple! Rahsia Cool & Relax!
Mendedahkan teknik kreatif menyusun masa belajar yang ringkas dan amat berkesan. Teknik ini akan membantu anak anda mengatasi masalah biasa seperti tidak cukup masa untuk ulangkaji, terlalu banyak homework dan penyakit studi last minute. Lupakan jadual belajar yang lama! Ia bosan dan menakutkan! Dengan teknik ini anak anada akan suka belajar dan sentiasa bersedia untuk belajar.

4.   TEKNIKCool! Rahsia Memori Power
Mendedahkan teknik meningkatkan daya belajar, menghafal, membaca dan membuat nota melalui pengaktifan serentak otak kanan dan kiri bagi menjadikan aktiviti belajar semakin mudah, berkesan dan seronok. Masalah dalam belajar yang boleh ditangani selepas ini ialah seperti sukar untuk mengingat, terlalu banyak fakta yang perlu dihafal, mudah lupa, cepat bosan dan sukar memberi tumpuan di dalam kelas.

Kelebihan Sesi Coaching Berbanding Seminar
Perkara
Sesi Coaching
Seminar
Peserta
1-5 orang (terfokus)
50-200 orang (ramai)
Tumpuan Trainer
Lebih tumpuan dan personal
Pemantauan umum sahaja
Cerapan Peserta
Pelajar bebas bertanya, memberi respon, membidas dan berbincang tanpa rasa malu, segan atau takut.
Sederhana kerana peluang bertanya atau memberi respon terlalu terhad.
Ujian Diagnosis
Pelajar akan membuat 3 atau 4 ujian diagnosis kendiri
Peserta akan buat 1 atau 2 ujian diagnosis kendiri
Tempat
Bilik diskusi berhawa dingin
Dewan seminar
Sesi Susulan
Disediakan atas keperluan
Biasanya tidak disediakan

Perhatian
· Sesi coaching akan mengambil masa 2-3 jam.
· Sesi coaching boleh dihadiri oleh seorang atau maksimum 5 orang pelajar.
· Masa sesi akan ditetapkan melalui temujanji. Ia boleh dikendalikan pada waktu pagi, petang atau malam bergantung kepada kelapangan jadual motivator.
· Makanan tidak disediakan.

Untuk maklumat yuran Sesi Coaching SPM ini, sila klik di sini.

Apa Anda Dan Anak Anda Dapat Selepas Sesi Coaching Ini?

Diskaun Istimewa Untuk Ibubapa Sertai Bengkel Parenting Booster
Bengkel 1 hari yang mendedahkan panduan mengenali personaliti, melayan karenah dan membimbing tumbesaran potensi anak-anak remaja dari segi psikologi. Klik di sini untuk daftar online .
Yuran biasa: RM220 seorang
Yuran Istimewa: RM180 seorang (Jimat RM40)

Diskaun Istimewa Alumni
Diskaun istimewa 10% (untuk alumni) dan 5% (untuk adik-beradik, sepupu dan rakan) ke atas yuran penyertaan untuk mana-mana program AsasInsan.

DAFTARLAH SEGERA.
TETAPKAN TARIKH SESI COACHING UNTUK ANAK ANDA HARI INI.

Hubungi kami di talian 03-8922 2934 atau daftar secara online, klik di sini.