12 July 2013

Terapi Salam Inspirasi Ramadhan 1434H Bermula..

Alhamdulillahi rabbil a'lamin. Segala puji ke hadrat Ilahi kerana telah memberi peluang kepada kita bersua lagi dengan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Ia adalah hadiah istimewa daripada Allah SWT untuk hamba-hambanya. Semoga Ramadhan kali ini lebih memberi impak kepada diri kita dalam segenap perkara.

Terima kasih kepada Pebadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Hospital Banting kerana menjadi organisasi penganjur terawal siri Terapi Salam Inspirasi Ramadhan 1434H. Semoga sesi perkongsian selama 3 jam tanpa henti bersama motivator kami, En. M. K. Fuad Hj. Che Ab Razak (Che E) dapat memberi sedikit input ke arah mencapahkan perspektif kita tentang pentingnya nilai keinsanan dan persaudaraan di tempat kerja.


Semoga selepas ini, hubungan dan interaksi di kalangan peserta dan rakan-rakan sekerja yang lain akan menjadi lebih mesra dan jelekit ke arah mewujudkan suasana tempat kerja yang lebih kondusif bukan sahaja dari segi fizikal tetapi emosi dan psikologi. InsyaAllah.

Pasukan AsasInsan mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Ramadhan. Semoga diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk kita semua merebut segala ganjaran yang dijanjikan olehNya di dalam bulan mulia ini.

Wallahu a'lam.