16 June 2013

Marhaban Ya Ramadhan Kareem.


  
Assalamu 'alaikum.

Kita bersyukur kerana diizinkan Allah SWT untuk bertemu lagi sekali dengan bulan penuh kerahmatan. Bulan yang mekar dengan nilai-nilai kemuliaan diri insan. Bulan di mana kita dilatih untuk merasai apa yang orang lain rasa.

Bulan Ramadhan adalah bulan produktif sebenarnya. Lebih banyak masa yang terluang. Ia bukanlah bulan rehat sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan orang. Dalam bulan inilah segala ibadah dan amalan baik perlu dipertingkatkan bagi merebut ganjaran berganda yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Bekerja di siang hari dengan lebih dedikasi. Menyumbang kudrat dan idea semaksimum mungkin sebagai sedekah. Mengeratkan silaturrahim di kalangan rakan-rakan sepejabat, jiran tetangga dan sanak-saudara. Ringankan tangan untuk bersedekah untuk menyucikan harta dan membuka lebih pintu laluan rezeki untuk diri sendiri, anak-isteri dan keluarga. Tunduk tawaduk bersujud tanda penuh syukur di malam hari di atas segala nikmat yang dikurniakan Ilahi.

Kami amat memahami bahawa kebanyakan organisasi akan mengambil kesempatan dalam bulan Ramadhan untuk menganjurkan pelbagai bentuk program pembangunan diri sebagai pengisian minda dan rohani untuk para pekerja.

Inilah masa terbaik untuk mengajak warga kerja di pejabat kita untuk bersama-sama merenung perjalanan hidup dengan menoleh sejenak ke belakang untuk memuhasabah pencapaian diri. Sejauh mana jejak yang kita tinggalkan di belakang selama ini telah memberi manfaat kepada diri kita sendiri dan orang lain?

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda; “Siapa yang melakukan satu perbuatan baik dalam Islam, maka ia mendapatkan pahalanya dan pahala orang-orang yang mengamalkan perbuatan baik tersebut setelahnya tanpa mengurangi pahala-pahala mereka sedikitpun. Dan siapa yang melakukan satu perbuatan buruk dalam Islam, maka ia mendapat dosanya dan dosa orang-orang yang mengamalkan perbuatan buruk tersebut setelahnya tanpa mengurangi dosa-dosa mereka sedikitpun.” (HR Muslim)

Sehubungan itu, kami seperti tahun-tahun sebelum ini tetap komited membantu organisasi kerajaan dan korporat untuk menghidupkan suasana Ramadhan dengan pengisian yang berimpak tinggi melalui program signatur kami iaitu Terapi Salam Inspirasi Ramadhan 1434H (TSR).

Untuk kali ini, kami menyediakan 17 tarikh (siri) sepanjang Ramadhan untuk dipilih oleh organisasi menganjurkan TSR di pejabat masing-masing. Untuk membaca penilaian program TSR 2012 sila klik di sini.

Bersamalah kita berusaha memanfaatkan bulan mulia ini dari segi peningkatan minda, jiwa dan rohani. Semoga ia menjadi Ramadhan terbaik buat kita semua. InsyaAllah.

Terima kasih. Wallahu A'lam