17 August 2012

Terapi Salam Inspirasi Ramadhan 1433 Melabuhkan Tirai...

Assalamu 'alaikum wrt wbh kpd semua pembaca/pelawat blog ini.

Alhamdulillah siri jelajah program Terapi Salam Inspirasi Ramadhan 1433 (TSR) telahpun melabuhkan tirainya pada 15 Ogos 2012 (26 Ramadhan) yang lepas di EON Berhad, Shah Alam.

Masa terasa begitu singkat. Namun, itulah yang ditentukan oleh Allah yg Maha Berkuasa. Sesuatu yg dilihat sukar pd awalnya, dapat dilaksanakan dgn lancar dan tersusun. Berkat kesungguhan, keyakinan dan tawakkal semua yang terlibat.

16 siri TSR telah berjaya dianjurkan sepanjang Ramadhan 1433 kali ini. Peningkatan sekali ganda berbanding Ramadhan 1432. Yang penting bukanlah kuantiti penganjuran tetapi nilai di sebalik penganjuran TSR. Harapan Che E dan team AsasInsan semoga TSR mampu membuka ruang perspektif diri semua peserta yg terlibat tidak kira peringkat jawatan tentang peranan diri masing-masing dlm melaksanakan amanah sebagai khalifah dan hamba Allah SWT di atas muka bumi ini sementara nyawa dikandung badan.

Cerita-cerita yg dikongsi oleh Che E tentang 'roti Gardenia', 'siapa VIP sebenar', 'tabung dan kekayaan', 'sedekah sebelah kurma' diharap dapat menjadi peringatan buat semua termasuklah yg berpesan bahawa apa yg kita lakukan hari ini semuanya dinilai di sisi tuhan dan memberi kesan kepada orang lain.

Diruangan ini, Che E dan team AsasInsan dengan rendah diri ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas kepercayaan, kesediaan dan kesudiaan semua organisasi yg terlibat memberi ruang kepada AsasInsan berkenalan dan berkongsi sesuatu melalui program istimewa Ramadhan ini. Semoaga Ramadhan kali ini menjadikan kita semua insan yang lebih mengenali diri sendiri. "Man arafa nafsah 'arafa rabbah". (Sesiapa yang mengenali dirinya akan mengenali Tuhannya").

Sementara itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kpd semua peserta TSR di atas sumbangan untuk Tabung Aman Palestin. Alhamdulillah, jumlah kutipan sumbangan daripada peserta TSR yg berjaya dikumpulkan ialah sebanyak RM3,050 telahpun disampaikan kepada Aman Palestin. Semoga Allah SWT memberkati sumbangan semua sbg amal jariah. 

Akhir kalam, Salam Eidul Fitri, sayangi semua yang sayangi kita dan tingkatkanlah rasa bertuhan dalam menyambut hari mulia ini. Maaf Zahir & Batin.

Terima kasih. Jazakallahu khairan kathira.

CHE E & KELUARGA KERJA ASASINSAN