Alhamdulillah team AsasInsan bersyukur ke hadrat Ilahi sehingga hari ini iaitu 18 Ramadhan, 11 siri program Terapi Salam Inspirasi Ramadhan 1433 berjaya dilaksanakan. Segala urusan telah dipermudahkan oleh Allah SWT berkat ketekunan dan keikhlasan semua yang terlibat.
Dalam program ringkas ini, Che E motivator utama AsasInsan berkongsi banyak perkara 'kecil-kecil' dalam kehidupan kita yang sering dipandang sepi atau tidak penting oleh kebanyakan kita. Antara soalan popular Che E kepada peserta TSIR ialah "tuan-puan bekerja atau mencari rezeki?".
Ada bezakah antara bekerja dan mencari rezeki? Ramai berpendapat ia tiada beza sama sahaja kedua-duanya. Melalui pandangan mata kasar, memang tidak nampak perbezaannya tetapi cuba pandang melalui mata hati, kita pasti nampak jelas perbezaannya.
Isu tekanan (stress) di tempat kerja adalah suatu yg lazim. Stress menjadi semakin teruk sebab kebanyakan kita bekerja dan bukannya mencari rezeki. Jika kita mencari rezeki kita pasti yakin dan pasrah segalanya adalah ketentuan Ilahi. Dalam dunia ini manusia yang tidak stress ialah kanak-kanak, orang gila dan manusia yang tidak lagi bernyawa. Jadi, selagi hidup, Enjoy your stress!
Inilah antara isu yg dikupas oleh Che E dlm TSIR. Diharap para peserta dpt menilai dan mengambil pengajaran drpd perkongsian ini dalam usaha menganjak prestasi diri untuk menjadi individu yg lebih berjaya dan bertaqwa. Hanya mereka yg kenal Pencipta dan dekat denganNya akan menemui kunci-kunci utk membuka pelbagai pintu kejayaan. Insyaallah.
Terima kasih.