08 March 2013

BENGKEL KOMUNIKASI & PENYAMPAIAN EFEKTIF UNTUK TUTOR & PENSYARAH MUDA™




Pengalaman baru berhadapan dengan kelompok pelajar adalah antara cabaran pensyarah muda. Perspektif pelajar tentang wibawa tutor dan pensyarah muda sememangnya berbeza jika dibandingkan dengan pensyarah senior. Tidak dinafikan ada pensyarah muda yang gugup, kekok atau gemuruh apabila terpaksa berhadapan dengan pelajar yang ramai dan semestinya memiliki pelbagai personaliti serta gelagat. Personaliti pelajar berbeza mengikut kursus pengajian, latar belakang, bangsa dan kategori institusi.

Namun dengan latihan yang betul, usia muda bukanlah halangan untuk membina wibawa diri yang hebat di mata pelajar. Dalam membina hubungan di antara pensyarah dan pelajar, faktor kuncinya ialah komunikasi. Perhubungan adalah tentang komunikasi. Hebat cara kita berkomunikasi maka hebatlah wibawa diri kita.

Memiliki ilmu dan maklumat sahaja belum pasti dapat menarik minat pelajar tetapi ia perlu disampaikan melalui komunikasi yang berimpak. Komunikasi berkesan dapat menawan hati pelajar dan mampu mencetuskan rasa seronok menghadiri kuliah dan secara langsung berupaya merangsang estim diri, motivasi dan prestasi mereka. Ini juga sekaligus akan meningkatkan wibawa diri, keyakinan dan produktiviti mereka yang baru bergelar pensyarah.

KESAN JANGKAAN
Di akhir bengkel ini peserta akan:-
1.    Memahami kepentingan kemahiran komunikasi dan penyampaian berkesan dalam meningkatkan wibawa diri sebagai pensyarah muda.
2.    Memahami kesilapan-kesilapan lazim dalam komunikasi yang sering dilakukan dalam penyampaian kuliah.
3.    Memahami teknik-teknik berkesan dan kreatif dalam meningkatkan kemahiran komunikasi dan penyampaian kuliah.
4.    Memahami langkah-langkah mudah untuk menggilap kemahiran diri dalam komunikasi dan penyampaian yang berkesan.
5.    Menjadi lebih yakin untuk berhadapan dengan pelbagai kelompok sasaran dalam komunikasi.

SINOPSIS KANDUNGAN
1. Kesilapan Lazim Komunikasi Dalam Kuliah
· Postur, posisi dan rentak pembuka bicara.
· Laras minda dalam menarik perhatian.
· Nada dan lantunan suara.
· Penggunaan gaya bahasa.

2. Tip & Teknik Penyampaian Berimpak Tinggi
· Cara berkesan mengawal gemuruh (stage fright).
· Kuasa bahasa bukan lisan.
· Kualiti dan teknik kawalan suara.
· Kuasa emosi dalam impak komunikasi.

3. Tip & Teknik Komunikasi Berpengaruh
· Teknik menyatukan persepsi puluhan atau ratusan pelajar.
· Personaliti mempengaruhi gaya pelajar memberi perhatian dalam kelas.
· Gaya komunikasi yang selaras dengan jenis personaliti pelajar.
· Tip mencetus minat pelajar untuk terus mendengar.
· Tip menangani karenah agresif, nakal dan pasif pelajar.

4. Kesan Faktor Sokongan Dalam Membina Pengaruh Komunikasi
· Bahan sokongan, memperhebat atau memusnahkan penyampaian kuliah?
· Sokongan teknikal, kemahiran asas yang patut diketahui pensyarah?
· Suasana dan susunan kedudukan yang mempengaruhi mood pelajar.
· Tip dan teknik kawalan masa berkesan.

METODOLOGI LATIHAN
Bagi memudahkan peserta memahami konsep, teori dan aplikasi input   latihan, fasilitator akan menggunakan pendekatan pembelajaran interaktif melalui pembentangan teori, penggunaan nota manual, perkongsian pengalaman, diskusi kelompok dinamik dan latihan simulasi.

Bengkel ini dikendalikan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu.

SIAPA PATUT SERTAI
Pensyarah dan tutor muda universiti, kolej, politeknik, kolej komuniti, matrikulasi, institut pendidikan guru dan institusi latihan. Terhad 20 orang peserta sahaja.

JANGKA MASA
2 hari
9.00 pagi - 5.00 petang
Untuk info tarikh dan tempat sila klik di sini.

YURAN PENYERTAAN
RM1,200 seorang
RM1,100 seorang - untuk pendaftaran awal (early bird) atau berkumpulan 2 orang dan ke atas.

Yuran termasuk makanan, kit latihan dan sijil penyertaan. Penginapan tidak disediakan.

Sila hubungi pejabat kami di talian 03-8922 2934 untuk maklumat lanjut.