21 February 2013

SEMINAR RAHSIA SYOKNYA BELAJAR™ DENGAN KUASA EQ


SUDAH PUAS ANDA PAKSA DAN NASIHAT ANAK ANDA UNTUK BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH?

Tambahan pula dia mungkin anak sulung jadi contoh kepada adik-adiknya yang lain atau mungkin dia akan menduduki PMR atau SPM tahun ini. Tetapi dia masih belum berubah. Masih dengan perangai lamanya. Leka, main-main (tidak serius), cepat hilang mood, suka ikut kawan, cepat melenting dan lambat catch up (faham) dalam belajar.

Sudahkah anda menggunakan Kuasa EQ untuk mengajak dia berubah? EQ adalah singkatan untuk KECERDASAN EMOSI. Anak kita bukannya tidak tahu kalau dia belajar main-main boleh menyebabkan dia flop (gagal) dalam PMR atau SPM. Dia sangat tahu dan sedar perkara itu. Jadi kenapa dia masih tidak mahu berubah?

Jawapannya mudah sebab dia tiada sebab yang cukup kuat untuk ‘patuh’ kepada cakap ibubapa apatah lagi guru iaitu berubah dan belajar betul-betul. Gagal dalam peperiksaan bukan lagi alasan yang kuat atau menggerunkan bagi anak-anak kita hari ini. Tidak seperti dahulu kala. Kenapa?

Sebab mereka juga tahu dan amat tahu di luar sana bukan sedikit orang yang gagal atau dulunya belajar main-main tetapi masih boleh hidup seperti biasa bahkan gembira macam orang lain juga. Walau pun tak kaya raya paling kurang masih boleh menikmati macam-macam nikmat. Handphone, motorsikal, kereta, rumah, shopping, wayang, kahwin dan macam-macam lagi. Jadi kenapa perlu susah-susah belajar. Lagipun belajar bukanlah satu aktiviti yang seronok bagi mereka.

Itulah sebabnya dalam Seminar ini, kami membantu ibubapa melalui pendekatan Kuasa EQ dalam mengajak anak-anak kita untuk bersungguh-sungguh dalam belajar. Kami akan tunjukkan cara mudah untuk timbulkan rasa seronok belajar dengan menggunakan kuasa EQ yang akan menjadikan mereka jauh lebih hebat daripada orang lain.

Bagaimana mereka MERASA. Meletakkan diri dalam situasi orang lain. Jangkakan apa yang orang lain akan rasa. Inilah intipati kecerdasan emosi. Itulah sebabnya gabungan kepintaran intelek (IQ) dan kepintaran emosi (EQ) akan melahirkan manusia yang cukup hebat! Ini telah lama terbukti!

Mereka akan berasa amat seronok belajar selepas ini. Belajar bukan semata-mata untuk lulus bagus dalam peperiksaan tetapi belajar sebab hendak meneroka lebih banyak potensi diri yang terpendam. Hanya diri sendiri yang boleh guna potensi diri kita dan bukannya orang lain. “Lebih banyak aku belajar lebih banyak yang aku tahu tentang diriku dan lebih banyaklah aku boleh memberi manfaat kepada orang lain.”

Sebagai ibuayah yang bertanggungjawab, usaha kita yang bersungguh-sungguh membesarkan anak-anak adalah sumbangan kita kepada masyarakat. Baik anak kita hari ini maka baiklah masyarakat kita pada masa hadapan, insyaallah. Semoga Allah SWT memberi kekuatan dan keteguhan kepada kita menghadapi cabaran membesarkan pelapis generasi hadapan dalam zaman yang penuh mencabar ini.

BACA LANJUT TENTANG SEMINAR MENARIK INI, klik di sini.

BORANG PENYERTAAN ONLINE, klik di sini.