09 January 2013

BENGKEL BOOSTER KOMUNIKASI DAKWAH™

Tingkatkan Wibawa Pegawai Agama Melalui Komunikasi Interpersonal Berpengaruh

PENGENALAN
DAKWAH dan komunikasi umpama aur dan tebing, tidak boleh dipisahkan. Dakwah kurang berkesan atau gagal jika pendakwah tidak memiliki atau gagal menampilkan kemahiran komunikasi yang baik. Baik sahaja tidak mencukupi, ia mestilah berimpak. Berkomunikasi bukan sekadar bertutur tetapi memahami selok-belok dan seni yang menunjangi keberkesanannya. Seni komunikasi Rasulullah SAW adalah contoh terunggul dalam hal ini.
Pegawai-pegawai agama Islam di semua peringkat dan agensi memikul amanah berat sebagai pendakwah. Kemahiran tinggi dalam berkomunikasi akan memberi gambaran tepat bukan sahaja kepada imej jabatan tetapi agama Islam. Tidak dinafikan ada pegawai-pegawai agama yang kurang mahir, gugup atau terkeliru sewaktu berkomunikasi dengan pelbagai kelompok sasaran (mad’u) yang semestinya memiliki pelbagai gelagat dan ragam.
Dalam membina hubungan yang hebat di antara pendakwah dan mad’u, faktor kuncinya ialah  komunikasi. Perhubungan adalah tentang komunikasi. Hebat cara kita berkomunikasi maka hebatlah wibawa diri kita.
Kepintaran berbicara bukan datang secara automatik. Sebagai pegawai agama ia menuntut untuk menjadi pembicara yang baik. Justeru itu, latihan dalam komunikasi adalah perlu untuk pegawai-pegawai agama atau pendakwah.
Bengkel ini bertujuan untuk menambah nilai kepada kemahiran komunikasi sedia ada para pegawai agama dan sekaligus membantu meningkatkan wibawa diri, keyakinan dan motivasi mereka dalam melaksanakan tugas-tugas dakwah dengan lebih berkesan.

KESAN JANGKAAN
Di akhir bengkel ini peserta akan:-
1. Memahami kepentingan komunikasi interpersonal berpengaruh dalam meningkatkan wibawa diri sebagai pegawai agama (pendakwah).
2. Memahami kesilapan-kesilapan lazim yang dilakukan dalam komunikasi dakwah.
3. Memahami teknik-teknik berkesan dan kreatif dalam meningkatkan kemahiran komunikasi interpersonal dalam dakwah.
4. Memahami langkah-langkah mudah untuk menggilap kemahiran diri dalam komunikasi interpersonal yang berkesan.
5. Menjadi lebih berkeyakinan untuk berhadapan dengan pelbagai kelompok sasaran khususnya dalam berkomunikasi.

SINOPSIS KANDUNGAN
1.   Perkaitan Di Antara Dakwah Dan Komunikasi Interpersonal
·      Hikmah komunikasi interpersonal dalam dakwah
·      Jenis-jenis komunikasi
·      Kepentingan memahami audien (mad’u) dalam komunikasi
·      Diagnosis kendiri mengenal pasti kelemahan dan potensi dalam komunikasi.

2.   Kesilapan Lazim Dalam Komunikasi Interpersonal
·      Punca-punca komunikasi interpersonal gagal
·      Contoh-contoh kesilapan lazim komunikasi dalam dakwah
·      Kesan kesilapan dalam komunikasi interpersonal
·      Langkah-langkah mengatasi

3.   Kesan Kecerdasan Emosi (EQ) Dalam Komunikasi Interpersonal
·      Apa itu kecerdasan emosi (EQ)
·      Kepentingan EQ dalam perhubungan interpersonal
·      Menguji tahap aplikasi EQ dalam gaya komunikasi sebagai pendakwah
·      Teknik meningkatkan aplikasi EQ dalam komunikasi

4.   Teknik Meningkatkan Daya Pengaruh Dalam Komunikasi Interpersonal
·      Tip-tip mudah meningkatkan keyakinan diri apabila berkomunikasi
·      Ketahui teknik mempengaruhi tabiat audien (mad’u) dalam berkomunikasi
·      Keperluan dan kesan aksesori komunikasi (contoh: humor) dalam dakwah
·      Teknik menangani karenah kaunter-produktif mad’u

SIAPA PATUT SERTAI
Pegawai Agama Islam Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Majlis Agama Islam Negeri, Pusat Zakat dan Baitulmal, mahkamah, badan dakwah, masjid, hospital dan agensi korporat.

Bengkel ini terhad kepada maksimum 20 orang peserta sahaja.

METODOLOGI LATIHAN
Bagi memudahkan peserta memahami konsep, teori dan aplikasi input latihan, fasilitator akan mengguna-pakai pendekatan pembelajaran interaktif melalui pembentangan teori, penggunaan nota manual, perkongsian pengalaman, diskusi kelompok dinamik dan latihan simulasi.

Bengkel ini dikendalikan sepenuhnya dalam Bahasa Kebangsaan.

JANGKA MASA
1 hari
9.00 pagi - 5.00 petang
Untuk info tarikh dan tempat sila klik di sini.

YURAN PENYERTAAN
RM640 seorang
RM590 seorang - untuk pendaftaran awal (early bird) atau berkumpulan 2 orang dan ke atas.

Yuran termasuk makanan, kit latihan dan sijil penyertaan. Penginapan tidak disediakan.

Sila hubungi pejabat kami di talian 03-8922 2934 untuk maklumat lanjut.