18 June 2012

Kem Motivasi Kemahiran Belajar iMAge@MITI 2012



Tahniah diucapkan kepada para peserta Kem Motivasi Kemahiran Belajar iMAge@MITI 2012 kerana berjaya menamatkan program dengan penuh bersemangat.

Pada 26-28 Mei 2012 yang lalu, AsasInsan Resources & Training telah diberi kepercayaan oleh Bahagian Sumber Manusia Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri untuk mengendalikan kem ini untuk anak-anak angkat MITI yang bernaung di bawah sebuah badan bukan kerajaan iaitu MyKasih. Seramai 22 orang peserta telah terlibat dalam kem ini yang diadakan di Lembah Azwen Resort, Hulu Langat, Selangor.

Dalam kem tersebut, para peserta telah menjalankan pelbagai aktiviti yang bertujuan membantu mengukuhkan pelbagai aspek diri mereka seperti kecerdasan intelek, emosi, rohani dan jasmani. Fokus utama kem ini adalah meningkatkan kesedaran, minat dan skil para peserta dalam belajar memandangkan mereka terdiri daripada pelajar sekolah menengah.
AsasInsan ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan kem ini. Harapan kami ialah agar para peserta dapat memanfaatkan segala ilmu, panduan dan tip yang telah dipelajari sepanjang kem untuk meningkatkan prestasi pelajar mereka.

Klik di sini untuk lihat gambar-gambar program.

Terima kasih.