04 June 2012

Bengkel Efikasi Diri Guru-Guru MRSM 2012




Bertempat di Bukit Jawi Golf Resort, Pulau Pinang, Institut Latihan Kecemerlangan Mara (ILKM) telah memberi kepercayaan kepada pasukan AsasInsan yang seperti biasa diwakili oleh Che E dengan dibantu oleh Sis. Reen mengendalikan Bengkel Efikasi Diri untuk 38 orang guru-guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dari seluruh negara.

Jangkaan asal seramai 46 orang mewakili semua MRSM di seluruh negara akan hadir namun beberapa orang pada saat akhir terpaksa membatalkan hasrat menyertai bengkel ini atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan. Kita merancang tetapi tuhan jualah yang menentukan segalanya.

Che E terasa begitu teruja mengendalikan bengkel ini kerana sebelum ini Che E banyak kali dijemput oleh beberapa MRSM untuk mengendalikan program motivasi kemahiran belajar untuk para pelajar dan kali ini berpeluang berprogram dengan guru-guru mereka pula.

Antara penekanan yang diberikan oleh Che E sepanjang tempoh bengkel tersebut ialah berkenaan kemantapan para peserta melaksanakan dua tugasan terpenting sebagai guru iaitu
1.     Inculcate values (menyemai nilai-nilai hebat), dan
2.     Affect behaviors (memberi kesan kepada tingkahlaku unggul)

Tugas guru bukan sekadar memindahkan apa yang terkandung di dalam silibus atau buku teks ke benak anak murid tetapi memenifestasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu membangunkan setiap murid sebagai insan-insan yang seimbang dan unggul setiap potensi. Itu pastinya amanah BERAT! Justeru bukan semua layak atau mampu bergelar guru!

Tahniah diucapkan kepada ILKM khususnya Puan Zarina yang telah berkekang mata memastikan bengkel ini berjaya dan berjalan dengan lancar. Semoga para peserta menemui sesuatu yang bermanfaat dalam bengkel ini dan berupaya ‘memindahkannya’ dalam rutin kehidupan selepas ini agar lebih berupaya dan nilai sebagai pendidik atau murabbi. Wallahu a’lam.

Terima kasih.