Untuk membaca analisis penilaian program daripada 828 orang peserta program ini, sila klik di sini.
Assalamu 'alaikum wrt. wbh.
Alhamdulillah kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana bulan
yang dirindui oleh sekalian umat Islam iaitu bulan Ramadhan bakal kembali lagi.
Jaminan rahmat, keampunan dan pahala berganda dalam bulan istimewa ini menjadikan
ia amat dinanti-nantikan.
Bulan Ramadhan adalah bukti kehebatan umat Islam. Ia bulan
paling produktif. Semangat umat Islam dalam bulan ini amat luar biasa.
Mengekang diri dari makan dan minum sepanjang hari, menambah
solat fardhu dengan solat-solat sunat di malam hari, menyelangi waktu dengan
bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan menahan diri dari dambaan nafsu badaniah
yang rutin sama sekali tidak mengurang produktiviti mereka bahkan menambahnya.
Mengambil bulan ibadah ini sebagai inspirasi, AsasInsan kembali
lagi dengan program signaturnya Terapi SALAM™
Inspirasi Ramadhan 1433 dengan input yang lebih menguja dan
menginspirasikan.
Bertemakan Ayuh Muhasabah Diri, slot motivasi istimewa ini
akan mengajak peserta menilai dan meneroka prestasi diri sebagai hamba Tuhan,
pekerja, ahli keluarga dan masyarakat dengan mengupas 4 Teras Pekerja Muslim Hebat
iaitu;
Teras Semangat Berpasukan – Eratkan Persaudaraan
Teras Integriti – Tingkatkan Rasa Bertuhan
Teras Kecerdasan Emosi – Rasai Nikmat
Bersyukur
Teras Pengurusan
Stress – Tenangkan Keresahan hati
Kami berdoa semoga slot motivasi diri ini akan menjadi
alternatif dan pencetus berimpak dalam membudayakan semangat Ramadhan dalam
diri pekerja dan organisasi.
Menghidupkan Ramadhan bukanlah bermakna memeriahkan sambutannya tetapi memeriahkan rasa bertuhan dalam diri setiap insan bergelar muslim yang dijelmakan dalam fikiran, hati dan perilaku. Hanya dengan kemeriahan rohani ini semangat Ramadhan akan kekal dalam diri kita sepanjang hayat. Insya Allah
Menghidupkan Ramadhan bukanlah bermakna memeriahkan sambutannya tetapi memeriahkan rasa bertuhan dalam diri setiap insan bergelar muslim yang dijelmakan dalam fikiran, hati dan perilaku. Hanya dengan kemeriahan rohani ini semangat Ramadhan akan kekal dalam diri kita sepanjang hayat. Insya Allah
Slot istimewa ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh
motivator utama kami M. K. Fuad Hj. Ab. Razak (Che E). Organisasi yang berminat
boleh menganjurkan slot ini sepanjang tempoh Ramadhan bermula 24 Julai 2012 sehingga
17 Ogos 2012. Ia dikendalikan selama 3 jam dan sesuai untuk dihadiri oleh semua
peringkat kakitangan.
Untuk pertanyaan lanjut atau tempahan tarikh silalah
berhubungn dengan Divisyen Motivasi kami di talian 03-8922 2934. Berikut ialah jadual Terapi Salam Edisi Ramadhan 1433 untuk pilihan organisasi yang berminat menganjurkannya. Tarikh dengan tanda (/) berwarna biru masih terbuka untuk tempahan. Sila klik jadual untuk paparan lebih besar.
Ramadhan
Al Mubarak. Terima kasih.