Untuk kali
kedua, SMK (P) St. George Pulau Pinang telah menjemput motivator utama
AsasInsan, Che E untuk berkongsi tip dan panduan kemahiran belajar berkesan
dengan pelajar tingkatan 4, 5 dan 6 pada 6 April 2012. Semestinya Kaedah B2O
adalah pilihannya.
Sebelum sesi
bermula, Che E sempat memutarkan klip video promosi Seminar Kemahiran BelajariMAge yang turut menyelitkan rakaman testimoni salah seorang pelajar SMK (P)
St. George yang telah menyertai program ini sewaktu kali pertama dianjurkan. Para
pelajar cukup teruja kerana kakak senior mereka tersebut merupakan antara pelajar
terbaik SPM sekolah mereka.
Program 4
jam ini sedikit sebanyak telah membantu pelajar mengetahui tentang kemahiran
belajar menggunakan ‘dua otak’. Mengenali Potensi Personaliti Dominasi Otak (PPDO) merupakan
permulaan terpenting bagi seorang pelajar agar mereka lebih mengenali diri sendiri dari segi potensi, gaya
dan cara belajar. Otak manusia yang terbahagi kepada dua hemisfera iaitu kiri
dan kanan mempunyai fungsi yang berbeza. Ia amat mempengaruhi personaliti dan
perilaku seseorang termasuklah cara dan gaya belajar.
Kami
bersyukur kerana penyertaan dan maklumbalas daripada 323 orang pelajar
tingkatan 4, 5 & 6 dalam program kali ini cukup memberangsangkan. Tahniah diucapkan
kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK (P) St. George Pulau Pinang di atas
kejayaan menganjurkan program ini.
Harapan kami
agar para pelajar lebih menyedari tentang kepentingan kemahiran belajar dan berusaha
untuk mempertingkatnya agar belajar menjadi lebih seronok dan memberi hasil
yang berbaloi pada masa hadapan.
Terima kasih.
Divisyen Motivasi
AsasInsan Resources & Training