Dalam temuduga, penemuduga tidak berminat tentang 'betul atau salah' jawapan yang anda berikan tetapi mereka sebenarnya berminat tentang cara anda memberi reaksi dan respon kepada soalan yang diajukan.
Temuduga sebenarnya adalah tentang kemahiran anda menggunakan Bahasa Tanpa Suara. Sayangnya, majoriti graduan tidak menyedari perkara ini.
Temuduga adalah satu 'event' penting dalam kehidupan yang perlu kepada ilmu dan persediaan untuk menghadapinya. Jika tidak ia akan menjadi sesuatu yang amat memenatkan dan mengecewakan.
Inilah di antara perkara yang telah dikongsikan oleh Perunding Utama AsasInsan, En. M. K. Fuad Hj. Che Ab. Razak (Che E) dalam Seminar SureHIRED! yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling dan Kerjaya Universiti Malaysia Pahang (UMP) kampus Pekan pada 24 Mac 2012. Ternyata program tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan apabila hampir 300 orang mahasiswa menyertainya.
Apa yang pasti jika para peserta menyertai seminar tersebut dengan hati yang terbuka mereka pasti mengetahui banyak rahsia yang jarang-jarang diketahui oleh graduan yang 'biasa-biasa'. Inilah masanya untuk menjadi The Best Fighter' sebab semua rahsia telah anda ketahui. Tahniah! Anda Berjaya.
Klik di sini untuk lebh banyak foto.
Berminat untuk menganjurkan Seminar SureHIRED! untuk mahasiswa kampus anda? Sila klik di sini.