Tahniah diucapkan kepada semua peserta Bengkel Kemahiran Asas Kaunseling Dalam Mengendalikan Isu Rumahtangga dan Kekeluargaan yanng telah diadakan di UKM Puri Pujangga pada 21 dan 22 Mac yang lalu.
Bengkel yang dianjurkan oleh AsasInsan sebagai langkah mula ke arah memperkenalkan kepada masyarakat tentang faedah dan kesan perkhidmatan kaunseling yang amat bermanfaat dalam usaha melahirkan masyarakat yang sihat khususnya dari segi psikologi.
Ini merupakan program pertama yang dianjurkan oleh Klinik Kaunseling & Motivasi Keluarga AsasInsan yang turut mendapat kerjasama daripada beberapa pihak lain seperti Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (PKMAINS) dan Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia (PERKAMA).
Adalah menjadi harapan kami agar input yang diperolehi dalam bengkel ini dapat membantu meningkatkan keberkesanan para peserta dalam melaksanakan tugas selepas ini khususnya dalam menangani pelbagai isu kekeluargaan dan rumahtangga.
Sekalung penghargaan kepada PKMAINS, Jabatan Agama Islam Pahang, Jabatan Agama Islam Perak, Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah dan Tetuan Hafez & Partners di atas penyertaan dalam bengkel ini.
Klik di sini untuk foto-foto program.