27 March 2012

Cuti Sekolah Masa Terbaik Dekatkan Anak Dengan Masjid

Tahniah kepada AJK dan Pengurusan Masjid Al Istiqomah, Kg. Sungai Buaya, Banting di atas kejayaan menganjurkan Kem I'bad (Kem Kembara Ibadah & Jatidiri Remaja) pada 14-16 Mac yang lepas.

Masa yang sangat singkat diambil oleh AJK Masjid untuk mempromosi kem ini namun jika Allah SWT mengizinkan, ia tetap dapat dilaksanakan. Itulah yang terjadi. Alhamdulillah kita rafa' ke hadrat Ilahi. Dan berbanyak terima kasih kami ucapkan kepada AJK Masjid di atas komitmen yang dipamerkan dari mula sehinggalah program ini tamat.

Respon positif yang diberikan oleh peserta sepanjang kem ini mengubat rasa penat dan letih. Mengendalikan anak-anak remaja, bukan seorang dua tetapi 66 orang, bukanlah tugas mudah. Pelbagai ragam, watak dan gelagat. Namun, orang kata alah bisa tegal biasa. Bagi kru AsasInsan yg turut sama berkampung di Masjid sepanjang tempoh kem, ia satu lagi platform utk melatih diri untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan menganjurkan program selain peluang menambah ilmu tentang proses perkembangan manusia.

Ternyata para peserta begitu responsif sepanjang kem. Zikir dan tasbih tak lekang dari tubuh. Teruja solat berjemaah. Bersungguh-sungguh menghafaz doa yang di'assignment'kan. Sangat menghayati peluang mendekati Tuhan dengan solat sunat seorang diri di bawah sinar bulan. Ikhlas memberi khidmat masyarakat dengan membersih masjid dan halaman rumah orang kampung. Seronok beraktiviti sambil berukhuwah dalam lingkungan batas syariat. Indah! Subhanallah.

Sekali lagi, terima kasih kepada para ibubapa yang memberi peluang kepada anak-anak untuk menyertai kem ini. Yang penting ia tanda sokongan tak berbelah bahagi kepada masjid. Kalau bukan kita dan anak-anak yang menyokong aktiviti masjid, siapa lagi? Terima kasih.

Semoga kem ini memberi manfaat kepada semua yang terlibat; para peserta, ibubapa, AJK Masjid, kami sebagai pengendali, ummah dan agama. InsyaAllah. Semoga Allah SWT merahmati kita semua.

Terima kasih.

Klik di sini untuk rakaman foto-foto menarik sepanjang kem.

UNTUK MENGANJURKAN KEM INI DI MASJID, SURAU, AGENSI ATAU TAMAN PERUMAHAN ANDA, BACA LANJUT, KLIK DI SINI.