Seorang ketua yang berkesan amat
disenangi oleh semua lapisan kakitangan. Arahannya jelas. Yang lebih menarik
lagi, arahannya dituruti dengan patuh tanpa banyak soal. Hampir tiada ‘cakap-cakap
belakang’ di belakangnya.
Kakitangan sentiasa teruja dan
ternanti-nanti untuk mendengar dia bercakap atau berucap. Mereka tidak jemu
mendengar jauh sekali bosan. Ada saja butir-butir bicaranya yang menarik
perhatian mereka.
Ketua yang berkesan amat
berkeyakinan, mempunyai estim diri yang tinggi dan mampu menyerlahkan aura diri
yang kuat. Ini menjadikan dirinya ‘magnetising’ (berdaya tarik) dan sangat
berpengaruh.
Bagaimana dengan anda? Adakah daya
pengaruh dan aura diri anda sudah cukup terserlah? Jika belum, tunggu apa lagi?
Berusahalah untuk menjadi pemimpin yang berkesan. Serlahkan aura diri anda
sekarang. Anda pemimpin! Biar orang lain kenang anda sebagai seorang pemimpin
yang sukar dicari ganti.
Titik pusat kepada kuasa pengaruh dan
aura untuk memimpin orang lain dengan berkesan ialah emosi. Emotinal engagement
adalah satu kemahiran yang perlu diberi perhatian dan dipertingkatkan oleh ketua.
Dalam Bengkel Booster Persona
Pemimpin™, trainer kami akan mendedahkan tip-tip praktikal yang boleh anda
amalkan terus di pejabat untuk membantu anda mengasah kemahiran kepimpinan anda
khususnya dalam meningkatkan aura dan wibawa diri sebagai ketua.
Jangan ketinggalan untuk sertai
bengkel ini. Tempat adalah terhad. Sila klik di sini untuk baca lanjut.
Untuk mendaftar sila hubungi pejabat
kami di talian 03-89222934.