Ahlan, ahlan ya Ramadhan
kareem.
Bersempena
kedatangan bulan Ramadhan al Mubarak tahun ini yang dijangka bermula pada 29
Jun 2014, AsasInsan seperti tahun-tahun yang lalu tetap komited menyediakan
program latihan dan motivasi berinspirasikan ruh Ramadhan untuk meningkatkan
kualiti dan produktiviti kerja kakitangan sektor awam dan swasta. Ia sebagai
salah satu langkah produktif untuk bersama menghidupkan bulan Ramadhan atau
disebut ‘Ihyaa’ Ramadhan’.
Untuk
tujuan itu, kali ini kami hadir dengan Slot
Motivasi Inspirasi Ramadhan 2014. Program kapsul motivasi yang bersifat
santai dan menyegarkan minda serta emosi.
Pada
tahun lepas, program kapsul motivasi yang kami sediakan telah dianjurkan sepanjang Ramadhan 2013 yang melibat penyertaan lebih 900
orang kakitangan kerajaan dan swasta. Sambutan dan maklum balas yang kami
terima daripada para peserta amat positif dan memberangsangkan.
Justeru
pada tahun ini kami hadir lagi dengan pengisian yang lebih mantap untuk siri Ramadhan 2014.
Fokus
utama yang bakal dikupas oleh trainer profesional kami dalam slot kali ini
ialah Ramadhan dan Produktiviti.
Beliau akan menunjukkan secara praktis langkah-langkah bagaimana bulan Ramadhan
sebenarnya berfungsi untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti diri dalam
kerja dan kehidupan. Beliau juga akan mendedahkan punca-punca bagaimana
tabiat-tabiat lazim bersifat counter-productive
yang boleh menjejas prestasi diri dan kerja boleh berkarang dalam diri
seseorang.
Kepada
organisasi yang berminat menganjurkan slot ini untuk kakitangan masing-masing,
boleh terus menempah tarikh-tarikh yang bersesuaian. Memandangkan jumlah tarikh yang terhad, kami akan menerima
tempahan atas dasar ‘siapa cepat dapat’.
Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi talian kami: 03
89222934.
Slot
motivasi ini akan mengambil masa 2 jam dan terbuka untuk maksimum 100 orang kakitangan.
Semua kakitangan yang menyertai program ini akan menerima Voucher Istimewa Diskaun 50% untuk menyertai Bengkel Parenting Booster™ anjuran AsasInsan sebagai dorongan kami
kepada mereka untuk kekal istiqamah berusaha membangunkan kualiti diri dan
keluarga yang cemerlang, bahagia dan membahagiakan.
Kerana
sesungguhnya kami amat percaya pekerja yang bahagia di rumah akan produktif di
pejabat dan begitulah juga sebaliknya.
Jangan
lepaskan peluang keemasan ini. Ia hadir
bersama bulan Ramadhan yang amat istimewa. Cetuskanlah emosi yang hebat dalam
diri kakitangan anda agar mereka istiqamah menunaikan ibadah sebagai hamba
Tuhan dan sentiasa bersemangat bekerja menunaikan tanggungjawab insan sebagai
khalifah.
Selamat
Menyambut Bulan Produktiviti Ramadhan Al Mubarak.
Daripada
kami
Ramadhan Training Team 2014
ASASINSAN RESOURCES & TRAINING